Potensi Baju Kurung Malaysia. Siapa Kata Baju Kurung Sudah Pupus & Tak Ada Kualiti?

Potensi Baju Kurung Malaysia Ketika PKP. Siapa Kata Baju Kurung Sudah Pupus & Tak Ada Kualiti?

Baju kurung merupakan pakaian tradisional bangsa Melayu dan kemudian ia dijadikan baju kebangsaan negara. Bahkan baju kurung telah pun digunakan oleh rakyat Malaysia bukan saja bangsa Melayu malah bangsa-bangsa dan kaum lain yang ada di negara majmuk ini.

Tahukah anda dulunya baju kurung ini merujuk kepada pakaian dipakai lelaki dan wanita pada waktu zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kemudian baju kurung bagi lelaki dipanggil baju Melayu dan wanita kekal dipanggil baju kurung di negara ini.

Baju kurung sudah pupus?

Baru-baru ini timbul isu baju kurung apabila seorang pereka pakaian iaitu Founder Nala Design, Lisette Scheers yang merupakan warga Belanda dan menetap di Malaysia.

Temu bual yang dilakukan Scheers bersama South China Morning Post (SCMP) telah menimbulkan kemarahan netizen di Malaysia.

Berikut petikan asal yang diambil daripada artikel berkenaan :

“My dream is to see the baju kurung return, to see Malays dressing beautifully again. I want people here to feel proud of their heritage. Growing up this country was full of beautiful fabrics and colour. I’m on a crusade to make sure that doesn’t disappear,” kata Lisette Scheers.

Apa yang diperkatakan di atas ini tidak dapat diterima oleh netizen yang melihat ia tidak berpijak kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat Malaysia.

Adakah baju kurung sudah meninggalkan kita? Adakah rakyat Malaysia khususnya orang Melayu tak bangga dengan warisan ini – baju kurung? Malah adakah baju kurung yang dihasilkan usahawan tempatan tidak berkualiti?

Tidak sama sekali! Baju kurung tak pernah tinggalkan Malaysia sebaliknya ia makin diperkasakan dan berkembang.

Bukan saja bangsa Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Kadazan, Baba Nyonya, Orang Asli dan pelbagai suku kaum yang tinggal di negara juga ada pakai baju kurung.

Apatah lagi, bila anda pergi ke luar (di Malaysia) pasti dapat melihat orang yang memakai baju kurung – di sekolah, pejabat, majlis perkahwinan dan ketika perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Baju kurung menjadi antara produk yang mempunyai pasaran yang besar di negara. Permintaannya semakin hari semakin bertambah terutama ketika musim perayaan hari raya.

Bagaimanapun, Scheers kemudian meminta maaf dalam akaun Instagram @naladesigns yang dikatakan ia salah faham dan telah berikan ‘impression’ yang salah.

Adakah ia salah faham? Apa-apapun, damage has been done. Kerosakan telah dilakukan dan beliau sepatutnya lebih berhati-hati dan berpijak kepada realiti.

RichWorks bersama MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman membantu bangsa usahawan daripada pelbagai industri termasuk fesyen – baju kurung untuk membina bisnes yang berjaya.

Baju kurung

Jenama seperti Sabella, Hasnuri, Anggun Cotton dan KurungLab antara bisnes yang menjual baju kurung telah mendapatkan latihan dan bimbingan secara dekat bersama MenThor melalui program Mentoring Spire dan Titanium.

Sabella saja berjaya mencatatkan jualan lebih RM100 juta pada 2020 dan Hasnuri (RM47 juta) dan Anggun Cotton dengan jualan lebih RM20 juta.

Mereka telah berjaya menjual jutaan helai baju kurung yang berkualiti dan memenuhi kehendak orang ramai di luar sana dengan ilmu, strategi, sistem yang diperolehi bersama RichWorks.

Anda juga boleh menjadi seperti mereka!

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply