Wow! Masa PKP, Usahawan Wanita Ini Capai RM1 Juta Pertama

Wow! Masa PKP, Usahawan Wanita Ini Capai RM1 Juta Pertama

– Semuanya bermula selepas jual kereta Honda untuk dapat bimbingan yang betul dari RichWorks

Walaupun di masa PKP, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah yang dapat disimpulkan perjalanan kejayaan seorang usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), Puan Nurul Shafikah Mohd. Razali yang merupakan pengasas Bisnes Soulmates Lab.

Bisnes beliau berjaya memecahkan tembok penghalang perkembangan bisnes hingga mencapai jualan RM1 juta pertamanya selepas menyertai Program Mentoring Spire anjuran RichWorks malah ketika PKP pada tahun lalu.

Menurut beliau yang dulunya bekerja sebagai Pembantu Sumber Manusia, bisnes yang dijalankan berdepan cabaran dan kesusahan pada 2017 dengan jualan sudah mencapai RM20,000 tapi tak nampak hasil keuntungan bisnes itu.

Katanya, apatah lagi beliau telah menghabiskan duit simpanan untuk membesarkan operasi bisnes dengan menyewa sebuah kedai.

Bagaimanapun pada 2019 menjadi titik perubahan hidup dan bisnes beliau selepas dapat menyertai Spire apabila suaminya sanggup menjual kereta Honda yang dimiliki bagi memenuhi impian Nurul untuk mendapatkan bimbingan.

Soulmates Lab

“Berbekalkan ilmu daripada Datuk Wira Dr. Azizan Osman, saya strategikan semula game plan masa awal PKP tempoh hari. Setelah 2 bulan, alhamdulillah saya keluar dari keadaan ‘stuck’ satu persatu impian tercapai.

“Win terkini Bouquet saya dah boleh postage dan dah mula dapat permintaan dari Singapura! Paling win saya dapat keluar kereta idaman Vellfire pada waktu PKP, dan saya telah capai RM 1 JUTA pertama!,” katanya.

Nurul Shafikah semakin serius dan memberikan komitmen sepenuhnya atas pengorbanan suaminya untuk berikan beliau peluang mendapatkan ilmu daripada MenThor yang terbukti telah melahirkan ramai usahawan yang berjaya hingga jualan lebih RM1 juta.

Terdahulu, beliau telah berhenti kerja sekitar 2013 atas atas permintaan suaminya untuk fokus pada keluarga dan anak-anak.

Beliau mula berniaga bila satu demi satu cabaran kewangan terpaksa dilalui pada ketika itu. Beliau tak mahu suaminya terus terbeban bagi menanggung keluarga maka memulakan bisnes dekorasi hiasan hari jadi untuk membantu meringankan bebanan keluarga.

Walaupun dapat tentangan suami pada mula, niatnya bertambah kuat bila adik yang bakal menyambung pengajian memerlukan duit yang banyak. Sehubungan itu, beliau tekad untuk lebih serius berniaga agar dapat bantu adiknya dan meringankan bebanan ibu bapanya.

Sekitar tahun 2015 menjadi titik permulaan beliau lebih serius berniaga dengan mula buat surprise delivery sehingga sales mencecah RM20 ribu namun selepas itu bisnes stuck pada tahap sama hinggalah mengikuti Program Mentoring pada 2019 bersama RichWorks.

https://www.youtube.com/watch?v=PLZyklPWhC4&ab_channel=AzizanOsman

Jadi macam mana dengan bisnes anda? Adakah sudah mencapai RM1 juta pertama dalam masa 3 tahun sudah beroperasi? Jika belum lagi, ada sesuatu yang perlu diperbaiki dan ditambah baik lagi untuk mencapai RM1 juta pertama anda.

Tiada yang mustahil, meskipun dalam tempoh mencabar ketika ini. Jangan lupa bagi menyediakan bangsa usahawan pada tahun baru ini, RichWorks akan menganjurkan program Bina Bisnes Berjaya pada hujung bulan ini.

Ianya percuma yang ditaja sepenuh RichWorks bagi membantu bangsa usahawan yang serius nak berjaya.

Artikel terbaru

4 Comments

Leave a Reply