RichWorks Disebut Dalam Dewan Rakyat

Tanggal 16 November 2021, memahat sejarah dan kebanggaan buat RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) apabila disebut dalam sidang Dewan Rakyat mengenai inisiatif Wanita Bangkit.

RichWorks dipilih sebagai rakan kerjasama dalam inisiatif Wanita Bangkit, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu terutamanya golongan wanita di negara melalui program Wanita Bangkit Berniaga.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun, kolaborasi strategik tersebut tidak melibatkan sebarang kos kepada kementerian.

“RichWorks menawarkan latihan dan bimbingan (Wanita Bangkit Berniaga) secara percuma kepada wanita yang berminat pada 26 – 28 November ini.

“Pemilihan RichWorks sebagai rakan kerjasama berikutan kemampuan dan prestasi yang terbukti telah melahirkan ribuan usahawan jutawan yang berjaya dan kekal sukses sehingga hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan ahli Parlimen Segambut-DAP mengenai jumlah perbelanjaan untuk program Wanita Bangkit ketika menggulung Usul Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Malah laporan ini juga telah dikeluarkan dalam Utusan Online dan Kosmo Online semalam.

Jumlah peserta Wanita Bangkit Berniaga

Buat pengetahuan semua, jumlah pendaftaran setakat masa ini telah pun mencapai 25,502 orang dengan lebih 90 peratus terdiri daripada golongan wanita.

47,000 naskah buku percuma buat peserta Wanita Bangkit Berniaga

Kisah inspirasi, perjalanan 100 usahawan jutawan dibukukan sempena hari jadi ke-47 Pengasas RichWorks dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 14 November lalu.

47,000 naskah buku ini diberikan secara percuma kepada peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga.

Buku bertajuk 100 Usahawan Jutawan – Satu Misi Bantu The Nation ini mengandungi pengajaran dan inspirasi daripada orang, bisnes dan hasil sebenar yang dialami mereka.

Usahawan jutawan ini berasal daripada pelbagai latar belakang seperti anda, ada suri rumah, pekerja profesional, swasta mahupun kerajaan. Bisnes dijalankan terdiri sekitar 20 industri berbeza seperti pertanian, makanan, fesyen, kecantikan, pembinaan, perkilangan dan banyak lagi.

Terdapat pelbagai tip penting bagaimana mereka ini bukan saja bertahan malah berkembang meskipun ketika pandemik bermula tahun lalu.

Buku setebal 600 muka surat ini sebenarnya berharga RM47 sempena hari jadi Datuk Wira ke-47 namun peserta-peserta Wanita Bangkit Berniaga hanya perlu bayar kos penghantaran sebanyak RM15 bagi lokasi di Semenanjung dan RM20 (Sabah & Sarawak).

Bagi mereka tinggal di luar negara, kos penghantaran perlu ditanggung mengikut tempat mereka. Bagaimanapun, para peserta Wanita Bangkit Berniaga tidak perlu membayar sebarang kos bagi mendapatkan e-buku.

Peserta Wanita Bangkit Berniaga nanti bukan hanya akan mendengar perkongsian secara langsung lebih 30 usahawan jutawan ini malah berpeluang memulakan bisnes bersama mereka ini dengan modal rendah malah ada juga tanpa modal.

Perkongsian secara ‘live’ pada hujung bulan ini, ditambah dengan buku 100 Usahawan Jutawan pastinya akan memberikan lebih banyak inspirasi, idea dan memberikan seseorang itu keyakinan untuk melakukan tindakan seterusnya.

Cara pantas dan berkesan untuk mendapatkan hasil dengan mengikut apa yang orang lain lakukan di samping membuat sebarang penambahbaikan mengikut keadaan semasa.

Jadi jangan terlepas, layari wanitabangkitberniaga.com sekarang.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “RichWorks Disebut Dalam Dewan Rakyat” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply