Simpan Wang Cara Orang Kaya: 10 Strategi Terbukti Untuk Kekayaan Jangka Panjang

Simpan Wang Cara Orang Kaya

Nak simpan wang cara orang kaya?

Pepatah Melayu ada menyebut, “sediakan payung sebelum hujan” yang bermaksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan. Duit ini berhantu. Jadi kalau tak nak hidup dalam ketakutan kena ada disiplin yang kuat termasuklah dalam cara simpan wang.

Sebagai usahawan atau individu yang ingin mencapai kebebasan kewangan, anda perlu menguasai cara simpan wang seperti orang kaya.

Banyak manfaat daripada perbelanjaan yang bijak. Bukan sahaja anda boleh tidur lena kerana tidak perlu memikirkan soal hutang, malah apabila berdepan dengan saat-saat kecemasan seperti yang kita alami semasa pandemik COVID-19, anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk bertahan.

10 strategi simpan wang cara orang kaya yang terbukti untuk kekayaan jangka panjang

1. Tangguhkan pembelian selama 24 jam

Mereka selalu tangguh sehari sebelum nak beli sesuatu. Ini bertujuan untuk melihat sama ada itu adalah suatu kehendak atau keperluan. Jika hari berikutnya masih tak rasa keperluan untuk beli, mereka akan batalkan terus niat untuk membeli. 

Teknik ini membantu mengelakkan pembelian impulsif yang seringkali tidak diperlukan.Untuk usahawan yang sedang membangunkan perniagaan, setiap ringgit yang disimpan boleh digunakan untuk mengembangkan bisnes anda.

2. Belanja mengikut kemampuan bukan keupayaan berhutang

Belanja ikut kemampuan bukan keupayaan anda untuk berhutang. Ukur tunai di dompet sendiri bukan dompet orang lain. Kerana akhirnya, anda sendiri yang akan memikul segala hutang anda.

Walaupun terdapat pelbagai tawaran bayaran fleksibel dan tanpa faedah yang kelihatan menarik, jadilah pengguna yang bijak dan berbelanja mengikut bajet yang ditetapkan. Jangan mengikut nafsu.

Sepertimana yang dibincangkan dalam artikel dilema usahawan urus duit, keupayaan menguruskan kewangan dengan baik adalah asas kejayaan jangka panjang dalam usaha simpan wang yang teratur.

3. Amalkan peraturan 50/30/20

Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan. Ini adalah formula asas yang digunakan oleh kebanyakan orang kaya untuk mengurus dan simpan wang mereka.

Dengan konsisten mengamalkan peraturan ini, anda akan melihat peningkatan dalam simpanan anda dan mempunyai dana untuk melabur dalam pelbagai aset yang mampu menjana pendapatan pasif, seperti yang dijelaskan dalam cari duit sambil goyang kaki.

4. Laburkan wang dalam aset yang menjana pendapatan

Laburkan wang anda pada sesuatu yang boleh bantu naikkan pendapatan, bukan naikkan imej! Imej segak tapi pendapatan sengkek pun tak bermakna. Nak makan kena ada duit, nak bayar bil kena ada duit, nak buat banyak perkara sekarang perlukan duit.

Fokus pada pelaburan yang akan meningkatkan nilai dan menjana pendapatan tambahan. Menurut pakar kewangan dan mentor perniagaan, dua pelaburan terbaik adalah:

  • Ilmu dan Kemahiran: Bila ilmu ada, duduk rumah pun boleh jana pendapatan yang menguntungkan. Jangan selesa, tambah ilmu keusahawanan untuk terus berkembang.
  • Aset Kukuh: Buat pelaburan seperti rumah dan emas kerana harganya meningkat dari semasa ke semasa, bukan menyusut seperti kenderaan. Ini memastikan nilai pelaburan anda terus meningkat dalam jangka masa yang panjang.

5. Jangan buang masa pada perkara yang anda tidak mahir

Orang kaya faham nilai masa mereka. Kalau tidak mahir dalam sesuatu bidang, mereka akan mengupah pakar untuk menyelesaikan masalah tersebut. Ini membolehkan menjimatkan masa dan memberi mereka fokus pada bidang kepakaran sendiri serta mengoptimumkan produktiviti.

Artikel usahawan kena tahu urus masa dengan baik menerangkan dengan lebih lanjut tentang pentingnya pengurusan masa yang efektif.

6. Keluar dari zon selesa

Tak takut untuk keluar daripada “Zon Selesa” dan cabar diri buat sesuatu yang baru. Ini cara orang kaya sentiasa upgrade hidup mereka lebih baik.

Untuk pertumbuhan kewangan dan peribadi, anda perlu berani mengambil risiko terkawal dan mencuba pendekatan yang baru. Bukan buat perkara sama tanpa mendatangkan sebarang hasil. 

Baca artikel tinggalkan zon selesa untuk lebih produktif untuk panduan praktikal.

7. Automatik simpanan anda

Orang kaya tidak bergantung kepada disiplin semata-mata. Mereka mengautomasikan simpanan mereka dengan mewujudkan potongan tetap bulanan ke dalam akaun simpanan atau pelaburan.

Dengan cara ini, simpanan berlaku secara automatik tanpa memerlukan tindakan manual. Lebih mudah untuk simpan wang secara konsisten.

8. Bina pelbagai sumber pendapatan

Usahawan dan individu yang berjaya, jarang bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Mereka sentiasa mencari peluang untuk kembangkan perniagaan dan mencipta aliran pendapatan tambahan. Lebih banyak pendapatan, lebih besar peluang untuk simpan wang anda.

9. Sentiasa awasi aliran tunai

Memantau wang masuk dan keluar adalah kritikal untuk kestabilan kewangan. Orang kaya sentiasa tahu di mana setiap ringgit mereka perlu dibelanjakan dan mempunyai sistem untuk mengawal perbelanjaan mereka.

10. Bersabar dengan proses pengumpulan kekayaan

“Simpan wang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.” Orang kaya faham bahawa kekayaan adalah perjalanan jangka panjang, bukan larian pecut. Mereka Trust The Process dan fokus pada disiplin harian yang akan membawa kepada kejayaan kewangan.

Kesimpulan

Amalan simpanan dan pengurusan kewangan yang bijak adalah asas utama dalam membina kekayaan berkekalan. Dengan mengamalkan strategi-strategi ini secara konsisten, anda akan dapat meningkatkan keadaan kewangan anda dan menikmati kebebasan kewangan dalam jangka panjang.

Seperti yang sering ditekankan oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman, kejayaan bukan datang tak sengaja. Ia memerlukan perancangan teliti, disiplin yang kuat, dan keputusan kewangan yang bijak setiap hari.”

Mulakan perjalanan kewangan anda hari ini dengan mengamalkan sekurang-kurangnya satu atau dua strategi daripada ini, dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk hasil yang lebih baik dari kebiasaan anda.


Artikel ini dikemaskini pada 3 Julai 2025

Artikel berkaitan

3 Comments

  • Learning Point yang sangat bagus. Apa2 disiplin paling utama, reward diri boleh tapi kena kerja keras dulu, ada lebih baru belanja. Pastikan kehendak atau keperluan yang perlu didahulukan. Berhutang pada yang memang perlu tapi dalam tempoh yang pendek agar interest tak tinggi. Contoh kediaman atau kenderaan.
    Terima kasih, share yang sangat bermanfaat.

  • Muhammad Badiuzzaman

    Point no 5 tiada sini

Leave a Reply