Siapa Kata Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan? Ini Caranya

Kata orang, duit tidak menjamin kebahagiaan. Betul ke? Namun begitu, ramai juga yang mengatakan wang boleh memberikan kebahagiaan buat mereka. Jika ya, berapa jumlahnya yang diperlukan untuk seseorang itu benar-benar bahagia?

Sebenarnya, terdapat perbincangan yang kerap tentang berapa banyak wang yang diperlukan bagi mengecap kebahagiaan.

Memetik laporan Entrepreneur.com, kajian di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa tahap kebahagiaan seseorang itu meningkat apabila pendapatannya mencecah sehingga kira-kira $75,000 dalam gaji tahunan.

Ada juga yang merasakan lebih banyak wang maka lebih banyak tekanan yang datang dalam hidup. Tapi secara jujur, semua pastinya sukakan jika wang bertambah?

Kajian ini melihat pada purata dan bukannya pengalaman mana-mana individu tertentu. Ada sesetengah orang gembira mendapat gaji $30,000 setahun dan ada juga yang percaya mereka memerlukan ratusan ribu untuk menyokong gaya hidup mereka.

Selain itu, terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa orang paling gembira apabila mereka dapat membelanjakan wang untuk perkara tertentu. Oleh itu, wang benar-benar boleh membeli kebahagiaan jika anda membelanjakannya dengan betul.

1. Menghilangkan kerunsingan kewangan

Secara demonstratif, wang dapat meningkatkan tahap kebahagiaan sehingga satu tahap seseorang itu memerlukan tangga gaji tertentu untuk rasa selamat dan stabil dari segi kewangan.

Mempunyai wang yang mencukupi bermakna tiada kebimbangan sewaktu membeli-belah, keluar makan atau membayar sewa yang ada.

Mengingati dan menghargai hakikat bahawa anda bebas untuk membeli sesuatu akan menjadikan anda lebih gembira walaupun selepas anda menjelaskan komitmen kewangan bulanan seperti biasa.

Secara umumnya, mempunyai wang yang cukup untuk membeli keperluan asas sudah pasti akan meningkatkan tahap kebahagiaan yang anda rasai.

2. ‘Beli’ pengalaman berharga

Wang boleh memberi anda peluang untuk merasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Walaupun anda tidak memerlukan banyak wang untuk mengalami pengalaman tertentu, namun untuk mengembara ke seluruh dunia dan melakukannya dengan selesa memerlukan sejumlah wang yang besar wang untuk menikmatinya.

Oleh itu, membelanjakan wang untuk pengalaman akan memberi anda banyak detik kebahagiaan dan juga kenangan bahagia untuk dikenang kembali.

Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah pengalaman yang anda bayar haruslah yang benar-benar anda nikmati dan bukannya sekadar untuk mengikut trend semata-mata.

Sebagai contoh, jika anda tidak suka pergi ke konsert, maka berbelanja besar untuknya bukanlah suatu pelaburan yang baik.

Mungkin ramai yang akan rasa cemburu dengan anda namun jika anda tidak bahagia, apa gunanya? Oleh itu, anda haruslah ‘membeli’ pengalaman yang benar-benar anda nikmati.

Wang juga boleh membolehkan anda mempelajari perkara baharu. Anda boleh mempelajari cara bermain alat muzik atau membayar pengajar kecergasan untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih baik.

Mempelajari kemahiran baru dan melakukan hobi yang kita suka akan menjadikan kita lebih bahagia. Oleh itu, adalah berbaloi untuk membelanjakan wang untuk menikmati hobi dan minat anda.

3. Bersedekah kepada yang memerlukan

Memberi kembali kepada orang lain juga menjadikan kita lebih bahagia. Berkongsi kekayaan anda dengan mereka yang memerlukannya boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan sendiri dan orang lain.

Menderma dan membantu orang lain dapat memberi ketenangan di dalam diri anda. Ingatlah, dalam rezeki yang kita terima pastinya terselit rezeki orang lain juga.

4. Menjimatkan masa

Cara yang dipandang rendah untuk membelanjakan wang anda adalah dengan menjimatkan masa anda. Terdapat banyak tugas yang kita lakukan sepanjang hari yang tidak kita nikmati. Ini berbeza untuk semua orang, tetapi contohnya mungkin seperti mencuci pakaian, memasak, memandu dan melakukan kerja rumah.

Apabila anda mempunyai lebih banyak wang, anda boleh membelanjakannya untuk mengelakkan tugas yang tidak bermakna ini. Anda boleh membayar orang lain untuk melakukannya atau mencari cara untuk meminimakan tugasan tersebut dengan teknologi.

Ini akan memberikan kebebasan masa supaya anda boleh melakukan lebih banyak perkara yang anda suka.

5. Bahagiakan orang tersayang

Satu lagi cara yang bagus untuk membelanjakan wang adalah untuk insan yang anda sayangi. Membantu adik, ibu bapa atau rakan melalui masa yang sukar boleh memberikan perasaan yang hebat.

Di samping itu, anda boleh juga memberikan senyuman di wajah mereka dengan meraikan ulangtahun mereka dengan sambutan yang meriah.

Tanpa harta yang banyak, sukar untuk merasionalkan penggunaan wang dalam perkara seperti ini. Tetapi apabila anda mempunyai peluang, ia akan menjadikan anda lebih bahagia dalam hidup.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Siapa Kata Duit Tak Boleh Beli Kebahagiaan? Ini Caranya” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



One-on-one business check-up for free today

Sesi Eksklusif bersama Team RichWorks secara Percuma

1 Comment

  • norita

    Terima kasih @Richwork. Sentiasa hantar email yang bermanfaat dan tip2 dlm pelbagai bentuk tidak kira utk berniaga mahupun cara2 pengurusan hidup👌👍😍

Leave a Reply