Tak Ada Alasan Usahawan Tak Guna Internet. Kelebihan Perniagaan Dalam Talian

Tak Ada Alasan Usahawan Tak Guna Internet. Kelebihan Perniagaan Dalam Talian
Tak Ada Alasan Usahawan Tak Guna Internet. Kelebihan Perniagaan Dalam Talian

Kini hampir segala-galanya menggunakan internet begitu juga dalam bisnes. Bisnes semakin mudah dijalankan dengan internet, yang membantu seseorang usahawan itu untuk membuat perniagaan dalam talian dan memasarkan produk atau servis kepada pelanggan-pelanggan.

Boleh dikatakan internet bukan segala-galanya namun tanpa internet, bisnes kini agak lambat malah susah untuk berkembang.

Cuba bayangkan, kini kebanyakan usahawan menggunakan aplikasi mesej seperti WhatsApp, Telegram untuk ‘engage’ dengan pelanggan.

Platform media sosial bagi membuat marketing bisnes mereka, laman web atau e-commerce bagi membolehkan menawarkan produk atau servis kepada lebih ramai orang di luar sana tidak kira di mana mereka berada.

Orang ramai hanya perlu menggunakan telefon bimbit untuk mendapatkan barangan atau servis yang dikehendaki melalui banyak platform online.

Sehubungan itu, alangkah ruginya jika seseorang usahawan itu tidak menggunakan kemudahan internet ini dengan sebaiknya.

Bahkan Kerajaan juga telah merancang untuk memnberikan kemudahan internet yang lebih baik melalui pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan kerajaan pada suku pertama 2021.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata, Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan pelbagai kemudahan di bawah inisiatif yang memberi fokus kepada golongan isi rumah B40, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Apatah lagi terdapat beberapa kelebihan bagi yang menjalankan perniagaan dalam talian atau online ini. Bagi yang baru nak berbisnes, boleh lihat di sini apa kelebihan perniagaan dalam talian ini.

4 Kelebihan Perniagaan Dalam Talian :

1) Tidak perlu kedai fizikal

  • Anda boleh menjimatkan duit dengan tak perlu ada kedai fizikal. Bisnes boleh dijalankan dari rumah saja dengan membangunkan kedai online anda melalui pelbagai platform disediakan antaranya marketplace e-dagang seperti Lazada, Shoppee dan lain-lain lagi.

2) Harga yang ditawarkan lebih berpatutan berbanding di kedai

  • Anda boleh menawarkan harga yang lebih berpatutan berikutan kos sewa kedai ataupun kedai fizikal tidak ada. Maka penjimatan ini boleh membuatkan anda menjual dengan harga lebih rendah namun masih mendapatkan margin keuntungan yang sama malah keuntungan pun boleh jadi lebih tinggi.

3) 24 jam kedai dibuka

  • Produk yang ditawarkan terutama boleh dibeli pelanggan pada bila-bila masa meskipun ketika usahawan sedang tidur. Kedai online anda dapat menerima tempahan yang dilakukan pelanggan pada bila-bila masa.

4) Capaian jualan anda lebih luas

  • Anda boleh menjualnya di seluruh negara bahkan boleh hingga ke luar negara. Semuanya bergantung kepada kesediaan dan keupayaan anda untuk menawarkan produk atau servis kepada pelanggan-pelanggan.

Bagaimanapun, kelebihan-kelebihan yang ada ini mungkin nampak mudah tapi sebenarnya ia juga memerlukan ilmu dan strategi yang betul bagi memastikan perniagaan dalam talian ini boleh berjaya,

Anda kena tahu macam mana nak marketing kedai online anda agar orang ramai boleh nampak anda daripada lebih ratusan malah ribuan kedai online yang sedia ada.

Justeru itu ilmu perlu ada, ditambah sistem dan MenThor yang dapat bimbing anda dalam membina bisnes. Tidak kira bisnes dijalankan online mahupun offline.

Artikel terbaru

Leave a Reply