Nak Ubah Hidup Bantu Lebih Ramai Peserta Dari Pelbagai Tujuan

“NAK UBAH HIDUP” adalah tiga perkataan yang membawa pelbagai maksud. Ramai yang datang dalam keadaan yang ketakutan, kebengangan dan tekanan hidup yang dihadapi mereka hari demi hari.

Nak Ubah Hidup pada pendapat saya adalah membawa maksud seseorang yang dalam ketakutan, kesusahan atau kekeliruan yang ingin mencari jalan untuk mengubah apa yang berlaku supaya perkara yang lepas tidak berulang kembali. Saya dapat lihat, ramai peserta pertama kalinya hadir ke program ini dan ada juga yang sudah lama tidak hadir ke program kami tapi datang semula dengan pelbagai tujuan.

Apabila melihat situasi ini, saya merasakan bahawa ada sesuatu yang mereka cuba dan ingin pihak RichWorks membantu mereka. Mungkin mereka meletakkan RichWorks sebagai penyelamat mereka untuk menyelesaikan masalah yang sedang mereka hadapi. Pada ketika ini saya terlintas satu perkataan iaitu harapan. Mereka sangat mengharap bahawa apa yang berlaku kepada mereka akan dapat diperbaiki dan menjadi lebih baik.

Sebenarnya, dalam kehidupan kita kadang-kadang kita perlukan orang lain untuk menegur atau memberitahu kita bahawa kita perlu perbaiki sesuatu dalam kehidupan kita. Apa yang kita lakukan itu betul atau salah supaya kita sendiri dapat menjadi lebih baik. Melihat dengan kehadiran peserta kali ini, ramai yang datang dengan harapan dan ingin tahu apa yang mereka patut lakukan. Ada yang datang dengan masalah peribadi, dan ada pula yang datang dengan membawa masalah tentang bisnes. Jadi apa yang berlaku adalah mereka sepatutnya perbetulkan ‘’mindset’’. Apakah yang mereka fikirkan untuk selesaikan cabaran yang mendatang.

Kali ini ini program Nak Ubah Hidup banyak fokus kepada ‘’mindset’’. Cara untuk berfikir dengan baik atau mindset sangat penting kerana ia adalah penentu apabila anda membuat keputusan. Ramai di luar sana lebih suka menyalahkan takdir atau menyalahkan orang lain berbanding untuk berfikir bagaimana nak jadi lebih baik dan bagaimana nak selesaikan sesuatu masalah dengan rational dan baik. Berapa lama lagi anda ingin meletakkan asalan dalam diri anda sebagai tembok penyelamat kepada situasi yang anda hadapi?

Saya berkesempatan untuk berjumpa dengan peserta SPIRE baru-baru ini semasa program berlangsung. Apa yang mengejutkan adalah apabila peserta SPIRE kebanyakanya datang bersama keluarga dan staff mereka sendiri. Ada juga yang datang untuk kali kedua memandangkan ini adalah program Nak Ubah Hidup kali kedua yang berlangsung di Setia City Convention Center SCCC, Setia Alam, Shah Alam. Mereka datang bersama-sama hanya kerana ingin jelas tentang ke mana hala tuju mereka selepas ini. Walaupun mereka terus belajar bersama-sama dengan RichWorks, tetapi mereka masih merasakan bahawa ilmu sangat penting, circle itu sangat penting dan sokongan orang sekeliling untuk memastikan tenaga mereka sentiasa dalam keadaan positif.

Ironiknya, mengapa masih ada antara anda yang berada dalam keadaan selesa walhal kita sedia maklum bahawa zaman kian berubah, teknologi kian berubah dan fikiran manusia pada masa kini juga berubah. Kadang-kadang dalam keselesaan kini ada lagi yang masih menanggung hutang, nama di black list dan menyebabkan tekanan hidup yang dihadapi. Saya percaya bahawa anda tidak mahu keadaan ini membelenggu diri anda sehari-hari.

Saya turut ingin menzahirkan rasa bangga dan jutaan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah atas kunjungan tidak rasmi ke program Nak Ubah Hidup baru baru ini. Saya agak teruja dengan kehadiran Tun dan saya ingat lagi kata-kata Tun bahawa ‘’Kejayaan yang dicapai adalah dari Dr. Azizan. Saya berminat untuk melihat orang di luar bandar mencapai kekayaan. Kalau kita belajar macam mana nak berniaga, kita akan capai lebih pendapatan dan sama dengan yang tinggal di bandar. Kalau makan gaji sampai situ saja. Kalau berniaga lebih lagi. Bukan tak ada kebolehan, tapi kalau tak ada usaha kita tak boleh guna kelebihan kita.”

Hafiz Jasmi
Vice President Mentorship Program

Artikel terbaru

Leave a Reply