Pilihan Anda Untuk Berjaya atau Gagal

Pilihan Anda Untuk Berjaya atau Gagal

Berjaya atau gagal bermula dengan pilihan kita. Siapa kita hari ini, apa yang kita jadi semuanya berbalik kepada pilihan kita sendiri.

Cuba lihat balik kehidupan anda dari duku hingga sekarang, mungkin kelihatan seperti sesuatu yang sudah ditakdirkan berlaku dan berada di luar kawalan kita.

Namun jika dilihat daripada persepktif berbeza, anda akan dapat lihat bahawa setiap kejadian itu disebabkan keputusan yang dibuat.

Jika kegagalan berlaku, belajar daripadanya agar boleh tambah baik dan berjaya. Sebaliknya jika berjaya, juga belajar daripadanya dan beri ganjaran kepada diri sendiri.

Anda tak boleh mengabaikan kedua perkara ini. Ia dapat membantu dalam perkembangan diri mahupun bisnes nanti. Growth atau perkembangan ini datang selepas kita menerima buruk atau baik sesuatu hasil itu.

Justeru itu, jangan katakan ‘ia bukannya kesalahan saya’ dalam kamus hidup anda. Sebaliknya mengakui kesilapan dilakukan dan bangga & bersyukur dengan kejayaan yang dimiliki.

3 perkara yang boleh anda pertimbang dalam membuat pilihan:

1. Melakukan sesuatu yang tak popular

Anta tidak boleh menghalang diri sendiri daripada menggunakan cara sendiri meskipun tak popular bagi orang lain.

Ya, adalah penting untuk menjadi seorang pengikut yang baik dan belajar. Di samping itu, perlu juga keberanian untuk melakukan yang berbesa. Pilihan ini jarang diambil orang lain bagi mendapatkan hasil yang dimahukan.

2. Lakukan melebihi apa diminta

Semua orang mahukan kejayaan, tapi berapa ramai yang sanggup untuk melakukan sesuatu yang lebih daripada yang diperlukan. Itulah yang akan membezakan anda dengan orang lain.

Anda boleh memilih untuk melakukan sesuatu berbeza yang tidak dilakukan orang lain bagi mencapai impian dan kejayaan. Tidak mudah, namun ia selalunya akan lebih berbaloi.

3. Pilih ‘perang’ mana yang hendak dilawan

Mereka yang berjaya tahu di mana yang perlukan untuk laburkan masa dan tenaga. Mereka fokus kepada perkara yang penting dan ‘mengetepikan’ yang lain dengan serahkan kepada team yang berkaitan.

Mereka juga tidaklah sempurna, ada melakukan kesilapan seperti kita. Tapi meskipun kesilapan mereka dapat mengubah keputusan mengikut keadaan dihadapi menghasilkan kejayaan.

Artikel terbaru

Leave a Reply