Rupa-Rupanya Ini Pendapatan Mariah Carey Menerusi Lagu ‘All I Want For Christmas Is You’

Rupa-Rupanya Ini Pendapatan Mariah Carey Melalui Lagu ‘All I Want For Christmas Is You’

Walaupun belum memasuki bulan Disember, namun lagu-lagu perayaan Krismas seperti ‘All I Want For Christmas Is You’ nyanyian Mariah Carey sudah mula dimainkan di pusat membeli belah terutamanya di negara barat.

Lagu ini sering mengungguli carta lagu Krismas pilihan ramai dan semestinya bukan biasa-biasa royalti yang diterima Mariah melalui satu lagu ini sahaja!

Selepas menyiarkan video transformasi Halloween-ke-Krismas yang menakjubkan di Instagramnya pada 1 November, semua orang ingin tahu berapa banyak pendapatan Mariah Carey setiap Krismas?

Menurut Celebrity Net Worth, Mariah Carey memperoleh antara £450,000 dan £750,000 setiap Disember daripada “All I Want For Christmas Is You” sahaja.

Selain itu, turut dianggarkan juga bahawa beliau menerima kira-kira £380,000 di United Kingdom hanya menerusi lagu itu sahaja setiap tahun.

Walaupun tidak diketahui dengan tepat berapa jumlah pendapatan yang diterimanya setiap tempoh perayaan, namun yang pasti jumlahnya sangat besar memandangkan beliau juga menjana pendapatan daripada perkhidmatan penstriman seperti Spotify.

Memandangkan sambutan Krismas kelihatannya tiba lebih awal setiap tahun, maka nampaknya Mariah tidak perlu risau tentang sumber kewangannya pada setiap hujung tahun.

‘All I Want for Christmas is You’ telah ditulis bersama oleh Mariah Carey dan rakan penulisnya. Kekal relevan biarpun lagu tersebut sudah berusia 28 tahun, liriknya sebenarnya ditulis dalam masa 15 minit sahaja.

“Ia pastinya bukan ‘Swan Lake tetapi itulah sebabnya ia sangat popular kerana ia sangat ringkas dan sedap!” kata Afanasieff sambil menambah bahawa trek itu diilhamkan daripada teknik ‘Wall of Sound’ oleh penerbit Phil Spector pada tahun 1960-an.

Menurut Radio X, lagu itu tahun lepas dinamakan sebagai lagu Krismas paling popular sepanjang zaman berdasarkan tinjauan pengguna media sosial dan perstriman Spotify.

Lagu Krismas Yang Paling Banyak Distrim

1.       All I Want for Christmas is You – Mariah Carey

2.       Last Christmas – WHAM!

3.       Fairytale of New York – Pogues ft. Kirsty Kirsty MacColl

4.       Merry Christmas Everyone – Shakin’ Stevens

5.       Do They Know it’s Christmas – Band Aid

6.       It’s Beginning to Look a Lot Like Christmas – Michael Buble

7.       Step into Christmas – Elton John

8.       Santa Tell Me – Ariana Grande

9.       I Wish it Could be Christmas Everyday – Wizzard

10.   Rockin’ Around the Christmas Tree – Brenda Lee

Menurut Celebrity Net Worth, nilai kekayaan Mariah Carey bernilai $340 juta, iaitu  kira-kira £295 juta.

Selain itu, beliau juga merupakan salah satu daripada 15 artis dalam industri muzik terlaris dalam sejarah yang telah menjual lebih 200 juta album di seluruh dunia dan merupakan artis wanita ketiga terlaris sepanjang zaman, di belakang Madonna yang berada di tempat pertama manakala Taylor Swift di tempat kedua.

Sepanjang kerjayanya, Mariah telah memenangi pelbagai anugerah dan penghormatan, termasuk lapan AMA, 19 Anugerah Muzik Billboard dan lima Grammy.

Artikel terbaru

Leave a Reply