Taikun Automatif, Toyota Bermula Dari Syarikat Pembuat Mesin Penenun Kain

Toyota

Toyota merampas kedudukan jenama bukan nasional nombor satu di Malaysia apabila menjual 72,394 unit kenderaan tahun 2021.

Toyota bukan sekadar dalam segmen bukan nasional, malah jenama terkemuka Jepun itu turut unggul dalam segmen B, pikap dan hatchback.

Ini adalah pencapaian yang menakjubkan kerana memecahkan rekod jumlah jualan 2020 sebanyak 59,320 atau peningkatan 22 peratus.

Vios terus menjadi model terlaris Toyota yang menyumbang 31 peratus daripada jualan keseluruhan, manakala Hilux kekal sebagai trak pikap terlaris di Malaysia sejak 2005.

Mungkin anda salah seorang daripada pemandu kenderaan jenama Toyata.

Tahukah anda sejarah Toyota?

Bermula dengan Toyoda Automatic Loom Works

Toyota diasaskan oleh Sakichi Toyoda lahir pada bulan Februari 1867 di Shizuoka, Jepun.

Nama Toyoda bermaksud “padi yang subur”.

Syarikat ini pada mulanya menghasilkan mesin untuk tenunan kain yang dikenali sebagai Toyoda Automatic Loom Works.

Seterusnya, berkembang pesat selepas perang dunia pertama akibat permintaan yang tinggi di dalam industri pakaian.

Pada tahun 1933, anak kepada pengasas syarikat iaitu Toyoda Kiichiro, menjadikan syarikat tersebut sebuah syarikat kenderaan dan menamakan sebagai Toyota. Ketika itu, permintaan kenderaan penumpang adalah tinggi.

Syarikat ini mengkaji kenderaan dari negara barat seperti General Motors, Ford Motors dan Chrysler bagi menghasilkan kenderaan pertama mereka yang dikenali sebagai Toyota Model AA.

Ketika perang dunia kedua berlaku, syarikat ini beralih kepada pembuatan trak untuk digunakan di dalam peperangan.

Selepas Jepun tewas di dalam perang dunia kedua, syarikat ini kembali menghasilkan kenderaan penumpang untuk pasaran domestik.

Lean manufacturing

Pada era 1950-an, syarikat ini membangunkan satu teknik penghasilan kenderaan yang dikenali sebagai lean manufacturing di mana konsep penghasilan kenderaan hanya dilakukan apabila terdapat permintaan sahaja.

Semua bahagian kenderaan di dalam kilang dibuat berdasarkan permintaan kenderan yang perlu disiapkan.

Dengan mengaplikasi teknik ini, penjimatan tenaga buruh dan bahan mentah adalah sangat ketara dan membolehkan syarikat ini menghasilkan kenderaan dengan lebih banyak tanpa perlu menyimpan stok kenderaan yang tidak terjual.

Satu juta jualan di Amerika Syarikat

Toyota menjadi syarikat Jepun pertama yang berjaya mencapai jualan satu juta unit kenderaan di Amerika Syarikat.

Di era 1970-an ketika krisis harga minyak meruncing, kenderaan buatan Jepun mula mendapat tempat di kalangan penduduk Amerika Syarikat.

Ini disebabkan oleh kapasiti enjin yang dihasilkan oleh kenderaan Jepun adalah lebih kecil berbanding dengan kenderaan buatan Amerika Syarikat yang menggunakan petrol yang banyak.

Walaupun krisis minyak antarabangsa pada tahun 1974, syarikat ini terus membuat keuntungan.

Dengan kenaikan harga gas pada tahun 70-an, syarikat itu beralih untuk menghasilkan kereta kecil.

Dari tahun ke tahun, kenderaan keluaran Toyota mendapat kepercayaan pengguna disebabkan ketahanan enjin yang dimilikinya.

Berdasarkan kejayaan Toyota, salah satu daripada yang boleh kita pelajari adalah penghasilan produk yang unik dan berkualiti berbanding pesaing lain.

Toyota juga melakukan pembaharuan sesuai dengan keadaan semasa contohya beralih menghasilkan kereta kecil apabila berlaku kenaikan harga gas.

Artikel terbaru

Leave a Reply