MoodellXSabella : Bisnes Travel ‘Musnah’, Atiq Bangkit Dalam 6 bulan Capai Jualan RM800,000

MoodellXSabella : Bisnes Travel 'Musnah', Atiq Bangkit Dalam 6 bulan Capai Jualan RM800,000
MoodellXSabella : Bisnes Travel 'Musnah', Atiq Bangkit Dalam 6 bulan Capai Jualan RM800,000

Siapa sangka, bisnes travel yang dibina boleh dikatakan ‘musnah’ ekoran pandemik yang melanda dunia ekoran pintu-pintu sempadan negara ditutup.

Situasi yang tak pernah dilalui bangsa usahawan terutama ketika bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) pada 18 Mac 2020 membuatkan semua bangsa usahawan panik.

Ketika itu, bisnes Tuan Atiq Suzaili – Mood Travel merealisasikan impian orang untuk ke Eropah tidak dapat beroperasi sebab pintu sempadan di sana telah ditutup. Melalui RichWorks, bisnes Mood Travel dimulakan dari 2014 menyaksikan peningkatan malah RichWorks menjadikan karakternya lebih baik dari sebelum itu.

Bayangkan ketika awal tahun 2020 itu, bisnes travel agency beliau sudah nak terbang lebih jauh, sudah masuk pejabat yang baru lebih besar 10x ganda dari yang lama, tambah staf daripada 10 ke 20 orang dan banyak benda telah ditambah baik.

Jika lihat daripada jualan sepanjang 2019, Mood Travel berjaya dapat jualan jumlah sama dalam masa 3 bulan saja pada 2020. Pada waktu itu nampak perkembangan sangat laju dan mendapat rentak namun semuanya berubah sekelip mata!

Apa perasan anda jika berada di tempat Tuan Atiq?

Pada beberapa bulan pertama ketika PKP, beliau memang rasa down sangat tinggi sebab telah gadai banyak benda, ia sesuatu yang tak mudah walaupun ketika berada dalam Titanium.

“Apa yang jadi Ketika PKP saya lost, sebabnya saya baru balik dari Scandanivia pada 16 Mac dan 18 Mac PKP – lockdown.

“Pada waktu itu terus-terang panik, tapi bila saya faham konsep trust the process, bila saya tengok RichWorks gila-gila, maksudnya boleh saya katakan setiap jam pasti ada kelas, support dari team RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman, Datuk Jerry itu membuatkan i need to stay in this circle.

“Sebabnya circle dekat luar sana tengah cerita tentang bisnes down, bisnes tutup, kena declare bankrupt so bila berada dalam circle betul, alhamdulillah saya sangat bersyukur berada dalam circle Titanium kita do what we call impossible things,” luahnya ketika temu bual baru-baru ini.

Terdahulu, Tuan Atiq telah bersama Titanium Circle pada Mac 2019 yang merupakan antara impian besar buatnya dalam membina bisnes yang berjaya.

Sebab itu, beliau memilih untuk terus kekal mendapatkan bimbingan bersama RichWorks dan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan trust the process untuk move on kepada perkara baru hingga hari ini.

Ketika PKP tahun lalu, Tuan Atiq cuba mulakan industri F&B – rendang dinding namun kemudian beliau baru tahu kalaulah beliau tidak faham game, tak ada sesiapa tegur, nasihat, rasanya tidak ‘hidup’ lagi atau syarikatnya sudah tak relevan.

“Kita terpaksa buat macam-macam pada waktu itu, kalau boleh semua benda nak dijual. Pada ketika itu saya ingat memang hampir terkubur mati dah, hampir nak declare bankrupt dan tak tahu arah mana nak pergi.

“Tapi alhamdulillah asbab daripada mentorship, saya dapat bersama dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan bersama dengan Sabella journey pada 1 September 2020,” katanya.

Macam mana, Tuan Atiq sendiri akui tidak pernah pun terfikir langsung sebelum ini untuk menjual baju kurung pada asalnya.

Bermulanya perjalanan MoodellXSabella

Namun dalam krisis dan keadaan tertentu, perubahan dan tindakan terpaksa dilakukan walaupun sukar dan pedih. Alhamdulillah, kini selepas bersama Sabella sebagai partner circle – Moodell selama hampir 6 bulan saja, jualan sudah mencapai jualan RM800,000.

Sementara itu, Tuan Atiq memberitahu lagi ICM secara virtual baru-baru ini juga beri impak yang kuat walaupun tak sama seperti dulu.

Baginya, beliau lebih faham apa yang berlaku, accept bukan hanya terima takdir – nak buat macam mana, kena tutup bisnes tapi accept apa yang ada sekarang dan macam mana nak pergi lebih jauh malah laju dalam keadaan pandemik ketika ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply