Pengarah Urusan Weststar Bosan Di Jalan Raya, Cetus Idea Perkhidmatan Helikopter

Pengarah Urusan Weststar Bosan Di Jalan Raya, Cetus IdeaPerkhidmatan Helikopter

Trafik sesak dan memenatkan, waktu itu mungkin terlintas di fikiran kalaulah kereta ini boleh terbang.

Dek kerana masa banyak dihabiskan di jalan raya juga menimbulkan rasa bosan. Tak siapa sangka daripada situasi ini tercetus idea perniagaan!

Kita selusuri kisah jutawan Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim, pemilik dan Pengarah Urusan Weststar.

Namanya mula menjadi sebutan apabila syarikatnya muncul sebagai penyedia perkhidmatan helikopter luar pesisir terbesar di Asia Tenggara dengan perolehan kontrak bernilai berpuluh bilion ringgit!

Pegawai tentera

Anak kelahiran Sungai Petani, Kedah ini merupakan seorang pegawai perisikan tentera yang berkhidmat selama 13 tahun dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan pangkat terakhir Mejar.

Setelah tamat perkhidmatan dalam ATM pada 1993, Syed Azman dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Jual kereta terpakai

Syed Azman mula berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai untuk dijual di Malaysia.

Sewaktu itu, beliau tidak memiliki lesen import (AP) namun  berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin berkembang.

Kemudian kerajaan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar kemudian barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan dari Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia antaranya Honda Jazz.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar Chevrolet dan Suzuki.

Perkhidmatan helikopter, bosan di jalan raya

Bosan kerana masanya banyak habis di jalan lalu rakan Syed Azman mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya, bila heli itu tidak digunakan, helikopter  disewakan saja pada mereka yang berminat.

Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama untuk menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Westar Aviation Service Sdn Bhd (WAS)

Kini Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan memiliki kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak.

Selain helikopter beliau juga menjalankan perniagaan peluru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan dan pembinaan.

Benar seperti yang sering diungkapkan MenThor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman masalah itu peluang. Siapa rasa masalah atau cabaran hidup titik permulaan untuk ubah hidup?

Bertitik tolak masalah kesesakan trafik dan masa yang banyak dihabiskan di jalan raya, membawa kepada perniagaan menyediakan perkhidmatan helikopter.

Artikel terbaru

7 Comments

Leave a Reply