Adakah anda pemilik produk atau tawarkan servis? Ketahui perbezaan dan kebaikan yang ada dan cara marketing yang diperlukan sesebuah bisnes.
Produk atau servis? Yang mana mudah untuk dipasarkan? Yang mana lebih laku keras? Yang mana satu idaman kalbu?
Jika anda fikir cara berniaga produk dan servis adalah sama, anda sebenarnya silap dan jika anda fikir cara perniagaan keduanya berbeza – anda juga silap.
Jadi yang mana betul? Apa yang anda perlu tahu sebenarnya ialah sama ada anda bisnes produk atau servis, ianya ada kekuatannya tersendiri dan cara marketing tersendiri.
Sebagai contoh, jika anda ada produk, ianya lebih mudah untuk terangkan dengan lebih jelas kepada pelanggan kerana boleh tunjukkan produk anda. Pelanggan boleh lihat, pegang, hidu serta dengar atau rasa dengan menggunakan semua deria yang anda ada.
Anda dapat berikan pengalaman kepada mereka untuk merasainya dan menyentuh emosi mereka dengan menggunakan deria. Seterusnya ia boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk membuat pembelian.
Tapi untuk servis, anda sukar untuk menjelaskannya kerana ianya bukan dalam satu bentuk fizikal.
Bagaimanapun, anda boleh ceritakan proses, tunjukkan perkhidmatan yang anda tawarkan melalui video, tunjukkan juga testimoni pembeli yang telah menggunakan perkhidmatan anda dan ini akan membantu pelanggan membuat keputusan.
“Cara marketing paling best dan paling senang adalah dengan buktikan“
Datuk Wira Dr. Azizan Osman
Produk mampu menjadi milikan sepenuhnya kepada pelanggan. Bila mereka telah membuat pembelian, produk akan menjadi miliknya di mana mereka boleh simpan. Tetapi untuk servis, mereka tidak dapat simpan melainkan pengalaman dan kenangan ketika menggunakannya.
Sebab itu bila menawarkan servis, adalah bagus untuk anda berikan sesuatu untuk mengingatkan kembali mereka kepada pengalaman menggunakan servis anda.
Contoh – perkhidmatan penerbangan, anda hanya menikmatinya ketika anda berada di kaunter pembelian tiket sehinggalah anda turun dari penerbangan tersebut.
Apa yang membuatkan mereka ingat ialah kualiti servis yang cabin crew berikan. Anda juga mungkin akan dapat sedikit cenderamata jika anda menaiki business class yang membuatkan anda teringat kepada perkhidmatan dan layanan yang mereka berikan.
Jika pelanggan tidak berpuas hati dengan produk anda, mereka masih boleh memulangkannya. Jika mereka tidak berpuas hati dengan perkhidmatan anda? Mereka mungkin akan berikan maklum balas dan tak akan menggunakan perkhidmatan anda lagi.
Sebab itu ianya penting untuk anda membina kepercayaan pelanggan, dengan memberikan layanan yang terbaik terutamanya dalam bisnes perkhidmatan.
Cara Marketing
Produk atau servis – apa yang penting adalah bagaimana anda memberikan ‘nilai’ dan pengalaman terbaik kepada pelanggan yang menggunakannya. Jika produknya bagus tapi anda gagal memberikan layanan terbaik, lama-kelamaan pelanggan akan lari dari anda.
Perkhidmatan yang bagus tetapi anda gagal memberikan ‘after sales service’ yang baik pelanggan juga boleh meninggalkan anda.
Jadi, antara produk atau servis, sememangnya ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ia ada Unique Selling Proposition (USP) yang tersendiri. Andalah yang perlu bijak untuk ‘highlightkan’ kebaikannya dan perbaiki kelemahannya.
Dapatkan 4 cara untuk menjadikan sasaran anda sebagai pelanggan jangka masa panjang. Anda boleh klik di sini.
2 Comments
Terbaik ideal doc
[…] mereka fokus pada kekuatan satu produk yang ada, dan mereka tahu nak ‘highlight’ kan kekuatan produk secara ‘laser focus’ tepat kepada […]