Realiti Dihadapi Seorang Usahawan

Kerjaya sebagai seorang usahawan boleh dilihat sebagai sangat glamor daripada pandangan orang luar. Mereka melihat seseorang usahawan itu terutamanya founder melakukan perkara yang disukai hingga mencapai apa diimpikan dengan pendapatan yang tinggi.

Tapi adakah ini realitinya dalam keusahawanan, adakah hanya kesenangan?

Tidak, kesenangan itu datang selepas pengorbanan dan kesusahan yang dilalui dengan usaha, ilmu dan tindakan yang konsisten. Apatah lagi dalam keadaan krisis masa ini, cabaran baru menyebabkan perubahan pantas diperlukan bagi usahawan dapat bertahan malah berkembang dalam tempoh ini.

Krisis ini umpama serampang dua mata di mana hanya mereka yang tahu akan nampak peluang yang ada berbanding mereka melihat ianya sebagai halangan tanpa melakukan apa-apa perubahan serta tindakan sepatutnya.

Sehubungan itu, kali ini kami ingin kongsikan 3 realiti yang setiap usahawan perlu berdepan apabila memilih untuk berniaga.

3 realiti perlu dihadapi usahawan :

1/ Tiada jaminan sebagai usahawan

Tidak kira siapa, apa, di mana dan bila, tiada jaminan apabila anda menjadi usahawan boleh berjaya.

Tidak kira betapa anda bekerja keras, idea perniagaan yang bagus, tiada jaminan bahawa ia akan menghasilkan pulangan wang yang banyak dan boleh diselesaikan hingga akhir.

Bagaimanapun, melalui bimbingan MenThor yang terbukti berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dapat memberikan anda kepastian dan bimbing anda ke tahap lebih tinggi dan pantas berbanding yang lain.

2/ Usahawan akan menjalani perjalanan berseorangan

Ingat, tidak ramai orang yang mempunyai kesungguhan dan keberanian untuk buat apa yang anda (usahawan) buat. Sanggup meninggalkan kestabilan (kerja tetap), zon selesa dengan risiko serta ketidakpastian.

Ramai orang tak berani ambil keputusan untuk menjadi usahawan kerana takut gagal dan buatkan mereka rasa lemah bila anda berjaya. Sebab itu, selalunya mereka ini akan menolak anda, tidak berikan semangat dan mengecilkan usaha anda setiap kali bila anda berdepan dengan masalah.

Malahan kemungkinan keluarga tak menyokong dan meminta anda jangan membuang masa lagi. Kemungkinan tiada orang akan mempercayai anda sehingga dapat menunjukkan hasil atau perubahan yang lebih baik.

Sebab itu, anda perlu adanya ilmu yang betul agar dapat lakukan tindakan yang berkesan, circle dapat menyokong satu sama lain dan MenThor yang terbukti dapat bimbing dan berikan kepastian.

3/ Tiada rehat bagi usahawan

Usahawan bekerja 8 hari seminggu. Ramai orang menjadi usahawan untuk menjadi bos sendiri namun bagi yang baru bermula akan sedar bahawa mereka perlu bekerja keras mungkin berlipat kali ganda dari bekerja sebelum ini.

Anda perlu lebih bekerja, hasil yang agak sedikit buat permulaan dan ketidakpastian sama ada boleh berjaya atau tidak.

Pada permulaan soal ini akan dihadapi kebanyakan usahawan, namun dengan ilmu, strategi dan MenThor disusuli usaha berterusan dilakukan akan mencapai kejayaan, insyaAllah.

Mungkin 3 realiti yang dikongsikan ini agak menakutkan namun menjadi seorang usahawan merupakan sesuatu cabaran dan peluang yang baik bagi berubah menjadi lebih baik serta mencapai impian mereka.

Seperti kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bahawa orang yang berjaya, mereka melakukan sesuatu, buat yang terbaik sampai habis.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Realiti Dihadapi Seorang Usahawan” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



1 Comment

  • As Salamualaikum DWDAO, D-J & Pasukan Richworks yang dirahmati Allah SWT,

    Terlebih dahulu, kita patut bersyukur dengan perancangan Yang Maha Berkuasa yang telah sediakan melalui Insan-insan Terpilih di Richworks, ujudnya sebuah platform untuk Bangsa Usahawan berpayung – berjuang jatuh bangun menghadapi keadaan perniagaan sebenar diluar sana, demi meraih kemenangan hakiki di dunia dan akhirat. In Sha Allah.

    Samada kita sedar atau tidak, keadaan diluar sana sejak 18 March 2020 telah digerak-perlahankan oleh Maha Pencipta untuk kita melihat, menyedari dan mensyukuri akan nikmatNya. Pada masa yang sama, Bangsa Usahawan yang dipimpin dan dibimbing rapat oleh Insan-insan Terpilih di Richworks, berada dirumah masing-masing -WFH pada KECEPATAN (Acceleration) pengajian dan kefahaman yang luar biasa yang tidak ada ditempat lain.

    Saya sangat bersetuju dengan kata MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman supaya kita melakukan sesuatu yang terbaik sampai habis.

    Sekian, terima kasih.

    Ikhlas dari
    Syed Abdul Halim Ariffin
    Elite-X
    KSAB | Pengeluar Baja Organik Bokashi.
    Balok, Kuantan | Pahang DM
    H/p : 019-9897041

Leave a Reply