RichWorks International: Mengubah Senario Dunia Perniagaan Bagi PKS Di Rantau Asia

Dunia perniagaan sememangnya penuh dengan cabaran namun ianya bukan alasan untuk RichWorks International terus mengorak langkah dalam mengekalkan kejayaan mereka sebagai pembimbing keusahawanan terbaik di rantau Asia dan juga antarabangsa.

Syarikat berpengkalan di Malaysia ini merupakan penganjur seminar keusahawanan terbesar di negara tersebut khususnya dalam latihan pemasaran dan motivasi. Diasaskan oleh mentor dan pakar bidang pemasaran, strategi dan keusahawanan, Datuk Wira Dr Azizan Osman, syarikat yang pada mulanya hanya sebuah perusahaan kecil ini akhirnya mencapai pelbagai kejayaan luar biasa hasil dari membimbing ramai usahawan dalam dan luar negara.

Semua ini cukup memberi tanda bahawa RichWorks International sedang berada di puncak kegemilangannya yang tersendiri.

Ditubuhkan pada 2008, syarikat ini bermula sebagai syarikat yang membimbing dan melatih usahawan secara kecil-kecilan. Setelah melakukan perubahan strategi pada 2010, Richworks International seterusnya terus berkembang pesat dan menjadi perintis dalam industri ini.

Antara khidmat yang disediakan ialah memberi bimbingan korporat dan peribadi, perkhidmatan e-pembelajaran, seminar dalam talian, latihan dan bimbingan, persidangan, aktiviti perundingan perniagaan, pengurusan, penasihat, perancangan dan pengurusan pelaburan dan perkhidmatan lain yang berkaitan. Semua usaha berterusan ini telah membawa pada pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Datuk Wira Dr Azizan Osman, Richworks International

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan ini adalah hasil dari pengaruh luar biasa Pengasas Richworks International itu sendiri iaitu Datuk Wira Dr Azizan Osman. Beliau sendiri berperanan dalam syarikat sebagai seorang mentor bidang perniagaan, pemasaran dan kepimpinan dan penulis buku motivasi terlaris.

Sehingga kini, beliau diiktiraf sebagai seorang pembimbing keusahawanan yang terkenal dan jurulatih perniagaan, pemasaran dan kepimpinan terkemuka di Asia. Kemampuannya yang tersendiri dalam memberikan bimbingan bagi ribuan pemilik perniagaan dan pengusaha melalui formula yang berkesan berjaya meningkatkan keuntungan perniagaan ramai anak didik yang bernaung di bawahnya.

Buat masa ini, Richworks International telah melancarkan program Bina Bisnes Berjaya yang bertujuan membimbing usahawan yang terkesan dengan Covid-19 di samping memastikan mereka mampu berjaya walaupun ketika perintah kawalan pergerakan. Semenjak pandemik melanda dunia pada tahun 2020, lebih 400,000 usahawan dari Singapura, Indonesia, Brunei dan Malaysia sendiri menghadiri seminar online yang mereka anjurkan. Untuk rekod, bermula 2008, Richworks telah membimbing lebih 700,000 usahawan dan untuk tahun 2021, mereka mensasarkan peningkatan penyertaan keseluruhan sehingga 2 juta orang.

Pada Seminar Pemasaran Global (MADcon) di Le Meridien, Dubai baru-baru ini, Azizan Osman diberi penghormatan sebagai salah seorang penerima anugerah Top 50 Marketing and Advertising Leaders. RichWorks International juga telah menerima anugerah Top 100 Marketing and Advertising Companies pada acara yang sama yang diadakan pada 16-18 Disember. Datuk Wira Dr. Azizan sendiri telah hadir untuk menerima kedua-dua anugerah tersebut. Untuk makluman, anugerah ini adalah anugerah tertinggi dalam bidang pemasaran yang bertujuan menyatukan mereka yang berjaya dan paling cemerlang dalam industri pemasaran dan periklanan global di bawah satu bumbung.

Anugerah ini juga diadili oleh juri dan Lembaga Penasihat MADcon, yang terdiri daripada pemimpin industri dan pakar dari syarikat seperti IBM, J6 Labs, PACE Group dan ramai lagi yang setaraf dengannya.

Semua ini menandakan bahawa RichWorks International serta pengasasnya sendiri, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sama sekali tidak akan berundur dari perjuangan mereka dan akan terus mara.

Lebih-lebih lagi, beliau telah menerima anugerah The Brand Laureate Brand Leadership Award tahun 2020 oleh The Brand Laureate Best Brands E-Branding Awards 2020. Semua ini adalah hasil dari titik peluh 20 tahun pengalaman dan kesungguhan beliau memberi bimbingan sehingga banyak perniagaan dari pelbagai jenama berjaya menembusi pasaran dalam dan luar negara.

Sering menerima jolokan sebagai “Tony Robbins of Asia,” (seorang pelopor perniagaan kecil dan sederhana di Asia), aura kepimpinan beliau akan terus mengubah senario dunia perniagaan bagi pengusaha kecil dan sederhana di rantau Asia selagi khidmat beliau masih diperlukan.

(Sumber Bloomberg : https://www.bloomberg.com/press-releases/2021-06-21/richworks-international-impacting-the-landscape-of-businesses-and-smes-across-asia)

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “RichWorks International: Mengubah Senario Dunia Perniagaan Bagi PKS Di Rantau Asia” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



6 Comments

Leave a Reply

logo richwell