Nak Travel Ke Mana?

Rindu nak travel! Nak travel ke mana?

Selepas tamatnya pandemik Covid-19 ataupun bila vaksin sudah diedarkan nanti, manakah lokasi ‘travel’ yang anda dan keluarga nak pergi? Luar atau dalam negara?

Baru-baru ini, berita mengenai penghasilan vaksin Covid-19 dengan 95% keberkesanan telah membuatkan ramai orang yang rindu nak travel, mula pasang impian untuk melancong semula terutama ke luar negara.

Anda rindu nak travel?

Mesti ramai antara kita yang rindu nak pergi travel berikutan pergerakan terhad disebabkan penutupan pintu sempadan negara, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat ketika ini.

Bagi yang berkemampuan, mungkin bolehlah bercuti ke luar negara nanti. Tapi rasanya lebih ramai orang akan bercuti dalam negara disebabkan soal kewangan disamping masih berasa kurang selamat bila ke luar negara.

Oleh itu, apa kata kita menyokong industri pelancongan negara yang menjadi antara industri paling terkesan ekoran pandemik. Sudah tentu operator dan bisnes pelancongan boleh menarik nafas lega dengan orang ramai sudah dapat bergerak dan mencari lokasi untuk bercuti kelak.

Operator dan bisnes pelancongan bergantung kepada pelancong dan pengunjung menghadapi cabaran untuk dapat terus bertahan kerana sekatan perjalanan di seluruh dunia dan dalam negara.

Tahukah anda, ada bisnes dalam industri pelancongan untuk terus ‘survive’ ketika tempoh ini terpaksa mengubah model bisnes mereka, selain membuat ‘adjustment’ bagi mengurangkan kos operasi. Malah ada bisnes pelancongan yang terpaksa ditutup dalam tempoh ini.

Sebelum PKP dilaksanakan pada Mac, sehingga Februari 2020 saja negara sudah mencatatkan kerugian RM3.37 bilion akibat pembatalan pakej pelancongan apabila Covid-19 mula tersebar pada Disember 2019.

Bahkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menganggarkan industri pelancongan dan kebudayaan negara mengalami kerugian sekitar RM45 bilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Kajian Kes

Contoh kami dapat kongsikan kepada anda adalah Mood Travel. Bisnes ini ditubuhkan pada 11 Julai 2016 yang membantu agensi pelancongan di seluruh Malaysia untuk mendapatkan Pakej Islam ke Eropah.

Pengasasnya, Tuan Arif Atiq Suzaili merupakan salah seorang circle Titanium bersama RichWorks International berkongsikan bahawa tarikh 18 Mac 2020 iaitu hari pertama PKP menjadi ‘tarikh trauma’ buat dirinya.

Bayangkan 2 minggu sebelum itu, beliau baru saja memindahkan pejabatnya kepada yang lebih besar dengan team yang lebih ramai.

Banyak pelaburan telah dibuat bagaimanapun pandemik yang berlaku buatkan dia ‘terduduk’. Satu per satu barang terpaksa digadai dan ada staf yang mula membawa diri.

Bagaimanapun pada tarikh keramat, 31 Ogos 2020 beliau ambil keputusan untuk bangkit semula. Hasil sokongan kuat keluarganya dan nasihat yang sangat bernilai buat dirinya daripada MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman.

Beliau pesan, “Atiq, kalau saya cakap ni awak mungkin akan BENCI saya!”.

“Saya mohon Doc terus terang je. InsyaAllah saya terima. Because I have nowhere to go! I have lost hope!”

Doc jawab, “If I am at your place, I will follow Sabella!”

Kemudian pada 1 September 2020, Atiq bersama dengan Sabella. Beliau perlu berubah, tukar bisnes model walaupun susah. Pada mulanya Atiq mengaku dia agak ‘confuse’ sebab tidak pernah jual produk.

Beliau buangkan ego dan jadikan diri umpama gelas yang kosong, bersedia untuk mendapatkan air. Alhamdulillah dalam masa 2 bulan saja, beliau mempunyai Dropshippers #TeamMoodell seramai 1,200 orang.

Lebih 100 orang yang bersama #TeamMoodell sudah capai buat RM1,000 sebulan. Ada yang sudah dapat RM5,000 dan yang terkini RM10,000 jualan peribadi mereka sebulan!

Beliau bangkit kembali dan tidak menyerah kalah meskipun dalam keadaan yang susah. Anda juga boleh bangkit kembali dengan bertindak berdasarkan panduan dan ilmu daripada MenThor yang dapat membantu anda!

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply