Sdn Bhd vs Enterprise

Sdn Bhd vs Enterprise

Soal pematuhan peraturan dan undang-undang merupakan perkara penting bagi sesebuah bisnes untuk berkembang dan pergi ke tahap yang lebih tinggi.

Namun mungkin ada segelintir berpandangan bahawa bagi bisnes mikro atau kecil ini tak perlu pun daftar bsines sebenarnya tidak tepat.

Melalui pendaftaran bisnes anda, sebenarnya banyak manfaat atau kelebihan bagi usahawan yang berdaftar. Seperti ketika pandemik ini, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada bisnes contohnya Geran Khas Prihatin bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) secara one-off.

Pendaftaran perniagaan boleh dibuat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang merupakan badan berkanun yang terbentu​k hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan.

SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002. Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Sehubungan itu, pada kali ini kami akan kongsikan kepada anda 2 jenis perniagaan yang selalu kita lihat dan dengar sebelum ini. Apakah perbezaan dan kelebihan masing-masing.

4 perbezaan & kelebihan Sdn Bhd vs Enterprise :

Enterpriese

1. Liabiliti tidak terhad

Dari sudut perundangan, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemiliknya.

Dengan kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik akan turut sama terkesan dan menjadi muflis. Harta benda mereka juga akan disita.

2. Tiada kesinambungan

Perniagaan enterprise akan terbubar sekiranya berlaku kematian kepada pemiliknya. Ia juga tidak boleh diwarisi.

3. Kurang kredibiliti

Enterprise boleh dikatakan jenis perniagaan bagi usahawan yang baru bermula dan dengan pendaftaran kos yang sangat murah. Perniagaan ini juga tidak mempunyai kewajipan untuk menfailkan laporan audit dan kewangan kepada SSM.

4. Susah untuk mendapatkan pengecualian cukai

Boleh dikatakan susah atau hampir tiada pengecualian cukai bagi jenis perniagaan enterprise.

Sdn Bhd

1. Liabiliti terhad

Menurut perundangan, syarikat Sdn Bhd merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Impak dihadkan hanya kepada syarikat itu. Apa yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.

2. Ada kesinambungan

Bagi Sdn Bhd diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.

3 Lebih kredibiliti

Syarikat Sdn Bhd pula didaftarkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik setiausaha syarikat wajib melantik Setiausaha Syarikat, selaras dengan kehendak Akta Syarikat 2016. Menurut Seksyen 236, pengarah perlu melantik Setiausaha Syarikat dalam tempoh 30 hari dari tarikh penubuhan syarikatnya.

Laporan kewangan dan tahunan setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM.

4. Pelbagai insentif pengecualian cukai

Pengecualian cukai merupakan antara kelebihan yang diperolehi oleh syarikat Sdn Bhd. Pelbagai insentif pengecualian cukai boleh dinikmati yang diberikan Kerajaan.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply