Monster Stokis Nurraysa : Bekas Guru Terus Belajar Untuk Bina Bisnes Berjaya. Capai Jualan RM1.9 Juta Pada 2020

Bekas Guru Terus Belajar Untuk Bina Bisnes Berjaya

Dulunya seorang bekas guru dengan masalah kewangan yang dihadapi membuatkan beliau mencari jalan untuk mendapatkan pendapatan lain melalui bisnes.

Kini Puan Sharifah Aishah Syed Ali mempunyai syarikat sendiri dengan memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Sha Beauty Aura yang menjadi Monster Stokis Nurraysa.

Kesempitan hidup sebelum ini buatkan beliau tekad untuk bangkit bina bisnes yang berjaya. Pernah satu ketika dahulu beliau lalui saat sukar dalam hidup, apabila ibunda tercinta jatuh sakit Bagaimanapun, beliau tidak mampu untuk pulang ke kampung setiap bulan kerana tiada wang.

Pada Mei 2015, beliau mula sertai program RichWorks iaitu program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang mana ketika itu jualannya sekitar RM30,000.

Selepas IMKK, jualanya meningkat kepada RM300,000! Peningkatan yang drastik ini tidak mungkin dicapai tanpa ilmu dan disusuli tindakan yang berterusan.

Pada September tahun lalu, beliau sertai Mentorship SPIRE kerana ingin berada dalam Circle yang positif dan nak kembangkan bisnes terutama pada saat mencabar ini.

“Saya sentiasa dapat semangat, tak sempat nak lemau. Sentiasa diberi energy oleh team SPIRE dan juga daripada circle dalam group telegram. Bila saya ada semangat dan energy, buatkan jadi berkobar-kobar untuk bantu team,” ujarnya.

Meskipun tahun lalu merupakan tahun yang susah buat kebanyakan bangsa usahawan, beliau dan team berjaya mencapai jualan sebanyak RM1.9 juta.

Tak perlu jadi founder, Monster Stokis Nurraysa capai jualan berjuta

“Untuk menjadi usahawan berjaya syarat yang wajib ada adalah luangkan masa untuk belajar dan terus belajar!”

Terus belajar dan sentiasa belajar perlu dilakukan oleh seseorang usahawan yang serius nak berjaya. Laburkan masa untuk belajar dan terus belajar yang dapat berikan keyakinan kepada kita untuk bantu dan bimbing team berkenaan.

Setiap tahap bisnes itu mempunyai cabaran-cabaran yang berbeza yang memerlukan ilmu berkaitan. Katanya, beliau memilih bersama RichWorks selepas melihat sendiri Founder Nurraysa, Puan Nuraini yang membina empayar bisnes dengan MenThor, Datuk Wira Dr Azizanb Osman bersama proven results.

Menurut beliau, dalam membina bisnes, apa yang penting untuk usahawan trust the process. Yakin dan ikuti perjalanan yang sudah dirangka melalui ilmu, strategi dan MenThor anda. Walaupun usahawan bukan Founder pun, boleh berjaya hingga capai jualan jutaan ringgit.

Cuba ikuti macam mana Puan Sharifah yang dulunya bekas guru kini ada syarikat sendiri dengan menjadi monster stokis Nurraysa hingga jualan jutaan

https://www.youtube.com/watch?v=7mPPeLAZBbo&ab_channel=AzizanOsman

Artikel terbaru

Leave a Reply