Ella Furniture : Cabar Diri, Puan Laila Buktikan Dengan Pencapaian Luar Biasa. Capai RM1.8 juta Tahun Lalu

Ella Furniture : Cabar Diri, Puan Laila Buktikan Dengan Pencapaian Luar Biasa. Capai RM1.8 juta Tahun Lalu

“Cabar diri sendiri untuk jadi manusia yang berguna.”

Founder Ella Furniture, Puan Laila Alway cabar diri sendiri untuk bina bisnes yang berjaya kerana tahu melalui bisnes boleh membuatkan beliau mencapai apa yang diimpikan.

Beliau mahu buktikan kepada orang yang memperlekehkannya membuat bisnes meskipun lepasan Master, bahawa beliau boleh berjaya. Ketika itu, big why Puan Laila juga adalah bapanya.

Cabaran dalam bina bisnes Ella Furniture

Ketika mula bisnes, salah satu cabaran yang dilihat adalah tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Tidak tahu ke mana bisnes ini nak dibawa dan bagaimana.

Apa yang diketahui dulu adalah jual beli saja, ilmu sales setakat itu sahaja. Bagaimanapun, beliau mula berubah selepas mengenali RichWorks pada April 2020.

Beliau yang memulakan Ella Furniture pada 2019, kemudian memilih untuk mendapatkan latihan dan bimbingan daripada RichWork yang mempunyai banyak proven results dalam Mentorship SPIRE pada Mei 2020.

Dalam SPIRE beliau belajar banyak perkara antaranya membantu bina branding dan membuatkan semangat dan motivasinya untuk terus fokus serta mempunyai hala tuju yang jelas.

Kemudian dalam tempoh sekitar 6 bulan saja, Puan Laila sudah layak dan memohon untuk sertai Titanium Circle.

Hasilnya, beliau sudah ada showroom & kilang sendiri, jualan sudah mencapai RM260,000 sebulan, malah team sudah ada seramai 17 orang.

Bukan itu saja, jualan beliau pada 2020 menyaksikan peningkatan lebih sekali ganda iaitu RM1.8 juta berbanding RM60,000 pada 2019. Ia merupakan RM1 juta pertamanya melalui bisnes Ella Furniture.

Meskipun ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama tahun lalu, beliau melakukan marketing dengan membuat posting di media sosial di samping memuat naik gambar-gambar pelanggan yang membelinya.

Ia merupakan salah satu testimoni yang dapat ditunjukkan kepada orang ramai terutama pelanggan baru atau sedia ada.

Kesilapan ramai orang cuba fokus pada masalah, Puan Laila fokus pada penyelesaian dan strategi adalah rahsia yang beliau lakukan betul untuk memastikan Ella Furniture kekal ‘relevan’ walaupun pada waktu sukar sebelum ini dan ketika ini.

https://www.youtube.com/watch?v=le3b9Sp0K60&ab_channel=AzizanOsman

Artikel terbaru

2 Comments

  • Faizal bin abu saman

    Salam puan laila…saya pembeli perabut puan..malangnya barang yg saya terma mengecewakan..kaki kerusi patah Dan ada sedikat kecacatan pada kaki kerusi..saya dah hubungi pehak puan so sampai sekarang tiada maklum balas..ni no hp saya 0199098498

    • Team RichWorks

      Hi Tuan Faizal. Terima kasih atas comment. Sila rujuk terus pada pihak mereka bagi sebarang maklum balas yang ingin diajukan. Semoga bermanfaat.

Leave a Reply