4 Fakta Samsung, Gergasi Industri Elektronik Bermula Dengan Kedai Runcit

4 Fakta Samsung, Gergasi Industri Elektronik Bermula Dengan Kedai Runcit

Samsung Electronics, pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia, melaporkan peningkatan 26 peratus keuntungan bersih suku keempat pada 2021.

Penularan pandemik COVID-19 yang mendorong manusia bekerja di rumah, meningkatkan permintaan untuk peranti yang dikuasakan cip dihasilkan syarikat dari Korea Selatan itu.

Firma itu berkata, keuntungan dicatat pada Oktober hingga Disember lalu meningkat 26.4 peratus kepada 6.61 trilion won (AS$5.97 bilion).

Keuntungan operasi meningkat 26.4 peratus kepada 9.05 trilion won, sementara penjualan juga meningkat 2.8 peratus kepada 61.55 trilion won.

Kita mengenali Samsung hari ini, sebagai gergasi pengeluar telefon bimbit dan peralatan elektronik.

1. Kedai runcit

Dengan hanya 30,000 won (kira-kira $ 27 USD), pengasasnya, Lee Byung-chull memulakan Samsung pada 1 Mac 1938, sebagai syarikat perdagangan yang berpusat di Taegu, Korea.

Syarikat kecil hanya 40 pekerja yang bermula sebagai kedai runcit, perdagangan dan pengeksportan barangan yang dihasilkan di dalam dan sekitar bandar, seperti ikan dan sayuran Korea kering, serta mi sendiri.

Selepas perang Korea, Lee memulakan kilang gula di Busan yang dipanggil Cheil Jedang, sebelum berkembang membuka tekstil dan membina kilang bulu terbesar di Korea.

2. Industri elektronik

Samsung memasuki industri elektronik pada tahun 1960-an dengan memberi fokus pembentukan bahagian elektronik.

Bahagian elektronik awal termasuk Samsung Electronics Devices, Samsung Electro-Mechanics, Samsung Corning, dan Samsung Semiconductor & Telecommunications.

Pada tahun 1977, Samsung mula mengeksport TV berwarna dan menubuhkan Samsung Construction, Samsung Fine Chemicals, dan Samsung Precision Co. (sekarang dipanggil Samsung Techwin).

Menjelang tahun 1978, Samsung telah menjual 4 juta set televisyen hitam dan putih.

Sebelum tahun 1980, memulakan pengeluaran besar-besaran ketuhar gelombang mikro.

3. Perkakasan telekomunikasi

Pada tahun 1980, Samsung memasuki industri perkakasan telekomunikasi dengan pembelian Hanguk Jenja Tongsin.

Pada mulanya membina papan suis telefon, Samsung berkembang menjadi sistem telefon dan faks yang akhirnya beralih ke pembuatan telefon bimbit.

4. Pemilik paten

Pada tahun 2015, Samsung di Amerika Syarikat sahaja merupakan syarikat paling banyak diberikan paten berbanding mana-mana organisasi atau syarikat lain mengalahkan Google, IBM, Microsoft, Sony dan Apple.

Samsung kini memperoleh hampir 8,000 paten.

5. Strategi

Memetik laporan Utusan, Naib Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Samsung Group, Jong Yong Yun, STRATEGI syarikat e-digital yang dilaksanakan Samsung sejak November 2000 berjaya mendorong pertumbuhan syarikat itu terutama dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Samsung juga sentiasa mengkaji trend pembelian pengguna dan segala perancangan mengenai pemasaran pada setiap minggu. 

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply