RichWorks International Menyumbang Kepada Mereka Yang Memerlukan

Dalam bulan Ramadan yang mulia ini, warga RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks International) tidak ketinggalan untuk menyumbang sedikit sebanyak kepada mereka yang memerlukan di negara ini.

Sumbangan-sumbangan tersebut digerakkan sendiri oleh kakitangan bersama pengurusan RichWorks dalam memastikan perancangan yang dibuat dapat berjalan dengan lancar.

Aktiviti sumbangan seperti ini telah dimulakan sejak 2018 lagi dengan melibatkan penyertaan kakitangan RichWorks. Pada 8 Mei lalu, seramai 20 keluarga asnaf di Sungai Ramal, Kajang telah menerima sumbangan barangan keperluan asas termasuk kuih dan duit raya.

Menurut Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International, Radz Mohd, sumbangan tersebut diperolehi daripada ahli lembaga pengarah, pengurusan dan kakitangan syarikat sendiri.

Bahkan Richwell (Pertubuhan Kebajikan RichWorks) juga menyalurkan bantuan melalui aktiviti sumbangan pada tahun ini.

“Kami kumpulkan sumbangan daripada keluarga RichWorks dan membeli barangan keperluan termasuk kuih raya yang mana tinggal beberapa hari saja nak berhari raya.

“Moga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kemudahan dan kegembiraan kepada anggota masyarakat yang memerlukan dalam tempoh pandemik ini,” katanya baru-baru ini.

Terdahulu, RichWorks juga telah menyumbang dan mengagihkan lebih 1,000 helai pakaian raya kepada anggota masyarakat yang memerlukan di PPR Kampung Baru Hicom, Seksyen 26, Shah Alam pada minggu lalu.

Selain itu, 5 lokasi terpilih juga telah pun menerima wakaf sejadah, telekung dan Al-Quran hasil sumbangan warga RichWorks.

Malah petugas barisan hadapan juga tidak dilupakan dengan pemberian pek makanan berbuka puasa di Hospital Sungai Buloh selama beberapa hari yang lalu.

Pengasas RichWorks dan MenThor, Datuk Wira Dr. Azizan Osman sememangnya menerapkan kepada warga RichWorks termasuk anak-anak didiknya untuk sentiasa memberi dan bersedekah kepada mereka yang memerlukan. Janji Allah SWT sendiri yang mana akan membalas mereka yang bersedekah berkali-kali ganda insyaAllah.

Moga segala sumbangan yang diterima dan diagihkan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kegembiraan, kesenangan dan manfaat kepada penerima-penerima menjelang Syawal ini.

Dalam keadaan pandemik dengan kes yang meningkat, marilah kita bersama mainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga prosedur operasi standard (SOP) dan amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Jom lindung diri kita ini, untuk melindungi orang lain.

Artikel terbaru

Leave a Reply