Rezeki Tak Salah Alamat, 7 Asbab Rezeki

Semua orang mahu dilimpahkan rezeki. Rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang mewah, rezeki yang tak putus-putus mengalir seperti air zam-zam.

Apakah sebenarnya makna rezeki?

Dalam tafsir al-Quran al-Sya’rawi, rezeki ialah apa yang memberi manfaat bagi kita.

Allah SWT sudah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

1. Rezeki yang terjamin

Sebagai manusia di muka bumi yang diberikan akal dan fikiran oleh Allah SWT, hendaklah memanfaatkan nikmat tersebut  dalam  mencari  rezeki. 

Ini kerana Allah SWT telah menjamin rezeki seseorang sejak mulai dari kandungan ibunya lagi.  Firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 6 maksudnya:  “Dan tiadalah sesuatu pun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jugalah yang menetapkan rezekinya dan mengetahui  tempat  kediamannya  dan  tempat  ia disimpan.  Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).”

2. Rezeki asbab usaha individu

Sumber rezeki kedua adalah dari hasil usaha manusia.

Allah SWT tidak akan menutup rezeki bagi umatnya yang telah bersungguh-sungguh berusaha serta berdoa demi mendapatkan rezeki dari-Nya. Dan Allah akan memberikan yang setimpal dengan apa yang telah diusahakan.  Firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 39 maksudnya:  “Dan sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Jika anda membaca kisah inspirasi anak didik Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman dan RichWorks, pelbagai usaha yang dilakukan mereka untuk berada di puncak kejayaan. Termasuk usaha menuntut ilmu.

3. Rezeki asbab bersyukur

Alhamdulillah. Sebanyak mana rezeki yang kita peroleh, hendaklah kita sentiasa  mensyukurinya.

Ini kerana dengan banyak bersyukur, Allah akan menambahkan nikmat itu berkali ganda  kepada kita.

Dijelaskan  dalam  firman  Allah  Surah  Ibrahim  ayat 7 maksudnya:  “Demi  sesungguhnya! Jika kamu  bersyukur  niscaya  Aku  akan  tambahi  nikmatKu  kepada kamu, dan demi  sesungguhnya,  jika  kamu  kufur  ingkar sesungguhnya  azab-Ku  amatlah  keras.”

4. Rezeki tidak  terduga

Pernahkah kita mendapat sesuatu rezeki yang tak terduga dari  seseorang,  seperti  hadiah,  pakaian, makanan  atau  benda-benda  lain? 

Sudah tentu itu juga dinamakan rezeki.  Tidak semesetinya wang ringgit semata-mata. Jika seseorang beriman dan bertakwa pada Allah SWT, maka hal yang tidak diduga ini akan  mudah  untuk  diperoleh. 

Firman Allah dalam Surah At-Talaaq ayat 2-3 maksudnya:  “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak  disangka-sangkanya.”

5.Rezeki asbab istighfar

Selain dapat menghapuskan dosa, istighfar dan mengucapkan tahmid juga dapat mendatangkan rezeki  melimpah ruah dan  tidak disangka-sangka.

Firman Allah dalam Surah Nuh ayat 10-11 maksudnya: “Beristighfarlah kepada Tuhanmu,  sesungguhnya  Dia adalah Maha  Pengampun, pasti  Dia  akan  mengirimkan  hujan kepadamu  dengan lebat dan  memperbanyak  harta.”

6. Rezeki asbab bernikah

Berkahwin juga termasuk salah satu sumber rezeki untuk seseorang.

Sehubungan itu, janganlah takut untuk berkahwin, kerana Allah telah berjanji dalam Surah An-Nur ayat 32 maksudnya:  “Dan kawinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan  kamu dan orang-orang yang  saleh dari  hamba-hamba kamu,  lelaki  dan  perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah karunia-Nya karena Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah karunia-Nya), lagi Maha Mengetahui.”

Tetapi jangan lakukan perkara yang menghalang rezeki datang kepada anda seperti sering bergaduh, merungut rasa anak terbeban, mengeluh denga napa yang dimiliki serta lokek dengan pasangan dan anak-anak.

7.  Rezeki asbab kerap bersedekah

Sedekah, lebih-lebih lagi kepada ibu bapa, ahli keluarga sendiri yang memerlukan.

Yakinlah bahawa limpahan  rezeki  akan  datang melalui  amalan bersedekah. Hal ini  tercatat  dalam  Surah  Al-Baqarah  ayat 245 maksudnya:  “Siapakah  orangnya  yang (mahu)  memberikan  pinjaman kepada  Allah  sebagai  pinjaman  yang  baik  (yang  ikhlas)  supaya  Allah  melipatgandakan  balasannya  dengan  berganda-ganda  banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan.”

Oleh sebab itu, janganlah takut untuk tidak dikurniakan rezeki, kerana rezeki akan datang dari pelbagai sumber yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Tak salah anda kaya, anda jutawan, hartawan. Kenapa? Daripada rezeki yang anda peroleh anda boleh bersedekah dan memberi manfaat kepada keluarga, agama, negara dan insan lain.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Rezeki Tak Salah Alamat, 7 Asbab Rezeki” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



3 Comments

  • Alhamdulilah Syukur
    Elmu yg diberi
    Amin yrb
    👍

    • Haji Samsudin Haji Samun

      Rezeki Allah swt amat luas. Disediakan untuk seluruh hambaNya untuk diraih dan dinikmati sepuas-puasnya dengan rasa penuh kesyukuran.

      Bagi yang berusaha lebih, mereka akan dapat lebih dan perlu dikongsikan hasilnya itu untuk manfaat orang lain dengan cara bersedekah.

Leave a Reply