Mya Perfume: Dulu Kerja Kedai Makan, Sekarang Usahawan Ini Dah Capai RM1 Juta Pertama Pada 2020

Mya Perfume: Dulu Kerja Kedai Makan, Sekarang Usahawan Ini Dah Capai RM1 Juta Pertama Pada 2020

Dulunya tak pernah pun terfikir dapat menjadi usahawan jutawan. Dulu beliau bekerja sebagai cashier dengan gaji RM1,400 di kedai makan selama 10 tahun. Hanya terfikir sampai bila nak hidup sebegitu?

Mya Perfume

Menurut Founder Mya Perfume, Puan Mimi Saraini Muhd San, beliau mula serius nak ubah hidup melalui bisnes selepas ayahnya sakit menyebabkan tak dapat bekerja.

Hal itu menyebabkan beliau dengan seorang lagi beradiknya perlu menanggung 5 adiknya yang masih belajar namun tak mampu.

“Saya tak nak ibu ayah saya bekerja, nak 100% duit saya bekerja (bisnes) bagi mak bapa saya rasa. InsyaAllah makin kita tolong orang tua makin rezeki kita bertambah-tambah.

Itu je saya pegang dan ingat, jangan pernah kedekut dengan ibu bapa sebab rezeki dan doa dia sangat-sangat mujarab untuk kita,” luahnya.

Beliau tekad untuk ubah nasib hidupnya dengan berbekalkan ‘Big Why’ untuk mengubah nasib keluarganya menjadi lebih baik serta membahagiakan mereka. Beliau terus komited dan konsisten dengan tindakan yang dipelajari daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman dan RichWorks.

“Walaupun baru 2 tahun lebih bisnes, saya tak lalui jalan yang susah dan sesat. Sebab saya ada MenThor, ada CAE (Client Account Executive SPIRE) untuk bantu saya dalam menyelesaikan segala masalah dalam bisnes.

“Sebelum ini, saya buat bisnes hampir setahun tak ada MenThor, tak ada yang bantu guide saya. Tanya orang luar, tapi tak semua orang layan kita. Tapi bila bersama SPIRE kita ada CAE tolong ajar kita, apa perlu buat dan sebagainya.” jelasnya.

Perjalanan Bisnes Mya Perfume

Pada mulanya, tidak ada seorang keluarga pun yang sokong bisnesnya. Orang pandang rendah pada Mya Perfume dijalankan dan susah nak naikkan jualan, tak tahu marketing serta uruskan team.

Bagaimanapun, semuanya berubah selepas beliau mengikuti program-program anjuran RichWorks seterusnya menyertai SPIRE.

Dulu beliau kenal RichWorks dari YouTube saja. Puan Mimi Saraini tengok masa mula-mula bisnes, tengok kejayaan anak didik MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman.

Sampai satu masa timbul rasa nak join program RichWorks sebab tengok ramai sudah berjaya jadi jutawan. Beliau nak jadi macam anak-anak didik MenThor yang sudah berjaya.

Saya nak dapatkan ilmu dari Datuk Wira, nak dibantu dan nak ada MenThor yang boleh guide sampai saya berjaya ubah hidup keluarga. Saya nak buktikan pada keluarga walaupun saya belajar sampai SPM tapi mampu berjaya,” ujarnya.

Mya Perfume – Tindakan ketika PKP

Beliau yang menyertai Program Mentoring SPIRE pada Februari 2020, selalu mengikuti kelas Zoom MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman untuk tahu cara yang betul apa perlu dibuat ketika PKP.

Puan Mimi Saraini buat saja apa yang MenThor ajar seperti buat FB Live setiap hari, marketing bagi orang nampak Mya Perfume disamping beri semangat kepada team dan fokus dengan big why masing-masing.

“Saya guna segala ilmu yang Datuk Wira ajar untuk terus dapat sales ketika PKP,” jelasnya.

Sebelum itu, pada awal PKP beliau akui memang ada rasa ‘down’, rasa give up tapi beliau yakin bila berada di Circle Spire yang sentiasa memberi semangat dan sokongan. Beliau teruskan tindakan beliau buat sampai habis!

Hasilnya sales naik ratusan ribu walaupun dalam tempoh PKP. Malah jualan sepanjang 2020 membuatkan bukan saja beliau mencapai RM1 juta pertama dengan jualan keseluruhan cecah RM2 juta pada tahun lalu.

Macam mana? Apa yang dapat anda pelajari daripada kisah Puan Mimi Saraini ini?

Beliau yakin dengan ilmu dan bimbingan yang diperolehi dapat bantu bisnesnya berkembang walaupun dalam tempoh mencabar.

Kata Puan Mimi, “Duduk rumah pun orang tetap nak bau wangi, jadi apa alasan untuk biarkan bisnes anda tutup? Apa alasan anda untuk buang pekerja sepanjang PKP?

Artikel terbaru

Leave a Reply