Bila Aku Kaya, Hari-Hari, Hari Raya! 9 Cara Simpan Wang Cara Orang Kaya

Simpan Wang Cara Orang Kaya

Simpan wang, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Mula menyimpan dengan RM1 setiap hari, sebulan jadi RM30, selepas setahun dah ada RM360.

Menabung adalah satu amalan menyimpan sebahagian dari wang yang diperoleh dari pelbagai sumber untuk kegunaan di masa depan.

Nak pergi melancong ke luar negara, nak ‘me time’ di tempat mahal, nak beli barang-barang berjenama atau sebagai persediaan di waktu-waktu yang sukar, inilah kegunaan wang simpanan di masa hadapan.

Pepatah Melayu kan ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan yang bermaksud berwaspada sebelum ditimpa kesusahan.

Sebenarnya, banyak teknik simpan wang dengan cara mudah dan boleh dipraktikkan oleh mereka yang liat nak simpan wang dan asyik nak korek tabung sahaja!

Di sini, kami kongsi teknik menyimpan wang cara orang kaya yang boleh membantu semua individu menikmati kesenangan pada masa hadapan.

9 tips simpan wang cara orang kaya

1.  Mulakan dengan matlamat kewangan yang jelas.

Orang kaya sentiasa mempunyai matlamat kewangan yang jelas dan terperinci. Mereka menetapkan sasaran spesifik seperti membeli hartanah, mencapai jumlah simpanan tertentu, atau meningkatkan pelaburan dalam tempoh tertentu.

Matlamat ini memberi mereka arah dan fokus, membantu mereka merancang langkah-langkah yang perlu diambil untuk mencapainya. Tanpa matlamat yang jelas, kewangan akan menjadi lebih sukar untuk diurus dan dicapai.

Orang kaya tahu bahawa perancangan yang baik adalah kunci utama untuk membina kekayaan.

2. Utamakan simpanan terlebih dahulu.

Orang kaya sentiasa mengutamakan simpanan dan pelaburan terlebih dahulu sebelum berbelanja. Sebaik sahaja mereka menerima pendapatan, sebahagian besar daripadanya disalurkan ke dalam akaun simpanan atau pelaburan, bukan terus dibelanjakan.

Ini adalah prinsip asas yang membolehkan mereka mengumpul kekayaan dalam jangka masa panjang. Dengan cara ini, mereka memastikan bahawa kewangan mereka berkembang dan mereka tidak terjebak dalam perbelanjaan yang sia-sia. Dengan menetapkan peratusan tertentu dari pendapatan untuk disimpan secara automatik, menjadikannya satu tabiat yang berterusan tanpa perlu difikirkan lagi.

3. Elak berhutang

Belanja ikut kemampuan bukan keupayaan untuk berhutang. Ukur tunai di dompet sendiri bukan dompet orang lain.

Walau pelbagai tawaran bayaran fleksibel, tanpa faedah dan pelbagai tawaran yang mempengaruhi anda, jadilah pengguna yang bijak.

Orang kaya berbelanja mengikut kemampuan mereka, kenapa kita nak kena berbelanja di luar kemampuan kita? Sekarang kan dah banyak barangan yang nampak mahal tapi dengan harga yang murah.

4. Tetapkan bajet dan disiplin simpan wang

Orang kaya amat berdisiplin dalam menguruskan kewangan mereka dengan menetapkan bajet yang jelas untuk setiap kategori perbelanjaan seperti keperluan harian, simpanan dan pelaburan. Mereka memastikan untuk mematuhi bajet ini secara konsisten, tanpa berbelanja lebih daripada yang dirancang.

Disiplin kewangan ini membantu mereka mengawal aliran tunai dan mengelakkan pembaziran, membolehkan wang mereka bekerja untuk mereka melalui pelaburan dan simpanan yang terancang.

Duit ini berhantu. Jadi kalau tak nak hidup dalam ketakutan kena ada displin yang kuat. Sentiasa ikut 50/30/20 rules untuk berbelanja. 50% untuk belanja, 30% pelaburan diri manakala 20% simpanan masa hadapan.

Bukan tak boleh untuk reward diri sendiri, pada masa sama kita tetap kena beringat. Utamakan simpan wang sebelum membeli untuk kepuasan diri.

5. Simpan dalam pelaburan yang memberi pulangan tinggi.

Orang kaya lebih cenderung untuk melabur dalam aset yang mempunyai potensi pulangan yang tinggi seperti hartanah, saham atau pelaburan perniagaan. Mereka tidak hanya simpan wang dalam akaun simpanan biasa, tetapi lebih fokus kepada melabur untuk mendapatkan keuntungan jangka panjang.

Melalui pelaburan yang bijak, memberi mereka peluang untuk menggandakan kekayaan mereka. Dengan memilih pelaburan yang memberi pulangan tinggi, mereka juga memastikan wang mereka bekerja lebih keras untuk mereka, bukannya terperangkap dalam simpanan yang memberikan faedah rendah.

6. Tingkatkan pengetahuan kewangan

Orang kaya memahami bahawa pengetahuan kewangan adalah aset yang sangat penting. Mereka sentiasa meluangkan masa untuk belajar tentang cara mengurus serta simpan wang, membuat pelaburan, dan memahami aliran pasaran.

Ini termasuk membaca buku tentang kewangan, menghadiri seminar atau mendapatkan bimbingan daripada pakar.

Dengan pengetahuan yang betul, mereka dapat membuat keputusan kewangan yang lebih bijak dan mengelakkan risiko yang tidak perlu. Sikap ini memastikan mereka sentiasa berada selangkah di hadapan, membina kekayaan dengan lebih efisien.

7. Hidup mengikut kemampuan

Orang kaya yang ada ilmu memahami nilai hidup dalam kemampuan dan tidak terpengaruh dengan gaya hidup mewah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Mereka bijak membezakan antara keperluan dan kehendak, memastikan setiap perbelanjaan memberi nilai yang sewajarnya.

Walaupun mampu membeli barangan mahal, mereka hanya melakukannya jika ia berbaloi dan selaras dengan matlamat kewangan mereka.

Dengan mengelakkan pembaziran, mereka dapat menyalurkan wang ke arah yang lebih produktif seperti pelaburan, simpanan, atau perniagaan, memastikan kekayaan mereka terus berkembang.

8. Simpan wang dalam akaun yang memberi faedah tinggi

Orang kaya bijak memilih tempat untuk menyimpan wang mereka, bukan sekadar meletakkan wang dalam akaun biasa, tetapi memilih akaun simpanan atau pelaburan yang menawarkan faedah atau pulangan yang lebih tinggi.

Dengan cara ini, mereka memastikan wang mereka terus berkembang, walaupun hanya melalui simpanan pasif.

Akaun seperti ini membolehkan mereka memanfaatkan kuasa faedah kompaun, yang boleh meningkatkan jumlah simpanan dengan ketara dalam jangka masa panjang. Pilihan ini membantu mereka memaksimumkan potensi setiap ringgit yang disimpan.

Work hard and play hard

Prinsip orang kaya tak ada istilah ada rezeki dapat, kalau tak ada rezeki tak dapat. Mereka melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh, kalau main pun main bersungguh-sungguh.

Anda ada tak melakukan perkara di atas? Mari kita sama-sama periksa cara kita berbelanja.

Jangan membazir juga, membazirkan amalan syaitan.

Banyak manfaat daripada perbelanjaan yang bijak, bukan sahaja anda boleh tidur lena kerana tidak perlu memikirkan soal hutang malah jika berdepan dengan saat-saat kecemasan seperti waktu pandemik Covid-19 melanda anda mempunyai simpanan bagi berdepan situasi yang tak dijangka. 

Artikel terbaru

3 Comments

  • Learning Point yang sangat bagus. Apa2 disiplin paling utama, reward diri boleh tapi kena kerja keras dulu, ada lebih baru belanja. Pastikan kehendak atau keperluan yang perlu didahulukan. Berhutang pada yang memang perlu tapi dalam tempoh yang pendek agar interest tak tinggi. Contoh kediaman atau kenderaan.
    Terima kasih, share yang sangat bermanfaat.

  • Muhammad Badiuzzaman

    Point no 5 tiada sini

Leave a Reply