Rutin Harian Orang Terkaya Di Dunia

Nak tahu satu perkara ini yang menjadi ‘essential’ atau keperluan yang dilakukan orang terkaya di dunia ialah bersenam.

Ya, anda tak salah baca – bersenam.

Bersenam merupakan tabiat dan rutin bagi golongan billionaire dan orang terkaya di dunia ini. Mengikut penulis buku, Change Your Habit, Change Your Live, Tim Corley, 76% orang kaya ini bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Bagi kebanyakan kita pula, macam mana? Ada tak yang bersenam setiap hari? Mungkin jarang-jarang, ada yang kadang-kadang saja dan ada yang tak bersenam pun sebab sangat sibuk berbisnes rasanya.

Berikut kami kongsikan dengan anda, 3 billionaire yang menyatakan bahawa bersenam atau kecergasan fizikal ada menyumbang kepada kejayaan mereka.

Apa kata 3 orang terkaya di dunia ini :

1. Mark Zuckerberg

Menurut Zuckerberg, kekal dalam keadaan sihat sangat penting.

“Untuk melakukan sesuatu memerlukan energy dan anda hanya akan mempunyai lebih banyak energy bila dalam keadaan fit atau sihat.”

“Saya akan memastikan bersenam sekurangnya 3 kali seminggu, biasanya selepas bangun daripada tidur.”

2. Richard Branson

Jelasnya dalam blog beliau, kejayaan dalam kerjayanya dan kegembiraan dalam kehidupan tidak akan berlaku jikan tidak meletakkan kepentingan pada kesihatan dan kecergasan diri.

Beliau gemar untuk bermain tennis, menunggang basikal, berlari dan aktiviti kite surf.

3. Oprah Winfrey

“Saya cuba untuk melakukan aktiviti setiap hari yang membenarkan saya merasa aktif,” kata Oprah kepada People.com.

Sebelum ini, beliau selalu melakukan yoga dan memastikan sebanyak 10,000 langkah setiap hari.

Jadi, adakah anda nak mula bersenam selepas ini? Seperti dikatakan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa usahawan yang berjaya ini mempunyai energy yang tinggi.

Jika anda tak jaga kesihatan, tak bersenam, macam mana nak kekalkan badan agar cergas dan dalam keadaan yang baik. Bila badan cergas, minda anda juga akan cerdas.

Jom kita disiplinkan diri dengan bersenam mungkin seminggu sekali dahulu, sebelum tingkatkan lagi kekerapan hinggalah dapat bersenam setiap hari. Bertindak sekarang.

Artikel terbaru

Leave a Reply