5 Tips Bisnes Uruskan Kesilapan

Uruskan kesilapan
Uruskan kesilapan

Tiada sesiapa boleh lari daripada kesilapan termasuk bisnes atau syarikat. Kesilapan akan berlaku, suka atau tidak suka meskipun dalam bisnes yang sudah berpuluh tahun lamanya.

Sebab itu, anda jangan buang masa dan menyalahkan diri sendiri kerana tiada sesiapa yang sempurna. Tapi jangan pula kesilapan sama dilakukan berulang-kali dan sebagai alasan selalu pula lakukan kesilapan.

“Manusia memang selalu buat silap, tapi cuba belajar untuk kurangkan kesilapan itu”

Datuk Wira Dr Azizan Osman

Namun persoalan penting di sini, bukannya kesilapan itu semata-mata tetapi bagaimana anda belajar daripadanya dan elakkan ia berlaku di masa akan datang.

Kesilapan adalah peluang?

Biar betul? Sebenarnya, kesilapan itu jika dilihat dari sudut berbeza dapat membantu tambah baik reputasi dan keefektifan syarikat jika menguruskannya dengan betul.

Cuba kita lihat di luar sana, sesetengah selebriti, ahli politik dan orang kenamaan tidak mahu mengakui sudah membuat kesilapan. Sebaliknya mereka cuba putar belitkan perkara itu, menyalahkan pihak lain dan bermacam-macam lagi dibuat termasuk mengabaikannya.

Tapi sebagai Leader bisnes, juga tak terkecuali untuk menggunakan cara itu bila buat kesilapan kepada pelanggan mereka. Hal ini disebabkan pelanggan-pelanggan membayar mereka untuk mendapatkan produk/servis yang betul.

Hakikatnya, bila syarikat atau bisnes anda mengakui kesilapan dengan cara yang konstruktif, brand anda tidak akan terjejas sangat berbanding bertindak sebaliknya. Malah, anda akan ada peluang berharga untuk mendapatkan rasa hormat dan kesetiaan daripada orang ramai.

Bisnes anda sebenarnya tidak dinilai macam mana dilakukan ketika waktu ‘baik’, tetapi macam mana dilakukan ketika waktu ‘tak baik’.

Dalam masa panjang, orang lebih mengingati bagaimana bisnes itu menguruskan kesilapan berbanding apa kesilapan berkenaan.

Sebenarnya jika bisnes itu mengelak untuk bertanggungjawab, ia lagi menjejaskan reputasi mereka berbanding mengakui kesilapan itu terlebih dulu.

Akuinya dan lihat ia sebagai peluang untuk belajar dan berkembang lagi.

Berikut kami kongsikan 5 Tips Bisnes Uruskan Kesilapan untuk anda :

  1. Akui kesilapan itu
  • Lebih cepat anda akui kesilapan itu lebih kurang ‘drama’ yang akan berlaku. Maka lebih cepat untuk anda pergi ke perkara lebih penting iaitu apa tindakan susulan yang anda akan buat dengan kesilapan itu.

Bahkan, lebih susah untuk kita semakin marah dengan seseorang yang mengaku kesilapan berbanding yang menafikannya. Malahan sukar untuk menyaksikan perkembangan konstruktif kalau orang yang bertanggungjawab itu enggan mengaku kesilapan mereka.

  1. Kenal pasti bagaimana terjadi
  • Jika anda hanya mengaku kesilapan itu dan tidak mahu langsung memikirkan hal berkenaan. Maka anda hanya meningkatkan peluang bahawa ia akan berlaku lagi.

Sebenarnya sangat penting untuk melihat semula bagaimana dan mengapa kesilapan itu terjadi agar anda dapat memperbaiki proses atau prosedur yang terlibat mencegah ia berlaku lagi.

  1. Jangan menyalahkan orang
  • Sangat senang untuk menyalahkan seseorang itu tapi sebenarnya ia juga akan melibatkan orang lain contohnya, seorang ketua yang bertanggungjawab menyemak kerja orang itu yang menjadi kesilapan.

Justeru itu, anda perlu melihat macam mana kesilapan itu berlaku dan apa boleh dilakukan untuk menghalang kejadian sama berulang.

  1. Tulis kesilapan itu
  • Kemungkinan untuk anda melakukan kesilapan sama lebih tinggi jika tak mencatatnya termasuk macam mana untuk mengelaknya.
  1. Berikan kepastian ia takkan berulang lagi
  • Sambil meminta maaf, berikan kepastian kepada pihak terlibat bahawa kesilapan itu tidak akan berlaku lagi.

Jelaskan bagaimana kesilapan itu boleh berlaku dan apa langkah atau perubahan diambil untuk menghalangnya berulang kembali.

Paling penting anda kena beritahu macam mana anda dan syarikat akan membetulkannya semula.

Orang akan ingat bagaimana anda menguruskan kesilapan itu bukannya apa dia kesilapan berkenaan. Maka jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menunjukkan integriti, kurangkan drama dan tambah baik operasi bisnes anda.

Begitulan caranya untuk anda membetulkan kesilapan. Boleh ke boleh?

Kajian Kes

Sebagai contoh yang berlaku di mana pengeluar kenderaan, Volkswagen pada Mei 2020 telah meminta maaf dengan cepat berikutan satu iklannya yang dikatakan rasis.

Mereka telah membuat tindakan yang betul dan lebih menonjol berbanding syarikat lain yang mengambil langkah menyembunyikan kesilapan, menyalahkan orang lain atau mengabaikannya saja.

Syarikat gergasi itu telah mengeluarkan iklan itu daripada akaun Instagram Volkswagen di Jerman pada 20 Mei 2020 selepas mengakuinya ia rasis.

Ya, kesilapan ini sememangnya memberikan kesan kepada mereka dengan menyaksikan kejatuhan nilai saham mereka pada waktu itu namun isu ini dilihat tidak berpanjangan. Saham Volkswagen juga sudah kembali pulih dan melebihi daripada nilai pada Mei 2020 ketika ini.

Artikel terbaru

Leave a Reply