Kolej Kiara : Mula Bisnes Berhutang RM1.8 Juta, Kini Sudah Mampu Capai RM1 Juta pertama

Kolej Kiara : Mula Bisnes Berhutang RM1.8 Juta, Kini Sudah Mampu Capai RM1 Juta pertama

Impian Ketua Pegawai Eksekutif bagi Masa Kiara Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Operasi Kolej Kiara di Sabah, Puan Anikhoh Rusda Kamarul Zaman untuk menjadikan insitusi pendidikan itu terus maju dan menjadi pilihan pertama pelajar-pelajar di negeri bawah bayu itu.

Kolej Kiara

Tapi tahukah anda, beliau mengambil alih pengurusan Kolej Kiara pada mulanya dengan bebanan hutang berjumlah RM1.8 juta.

Beliau yang pada mulanya memulakan bisnes ekoran ‘terjebak’ apabila rakan-rakan yang mula bersamanya untuk menjalankan bisnes itu tak dapat meneruskannya lagi.

Disebabkan atas rasa tanggungjawab terhadap pelabur-pelabur yang memberikan kepercayaan mereka, maka Puan Anikhoh meneruskan bisnes itu hanya berbekalkan pengalaman selama 10 tahun ketika berkhidmat di kolej swasta.

“Tanpa ilmu perniagaan yang mencukupi. Saya ‘bulldozer’ saja,” ujarnya.

Walau suami ketika itu agak skeptikal, beliau yakin bahawa melalui bisnes dapat memberikan lebih rezeki kepada dirinya dan keluarga. Dulu, Rasulullah dan isterinya, Saidatina Khadijah juga berniaga.

Dari situ, beliau juga mula meningkatkan ilmu dengan menyertai program-program RichWorks yang ditaja secara percuma. Bagaimanapun segalanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac 2020.

“Tiap-tiap malam saya akan tengok sharing Titan dan Spire dalam MegaLive, sebelum menyertai Program MMM pada April.”

Hasilnya, saya ada juga menjual ikan bilis Tawau yang mana pada bulan April saja sales dicapai RM25,000 dalam 3 minggu tanpa memegang stok pun.

Kemudian beliau memilih untuk menyertai Program Mentoring SPIRE selepas terbakar dengan pengalaman dan kejayaan dikongsikan dalam Titan Summit oleh usahawan jutawan terutama dalam pendidikan pada Mei tahun lalu.

“Setelah mengikut perkongsian dan bimbingan Datuk Wira Dr Azizan Osman, saya amat bersetuju bahawa untuk berjaya kena berguru dnegan orang yang telah berjaya,”

“Berniaga kena ada ilmu yang betul. Untuk berjaya kena follow jalan dan laluan orang yang telah berjaya. Tak perlu buat jalan baru yang belum tahu penghujungnya. Saya bersyukur saya berada dalam circle yang betul dan bersama MenThor yang proven success. Terima kasih Datuk Wira,” jelasnya.

Menurut beliau, pada mulanya tak pernah terfikir untuk bisnes dijalankan ini dapat mencapai RM1 juta pertama mereka. Beliau juga sangat bersyukur dan makin bersemangat untuk mencapai RM10 juta selepas berjaya capai RM1 juta pertama tahun lalu.

Puan Anikhoh sudah paham apa maksud trust the processs – iaitu buat saja sampai jadi dengan menggunakan sharing dan ilmu-ilmu yang Datuk Wira bagi dan disesuaikan dengan bisnes anda.

Beliau yakin ilmu-ilmu dari RichWorks boleh bantu mengembangkan lagi bisnesnya dan menjadi satu jenama terhebat di Sabah malah menjadi legasi dalam industri pendidikan walaupun bila beliau sudah tidak menerajui bisnes itu.

“Dengan ilmu yang saya dapat dari Datuk Wira dan Richwork membuatkan saya berani berada di gelanggang perniagaan sekarang.

“Because Business Is Just Like A War. You must ready with the games and strategy.”

Puan Anikhoh

Sejak 2008, RichWork bersama Datuk Wira melatih dan membimbing usahawan-usahawan dalam membina bisnes yang berjaya. Pada tahun baru ini, lebih ramai lagi usahawan nak dibimbing agar dapat mengharungi cabaran-cabaran yang ada pada tahun 2021.

Artikel terbaru

Leave a Reply