Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Rahsia Kerja Berpasukan Yang Hebat

Kerja berpasukan yang hebat dapat memberikan impak positif kepada bisnes anda. Ia dapat membuatkan kerja-kerja team dapat berjalan dengan lancar bagi mencapai sasaran dan matlamat ditetapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Bagaimanapun, team yang ada pada zaman ini berbeza daripada dulunya ekoran perkembangan teknologi. Mereka kini lebih kepelbagaian, dinamik (Mencari peluang lebih baik) dan penggunaan digitalisasi.

Asas Bagi Kerja Berpasukan Yang Berjaya

Mengikut J. Richard Hackman yang pelopor dalam soal tabiat pertubuhan yang mula membuat kajian tentang pasukan pada 1970an lagi telah mengenal pasti asas pasukan yang efektif.

Kajian dibuat lebih 40 tahun, beliau mendapati apa yang lebih penting bagi kerjasama dalam pasukan bukanlah soal personaliti, sikap, atau tabiat mereka. Sebaliknya, apa yang diperlukan untuk sesebuah pasukan yang hebat ialah ‘keadaan yang mengupayakan’.

Jelas beliau, 3 keadaan akan menjadikan pasukan yang berjaya ialah ada hala tuju yang mengujakan, struktur yang kukuh dan sokongan yang baik. Ketiga perkara ini perlu diberikan perhatian dalam pasukan-pasukan anda.

Selain itu, dilihat sesebuah pasukan memerlukan shared mindset – nilai dan kepercayaan yang sama tentang siapakah kita dan kenapa kita melakukannya. Sebagai seorang leader, anda boleh memupuk identiti dan kefahaman yang sama.

3 Keadaan Buatkan Pasukan Yang Hebat

Hala tuju yang mengujakan

-Pasukan anda tak dapat teruja jika tidak tahu kerja mereka akan membawa ke mana. Ia memerlukan sasaran jelas untuk pasukan dapat bertindak pada satu arah yang sama.

Dalam pada itu, sasaran itu juga perlulah agak mencabar agar tapi tidak terlalu susah hingga boleh buatkan pasukan anda hilang semangat.

Hala tuju yang ditetapkan itu perlulah memberikan kesan membuatkan pasukan anda ‘ambil berat’ untuk mencapainya bagi mendapatkan pengiktirafan, penghargaan, kepuasan dan sebagainya.

Struktur pasukan yang kukuh

Memerlukan pasukan yang seimbang, tidak semestinya perlu ada kemahiran sosial dan teknikal yang power. Mempunyai kepelbagaian dari segi pandangan, pengetahuan, termasuk usia, jantina dn bangsa membantu menjana idea-idea baru dan kreatif.

Sokongan yang baik

Mempunyai sistem reward untuk mengiktiraf prestasi ahli pasukan, data atau maklumat diperlukan sudah disediakan, sistem pendidikan yang memberikan menawarkan latihan kepada mereka serta kemudahan-kemudahan termasuk peralatan disediakan.

Artikel terbaru

Leave a Reply