Jangan Tak Kenal Pesaing Anda. 6 Sebab Perlu Tahu Pesaing

“Apa yang terhendap-hendap tu?” Ohh….Tengah nak kaji dan kenal pesaing ‘ye.

Sebagai peniaga, kita tak lepas dari persaingan. Dalam dunia yang serba moden sekarang ini, ada peniaga bersaing secara sihat dan ada juga yang tak berapa sihat.

Sebenarnya, ada kebaikan bila kita selalu lihat apa yang pesaing kita buat.

Kalau anda nak tahu, syarikat-syarikat besar menyediakan perbelanjaan yang besar untuk lakukan kajian atau ‘marketing research’ untuk kenalpasti kelebihan dan kelemahan pesaing.

Kami nak kongsikan dengan anda 6 sebab kenapa anda perlu intip apa yang pesaing anda buat.

6 sebab perlu kenal pesaing bisnes anda:

1. Untuk Jadikannya Inspirasi.

Kadang-kadang hidup ini perlukan sedikit tekanan. Sedikit tekanan yang baik InsyaAllah dapat memberikan results yang baik. Seumpama berlian, akibat dari tekanan yang berjuta tahun, terhasilnya batu yang sangat berharga.

Begitulah juga dengan hidup sebagai usahawan atau peniaga. Sedikit tekanan dari pesaing sebenarnya boleh bawa banyak kebaikan. Jadi rajin-rajinlah kaji apa yang pesaing anda lakukan, dan jadikannya inspirasi untuk anda buat lebih tindakan.

Antara tindakan yang boleh anda buat ialah dengan cari lebih banyak ilmu dari pesaing anda, supaya anda boleh buat tindakan lebih besar dari mereka.

2. Untuk Tahu Teknik Pemasaran Yang Digunakan.

Jika kita ada ilmu pemasaran dari Program Millionaire Marketing Mastery (MMM), kita sebenarnya tak perlu takut sangat tentang teknik pemasaran yang pesaing gunakan sebab Datuk Wira Dr Azizan Osman akan kongsikan lebih 200 strategi pemasaran yang anda boleh pilih nak guna yang mana dan kenal pesaing untuk tahu apakah teknik pemasaran yang mereka gunakan.

Adakah mereka gunakan teknik online sahaja, atau offline atau kedua-duanya? Di platform manakah mereka gunakannya, adakah hanya di FB Page, menggunakan FB Ads, atau Instagram. Bila anda dah tahu, lebih mudah untuk anda rancang strategi pemasaran anda.

3. Untuk Kaji Teknik Pemasaran Yang Berkesan.

Dengan mengkaji dan kenal pesaing, kita akan dapat tahu teknik apa yang mereka gunakan dan teknik apa yang berkesan

Macam mana kita nak tahu teknik itu berkesan, contohnya bila mereka posting sesuatu di Facebook, mereka akan dapat banyak response dan Like.

Anda juga boleh kaji content atau copywriting yang bagaimana yang mereka gunakan untuk posting di media sosial dan pengiklanan offline mereka.

Bukan untuk anda tiru bulat-bulat! Tapi untuk anda memperbaikinya dan jadikan lebih baik.

4. Untuk Perbaiki Cara Anda Buat Pemasaran.

Setelah anda tahu teknik pemasaran mana yang mereka gunakan dan teknik mana yang berkesan, mudah untuk anda rancang kempen pemasaran anda sendiri.

Anda mungkin boleh gunakan pendekatan yang sama seperti pesaing anda, dengan sedikit penambahbaikan atau anda boleh terus cuba cara yang baru dan cipta kelainan. Bila anda dah kaji mereka, anda akan tahu siapa target mereka, dan anda juga dapat bina profile sasaran pelanggan anda sendiri.

Sebagai contoh, peniaga A menjual tudung dua muka dengan sedikit labuci yang disasarkan kepada wanita yang bekerjaya, tetapi peniaga B yang dah kaji produk peniaga A boleh tambah baikkan tudung dua muka dengan labuci swaroski dan sasarkannya kepada wanita yang bekerjaya dan berpendapatan lebih tinggi.

5. Untuk Perbaiki Cara Anda Bina Jenama.

Kalau kita tengok di dalam pasaran, banyak betul produk yang sama, dengan kebaikan yang sama, hanya jenama yang berbeza. Jadi bagaimana anda nak tahu produk dan jenama anda lebih bagus dari pesaing?

Bila anda kaji mereka melalui Facebook, melalui FB Ads, melalui event yang mereka adakan, melalui iklan yang mereka siarkan, anda akan dapat melihat di mana kedudukan jenama mereka, dan anda boleh perbaiki jenama anda menjadi lebih baik.

6. Untuk Jadikan Anda Buat Lebih Tindakan.

Sedikit tekanan dapat bantu kita buat tindakan yang lebih berbeza dan lebih baik. Pesaingan yang baik adalah satu tekanan yang sihat untuk diri anda.

Bila anda kaji pesaing, bukan maknanya anda nak cari keburukan, tapi anda nak cari apa kelemahan anda yang anda boleh perbaiki, dan apa kebaikan dia yang anda boleh tiru atau aplikasikan dengan lebih baik. 

Pesaingan adalah adat dalam bebisnes. Tak bersaing tak seronok lah bisnes, itu bukan bisnes namanya.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Jangan Tak Kenal Pesaing Anda. 6 Sebab Perlu Tahu Pesaing” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



1 Comment

Leave a Reply