Pimpin Dengan Hati, Bukan Benci

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
Pimpin Dengan Hati, Bukan Benci

Menjadi pemimpin memang impian ramai orang. Pemimpin bermakna ada ramai pengikut dan penyokong, ada ramai yang memuji dan menyanjung. Dipandang sebagai sumber rujukan, dikagumi, dijadikan contoh dan teladan. Sebab itulah seorang itu perlu pimpin dengan hati, bukan benci.

Dari dahulu lagi dan mungkin dari zaman Neolitik, seseorang mungkin dipilih menjadi pemimpin bila dia dilihat sebagai lebih menonjol dari orang lain. Dia mampu menjalankan tanggungjawabnya lebih baik dari orang lain. Selalunya dia buat lebih banyak dan sentiasa untuk bersedia untuk beri lebih daripada apa yang diharapkan.

Dalam sesebuah organisasi, pemimpin diletakkan dalam carta organisasi tertinggi. Dalam sebuah kerajaan dan dalam masyarakat juga ada pemimpinnya sendiri. Kita juga telah diperkenalkan dengan idea menjadi ketua semenjak sekolah lagi. Ketua, adalah seorang yang boleh kita harapkan dan bersandar harapan.

Pimpin Dengan Hati, Bukan Benci

Usahawan adalah seorang pemimpin. Seseorang individu adalah sepatutnya menjadi seorang pemimpin. Dalam Islam, seorang hamba Allah yang lahir ke muka bumi ini adalah seorang khalifah, perlu menjadi pemimpin kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling.

Kalau nak bercakap tentang ciri-ciri kepimpinan, memang mudah. Google saja dan anda boleh nampak ratusan artikel tentang kepimpinan. Tapi isunya, berapa ramai yang tahu tentang ciri-ciri pemimpin yang bagus tapi tidak mengamalkannya?

Berapa ramai dari kita yang rasakan diri mereka seorang pemimpin tapi mereka langsung tak peduli untuk memperbaiki diri dan menjadi pemimpin yang lebih baik?

Berapa ramai pula antara kita yang rasa, diri kita lah pemimpin yang paling bagus! Betul? Atau kita hanya sukakan perhatian yang diberikan? Kesilapan besar seorang pemimpin lakukan ialah bila mereka mahukan segala kemanisan saat bergelar pemimpin tapi enggan buat kerja-kerja bawahan atau kerja-kerja belakang yang seorang pemimpin harus lakukan.

Pimpin dengan hati, bukan benci.

Bukan mudah nak menjadi pemimpin, ianya perlukan tahap kesedaran yang tinggi, komited untuk memperbaiki sikap, sentiasa berusaha untuk cipta dan capai kejayaan baru, sentiasa bersedia untuk berfikir dan merancang strategi untuk capai lebih banyak kejayaan, sanggup untuk turun ke bawah dan memimpin serta menghasilkan lebih ramai pemimpin.

Ye betul, pemimpin yang bagus akan mampu menghasilkan lebih ramai pemimpin di bawahnya dan ini adalah bukan sesuatu yang mudah. Mengenalpasti kebolehan orang lain untuk memimpin, melatihnya dan seterusnya melepaskannya untuk memimpin satu kumpulan yang lain adalah kunci kejayaan sebenarnya seorang pemimpin.

Jika kita lihat sejarah ketamadunan manusia, atau sejarah terbinanya empayar perniagaan yang besar-besar, kunci utama mereka adalah bila mereka berjaya melahirkan pemimpin baru yang mempunyai misi visi, cara fikir, matlamat, kefahaman, tindakan yang sama.

Kalau terpesong pun hanya sedikit dan mudah dibentuk semula. Malangnya, tak ramai orang mampu memimpin dengan tujuan untuk melahirkan lebih ramai pemimpin. Orang lebih mudah untuk membunuh pemimpin lain, dengan harapan kita sendiri seorang diri boleh menakluki semua perkara.

Secara logik akal, setiap manusia ada kemampuan yang terhad. Tapi jika seorang manusia mampu menduplikasikan dirinya, membina lebih ramai pemimpin, segalanya akan menjadi lebih besar, mudah dan hebat.

Dan jika anda nak menjadi pemimpin yang berbeza, pimpinlah dengan hati…dengan inspirasi dan aspirasi, dengan niat dan misi visi yang jelas, dengan tujuan yang murni. Pimpinlah dengan hati dan bukan dengan penuh benci.

Kongsi artikel:

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Posts

Karakter Usahawan Produktif

Karakter Usahawan Produktif

Setiap orang boleh menjadi usahawan namun jenis yang macam mana anda ingin jadi? Mahu jadi usahawan yang berjaya ataupun sebaliknya berbalik kepada keputusan dan tindakan

Anda Cipta Luck Sendiri!

Anda Cipta Luck Sendiri!

“Mereka berjaya kerana ada LUCK…,” antara ayat yang biasa anda dengar atau anda sendiri pernah menyebutnya! Luck bermaksud tuah atau nasib. Kereta lumba F1 merupakan

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Tips Mula Bisnes Guna Facebook

Anda mahir menggunakan Facebook untuk tujuan peribadi anda? Mengapa tidak buat duit dengan bisnes melalui Facebook? Anda boleh menggunakan Facebook sebagai alat pemasaran sepenuh masa