Ramai Orang Jual Tudung, Boleh Ke Buat Bisnes Ini?

Ramai Orang Jual Tudung, Boleh Ke Buat Bisnes Ini?

Pelbagai jenama tudung sudah berada dalam pasaran, ramai orang sudah jual tudung, boleh lagi ke kita buat bisnes tudung ini? Perkara ini pastinya menimbulkan sedikit sebanyak kebimbingan terutama kepada mereka yang baru nak mula bisnes tudung.

Jangan bimbang, pasaran tudung ini luas bukan saja di dalam negara malah luar negara. Bahkan dengan banyaknya jenama tudung dan ramai orang jual tudung turut menunjukkan ia mempunyai permintaan ramai dan potensi yang besar.

Bukan saja wanita muslim yang membelinya, lelaki juga membelinya. Betul tak? Golongan lelaki pun beli tudung, untuk berikan hadiah kepada isteri atau keluarga mereka.

Apatah lagi, tudung boleh dikatakan suatu kemestian bagi muslimah atau golongan wanita Islam menutup aurat mengikut perintah Allah SWT.

Menutup aurat bagi seorang muslimah di hadapan golongan yang bukan mahramnya adalah satu kewajipan yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini adalah berdasarkan firman-Nya:

يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Maksudnya: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah al-Ahzab: 59)

Tidak menghairankan apabila industri tudung ini mencatatkan pertumbuhan sangat memberangsangkan serta mampu menjana pendapatan lumayan.

Dari segi pengguna, kebiasaan wanita juga bukan hanya mempunyai beberapa helai tudung di rumah, malah hinggakan berbelas, berpuluh-puluh sampai ratusan pun ada. Nak dapatkan design yang secocok dengan baju la, keluaran tudung design terbaru dan sebagainya. Difahamkan ada juga yang membeli tudung setiap bulan.

Boleh ke bisnes jual tudung lagi?

Persoalannya penting di sini, bukannya mengenai banyak sudah orang jual tudung tetapi bagaimana anda sendiri menjual dan membezakannya dengan peniaga lain.

Bagaimana anda dapat belajar daripada pesaing-pesaing ada yang boleh menjadi anda punya benchmark atau titik permulaan bagi bisnes yang baru dimulakan terutamanya kepada Founder.

Bagi mereka yang menjual produk orang lain iaitu sebagai dropship, ejen atau stokis, anda tidak perlu memikirkan soal pesaing sangat sebab ia akan difikirkan oleh Founder dan team mereka dari segi marketing, produk dan lain-lain.

Apa yang perlu dilakukan adalah untuk berkongsikan tentang bisnes tudung dijalankan kepada rakan-rakan dan kenalan anda dan target market yang betul. Kongsikan kepada mereka dan bina trust atau kepercayaan kerana tanpa disedari, orang akan membeli sesuatu daripada mereka yang boleh dipercayai.

Selalunya, tiada orang akan menyerahkan wang kepada mereka yang tak dikenali. Bila ada trust lebih mudah untuk berurusan dan menjualnya.

Orang yang boleh dipercayai adalah mereka yang buat apa yang dicakapkan, menunaikan janji dan membetulkan bila berlaku kesilapan.

Kesimpulan di sini adalah boleh saja anda bisnes tudung yang menjadi keperluan dan mempunyai permintaan ramai terutama muslimah di negara ini. Ia semua bergantung kepada ilmu, strategi anda untuk berkongsikan tudung yang ditawarkan kepada pelanggan-pelanggan.

Artikel terbaru

Leave a Reply