Setiap orang ada sikap negatif masing-masing. Jika anda masih hidup dengan sikap buruk ini dan masih tidak mahu ubahnya, anda adalah orang yang merugikan. Anda ingat ada yang suka dengan sikap buruk ini.
Cuba fikir, apa sikap buruk yang anda ingin ubah? Apa kata anda tukar energy negatif anda kepada positif, boleh?
Sama dengan perniagaan, apa kata anda mantapkan perniagaan anda dengan ilmu pemasaran yang boleh lonjakkan jualan anda sempena tahun baru ini.
Berikut merupakan sikap buruk yang perlu diatasi
- Dominasi perbualan.
Cuba anda fikir, bila anda berborak dengan seseorang, siapa yang akan mendominasi perbualan anda?
Kerana, ada orang, bila terlalu asyik berborak, mereka tidak mahu beri peluang kepada orang lain untuk mencelah. Malah dimarahi pula orang tersebut kerana mengganggu ceritanya.
Pernahkah ia terjadi kepada anda? Atau tanpa anda sedari, anda sendiri yang mendominasi rakan-rakan anda?
- Banyak berfikir.
Menurut MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman, kaum wanita lagi banyak berfikir dari kaum lelaki, betul ke? Kadang-kadang, banyak perkara yang perlu difikirkan, sampaikan perkara yang kecil pun boleh jadi serius. Betul jika anda kata dengan berfikir, ia akan mengaktifkan otak kita.
Seperti yang kita lihat iklan di tv, sel-sel otak berhubung apabila kita berfikir, betul? Tapi, jika anda berfikir perkara yang tak patut, ia akan menyebabkan anda terlebih risau dan mengganggu emosi anda.
- Bergantung pada orang lain.
Ada sesetengah peniaga suka bergantung harap pada bantuan orang lain tanpa mahu tunjukkan kemampuan yang mereka ada.
Hal yang sama bila mereka nak promosikan perniagaan, dalam banyak-banyak cara pemasaran, mereka tetap mahu gunakan satu cara sahaja.
Cara yang tidak memberikan mereka keuntungan jualan. Bila anda dah tahu kelemahan pemasaran anda, apa kata anda ubah kepada cara yang lain sama ada online atau offline. Bukankah ada banyak alat pemasaran yang anda boleh guna?
- Cepat mengalah.
Ia merupakan satu sikap yang ada pada ramai peniaga. Mereka cepat mengalah bila perniagaan yang mereka baru mulakan tidak menjadi. Sebagai peniaga, anda harus analisis faktor-faktor yang menyebabkan anda gagal.
Buat kajian dengan membaca kisah-kisah inspirasi, kisah kejayaan dan buku-buku yang boleh memberi anda semangat untuk terus berjaya. Atau pun, anda boleh mencari mentor yang boleh mengajar anda untuk berjaya, betul?
- Tipu diri sendiri.
Ramai peniaga suka tipu diri sendiri. Tambahan yang sudah lama berniaga, tapi hasil keuntungan yang tidak seberapa. Mereka yakin dengan pengalaman yang mereka ada dalam dunia perniagaan, mereka mampu berjaya.
Tapi tidak, lama mana pun anda berniaga, anda masih perlukan ilmu dan mentor. Jika tidak, cuba fikir…kenapa anda masih lagi di tahap yang sama walaupun sudah lama berniaga? Apa puncanya?
- Cari alasan.
Nak ilmu kejayaan pun masih mencari alasan? Antara faktor yang menyebabkan ramai orang gagal dalam perniagaan adalah suka memberi alasan. Itu tak boleh ini pun tak boleh.
Ini kerana, mereka belum mencuba sendiri dan hanya mendengar dari orang lain. Kadang-kadang, mereka mencari alasan kerana tidak mahu gagal.
Ia akan gagal jika anda tidak komited dan tiada komitmen ketika melakukannya. Cuba anda nekad yang anda boleh melakukan sesuatu perkara tanpa mengambil kira pandangan orang lain.
- Suka membazir masa.
Membazir masa adalah amalan syaitan yang tak perlu anda nak ikut. Setiap masa yang anda bazirkan tidak akan kembali.
Begitu juga dengan setiap moment yang anda ada, tak kiralah moment manis atau pahit, anda hanya dapat kenangnya tanpa boleh berbuat apa-apa.
Oleh itu, jika anda ada peluang untuk tingkatkan perniagaan anda, gunakan peluang ini untuk belajar dan cari MenThor yang dipercayai dan diakui kehebatannya. InsyaAllah anda tak akan rugi.