Disiplin Untuk Berjaya Bagi Usahawan

Disiplin Untuk Berjaya Bagi Usahawan

Kebanyakan orang di luar sana mengalah kepada impian mereka dan gagal mencapai apa yang dikehendaki disebabkan tidak nampak hasilnya dengan cepat.

Mereka ini melihat tidak dapat berjaya atau ia sebenarnya di luar kemampuannya pada awal lagi maka buat keputusan untuk putus asa. Senang cerita, orang itu kurang sabar, nak cepat saja nampak hasilnya.

Umpama macam anda tanam pokok durian, kalau dapat esok nak tengok sudah berbuah. Macam mana, logik ke?

Sebaliknya, terdapat sekumpulan orang pula yang berjaya capai impian dan apa yang dikehendakinya kerana percaya hasilnya tidak muncul dengan sekejap tetapi ia akan mengambil masa.

Maka mereka dapat mengekalkan motivasi dan komited sepanjang perjalanan yang pastinya ada turun & naik dan usaha bagi mencapai impiannya.

Disamping itu, mereka mempunyai big why yang jelas yang memastikan ia dapat membuatkan mereka fokus dan kembali bangkit bila berdepan masalah, cabaran atau musibah.

Kepentingan disiplin untuk berjaya

Sehubungan itu, disiplin sangat membantu bagi perjalanan seseorang usahawan itu untuk mencapai matlamat mereka. Usahawan perlu ada disiplin bagi melakukan sesuatu rutin yang membantu mereka dalam mencapai matlamat masing-masing.

Contohnya, disiplin untuk membaca matlamat dan goals setiap hari dan membayangkanya ia sudah pun dicapai sebelum mencapainya.

Kebanyakan orang yang berjaya dan ahli perniagaan berjaya disamping mempunyai tabiat yang baik, setiap daripada mereka mempunyai disiplin dalam rutin harian masing-masing.

Sehubungan itu, bangsa usahawan perlu ada disiplin untuk berjaya, dengan melakukan rutin harian yang dapat bantu untuk mencapai matlamat serta membina bisnes yang berjaya.

Artikel terbaru

Leave a Reply