Rahsia Walt Disney Capai Impian

Rasanya semua di sini pastinya tahu dan pernah dengar mengenai syarikat Walt Disney yang terkenal dengan menghasilkan animasi dan kartun.

Tapi tahukah anda siapa disebalik kejayaan syarikat itu, yang mengasaskan syarikat gergasi itu dengan jenamanya terkenal di seluruh dunia.

Pengasasnya, Elias Walt Disney mengalami banyak kegagalan sebelum mencapai kejayaan. Beliau tidak takut dengan kegagalan dengan semangat dan komited bagi mencapai impiannya.

“Semua impian kita boleh menjadi kenyataan, jika kita mempunyai keberanian untuk mengejarnya,” kata Disney.

Setiap orang sebenarnya boleh berjaya. Disney merupakan salah satu bukti yang mana meskipun dengan latar belakang yang pelbagai tak menghalang seseorang itu untuk berjaya.

Bapa Disney dilahirkan di Kanada dengan ibu bapanya merupakan Irish dan ibunya merupakan dari keturunan Jerman Amerika Syarikat.

“Anda tak boleh biarkan sesiapa menentukan had anda kerana di mana anda berasal. Had anda hanyalah ]soul anda,” ujarnya.

4 nilai jadi rahsia kejayaan Walt Disney :

Beliau juga menemukan 4 nilai penting yang membawa dan mengekalkan asas kejayaannya sejak bermula kerjayanya. Kuncinya adalah bagaimana untuk adaptasikannya dan menggunakan dengan sebaik-baiknya.

“Saya tak percaya bahawa terdapat sebarang siling yang tidak dapat digapai oleh seseorang yang ketahui rahsian membuat impian jadi kenyataan.”

“Rahsia istimewa ini, bagi saya boleh disimpulkan dalam empat C iaitu curiosity (ingin tahu), confidence (keyakinan), courage (keberanian dan constancy (konsisten). Dan yang paling penting sekali adalah keyakinan,” katanya.

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Rahsia Walt Disney Capai Impian” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



NAK
GROW
BISNES?

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook
Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

Sertai Nak Grow Bisnes dan dapatkan ebook Pasca Raya: 15 Teknik Super Marketing

2 Comments

Leave a Reply