Bangkit Tangkis Ledakan Teknologi! 3 Strategi Pemasaran Era Digital

Bangkit Tangkis Ledakan Teknologi! 3 Strategi Pemasaran Era Digital

Apakah yang dikatakan dengan pemasaran era digital?

Jumlah peniaga atas talian yang semakin ramai dikesan antara punca sambutan pengguna terhadap bazar larut malam di sekitar Lembah Klang berkurangan sejak kebelakangan ini.

Malah, peniaga juga dikesan mula beralih arah dengan memilih menjalankan aktiviti perniagaan dalam talian daripada menyewa premis berikutan sewa kedai atau tapak berniaga yang mahal.

Situasi ini lebih ketara sewaktu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) berlaku, kedai fizikal tepaksa ditutup, lebih malang ada yang terus gulung tikar.

Dalam kesulitan itu, bangsa usahawan yang berani bertindak meraih keuntungan berganda sewaktu PKP, ini terbukti dengan kejayaan anak didik MenThor Usahawan Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks.

Bagi yang masih menjalankan perniagaan secara tradisional, mungkin ini detik waktu anda beralih kepada perniagaan secara atas talian.

3 Strategi Efektik Pemasaran Era Digital:

1. Pemasaran Email

Ada telefon pintar, ada email jugakan. Maksudnya, bakal pelanggan rata-rata mempunyai akaun email masing-masing.

Email digunakan sebagai media promosi perusahaan.

Biasanya pihak pemasar akan mengirim email kepada bakal pelanggan dan pengguna setia.

Tujuannya adalah untuk menawarkan produk supaya dapat pelanggan baru, memberi update produk terbaru serta menjalin hubungan dengan pelanggan setia.

Ini salah satu strategi efektif karena lebih personal dan email promosi masuk ke inbox bakal pelanggan.

2. Strategi Pemasaran Inbound

Pemasaran Inbound adalah strategi pemasaran digital menggunakan kandungan serta interaksi yang relevan dan solutif untuk membina hubungan dengan pelanggan.

Pemasaran inbound memaksimalkan fungsi media sosial, surat elektronik, search engine, website dan blog pribadi.

Kandungan berkualiti dan menarik boleh mendekatkan pelanggan kepada produk anda.

Contohnya, anda menjual produk kecantikan, selain menerangkan kelebihan produk anda secara langsung kepada pelanggan anda boleh memberikan tip dan petua kecantikan yang lain. Termasuk bukti-bukti saintifik terbaharu yang relevan dengan produk anda.

3. Pemasaran Sosial Media

Pandemik COVID-19 membawa amalan baharu secara dalam talian dalam kehidupan dan aktiviti masyakarat apabila Malaysia merekodkan 28 juta pengguna media sosial atau 86 peratus daripada penduduk negara ini.

Statistik itu juga menunjukkan rakyat Malaysia antara yang paling aktif menggunakan media sosial dan bilangan pengguna meningkat sebanyak dua juta atau tujuh peratus dalam tempoh setahun dari tahun 2020.

Sebagai bangsa usahawan, anda nak abaikan medium ini?

Aktifkan FB live, Instagram, tik tok dan medium media sosial yang boleh anda manfaatkan.

Kesimpulannya, bangsa usahawan perlu bijak dalam mendepani cabaran ledakan teknologi yang menguasai pasaran sekarang.

Ramai peruncit di Malaysia masih menjalankan perniagaan mereka dengan model perniagaan lama iaitu buka kedai dan hanya tunggu pelanggan datang membeli barangan.

Mereka tidak sedar bahawa gaya hidup dan cara membeli pelanggan kini mulai berubah disebabkan adanya internet yang mudah diakses di mana sahaja serta pada bila-bila masa.

Artikel terbaru

2 Comments

Leave a Reply