3 Strategi Berkesan Meningkatkan Pasaran

3 Strategi Berkesan Meningkatkan Pasaran

Memperoleh lebih banyak bahagian pasaran boleh memacu pertumbuhan organisasi.

Walaupun fokus diberi kepada pelanggan baharu tetapi pelanggan sedia ada jangan pernah dilupakan.

Keperluan pelanggan sedia ada juga perku dipenuhi dan pastikan terus kekal setia bersama syarikat.

Syarikat perlu menentukan produk, perkhidmatan dan perubahan terbaik untuk menangani serta meningkatkan pengalaman membeli-belah.

Sebelum melakukan sesuatu yang drastik, seorang pemimpin perniagaan perlu menilai cara syarikat itu beroperasi pada masa ini dan cara pesaing lain dalam pasaran mencipta pengalaman yang membuatkan pelanggan kembali.

Jom kita ikuti perkongsian Majlis Peniagaan Forbes meningkatkan bahagian pasaran.

1. Inovasi Dalam Pasaran Semasa

Jenama boleh mendapat kelebihan berbanding pesaingnya dengan mencipta produk atau kaedah pengeluaran yang inovatif atau memperkenalkan teknologi baharu ke pasaran.

Dalam runcit, inovasi adalah tentang menambah nilai ketara untuk pembeli.

Untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah, jenama mewah menggabungkan realiti tambahan, kecerdasan buatan (AI) dan membeli-belah terkawal ke butik runcit fizikal. – Marilisa Barbieri

2. Boleh Diakses

Pastikan perniagaan anda boleh diakses oleh semua orang.

Contohya, menjadikan tapak perniagaan boleh diakses oleh orang kurang upaya, anda tekah menjangkau lebih ramai orang.

Memandangkan anda melakukan sesuatu yang baik sambil meningkatkan bahagian pasaran, ini adalah situasi menang-menang. – Ran Ronen, Equally AI

Selain menarik, pastikan juga laman web anda berfungsi dan diselenggara dengan baik serta mesra pengguna.

3. Melabur Dalam Pemasaran Digital

Pemasaran digital; ia adalah satu bentuk pemasaran produk atau perkhidmatan menggunakan saluran digital untuk menjangkau pengguna.

Objektif utamanya adalah untuk mempromosikan jenama melalui pelbagai bentuk media digital.

Sehubungan itu, anda perlu memastikan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan berada di platform.

Pada masa sama dilengkapi dengan mesej yang tepat, jelas dan ringkas. – Dylan Ogline, Ogline Digital

4. Kenal Pasti Sebab Pelanggan Membeli

Fikirkan mengapa pelanggan membeli produk anda dan keperluan mereka.

Apakah masalah yang anda selesaikan? Apa yang membuatkan produk anda menarik?

Bercakap dengan perkara ini dalam pemasaran dan tunjukkan kepada pelanggan cara untuk mendapatkan hasil yang mereka inginkan melalui produk atau perkhidmatan ditawarkan.

Kemudian cari orang yang mempunyai masalah yang sama dengan menyasarkan khalayak ke dalam kumpulan atau demografi.

Seterusnya bercakap dengan mereka dengan pendekatan yang paling sesuai dengan kumpulan sasar. –  Nadir Qazi, DO, Qazi Cosmetic Clinic

5. Lihat Pelanggan Sedia Ada

Salah satu cara terpantas untuk berkembang adalah dengan menggunakan pelanggan sedia ada.

Pastikan usaha anda secara konsisten menumpukan pada pengekalan dan mewujudkan peminat yang setia.

Mereka akan menjadi pelanggan berulang dan memberitahu orang lain, yang akan membina rujukan segera, kepercayaan dan kredibiliti. –  Angela Delmedico, Elev Consulting Group

Sehubungan itu, anda boleh mencuba kaedah yang sesuai dengan perniagaan anda.

Artikel terbaru

Leave a Reply