Senyuman Dalam Bisnes

Dalam bisnes, peniaga mesti selalu senyum.

Senyuman bukan setakat dapat melembutkan hati pelanggan, tetapi ia merupakan amalan sedekah yang dituntut ketika berniaga. Rasulullah s.a.w sendiri tidak lekang dengan senyuman ketika berniaga.

Senyum bukan hanya ketika bersemuka sahaja. Walaupun melalui telefon, anda hendaklah senyum agar pelanggan anda dapat “mendengar” senyuman yang telah anda berikan. Walaupun pelanggan tidak dapat melihat ketika anda senyum, tetapi senyuman yang dibuat dapat mempengaruhi intonasi suara anda dan membuatkan perbualan di dalam telefon menjadi lebih mesra.

Tapi janganlah anda tersenyum seorang diri di depan komputer ketika menguruskan bisnes online pula.

Nanti, apa pula kata orang sekeliling?

Bilakah kita perlu berikan senyuman?

1. Sebaik pelanggan tiba di kedai anda, senyumlah sebagai tanda anda menyambut kehadirannya

2. Senyum pada saat pelanggan menyapa anda buat kali pertama untuk mendapatkan bantuan.

3. Dalam sesi tawar menawar, senyumlah bagi menunjukkan anda mudah dirunding.

4. Anda perlu senyum sebaik sahaja pelanggan bersetuju untuk membuat pembelian, senyum sebagai tanda terima kasih.

5. Selesai urusan pembayaran, ucapkan terima kasih dan senyum kepada pelanggan anda diatas rezeki yang anda terima

6. Apabila pelanggan beredar, anda berikan senyuman kepadanya.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Senyuman Dalam Bisnes” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

1 Comment

Leave a Reply