Peserta Program Mentoring RichWorks Jana Lebih RM2.2 Bilion

Peserta Program Mentoring RichWorks Jana Lebih RM2.2 Bilion

Sekumpulan 777 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang mengikuti Program Mentoring Spire & Titanium berjaya mencipta rekod baharu dengan mencatatkan nilai jualan melebihi RM2.2 bilion bersamaan $533 juta pada tahun 2020!

Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang melanda dunia, nilai jualan daripada PKS tersebut menyaksikan peningkatan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2.2 bilion nilai jualan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada 2020 berbanding RM155 juta pada 2019.

Program Mentoring Spire selama 12 bulan ini merupakan program bimbingan usahawan untuk membantu mencapai jualan perniagaan sehingga RM1 juta dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun.

Malah direkodkan seramai 207 usahawan menyertai Program Mentoring Spire telah pun mencapai RM1 juta pertama mereka sejak program dimulakan pada November 2018 hingga hari ini!

Sehingga kini, Master Coach Datuk Wira Dr. Azizan Osman telah membimbing secara dekat lebih 10,000 syarikat sejak tahun 2008, berjaya menarik lebih dari 700,000 orang ke lebih dari 1,500 acara dan seminar . Sejak wabak Covid-19 bermula pada tahun 2020, RichWorks telah membantu lebih dari 400,000 perniagaan melalui program keusahawanan maya percuma!

Rekod Kejayaan Melalui Program-Program Mentoring

Rekod kejayaan, strategi perkembangan dan program-program mentoring telah membantu usahawan dan meningkatkan bisnes mereka daripada kosong hingga jutaan ringgit dalam tempoh 6 bulan hingga 1 tahun saja.

RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks International) dan Pengasasnya, Datuk Wira Dr Azizan Osman berharap untuk membantu kepada mereka yang mahu menggandakan jualan dan mula mendapatkan keuntungan dari kosong. Mereka mahu melahirkan lebih ramai usahawan jutawan pada tahun ini melalui strategi kepentingan hasil dan metodologi kejurulatihan yang inovatif.

Visi RichWorks International untuk menjadi ‘Netflix’ Pendidikan Usahawan menjelang 2025 yang mana menawarkan akses mudah ke kandungan berorientasikan ‘results’ dan penyelesaian yang dipercayai di platform online – RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Bahkan RichWorks International merupakan institusi pendidikan pertama di Asia dan kedua di dunia yang diiktiraf International Coach Guild (ICG).

Siapa Datuk Wira Dr Azizan Osman?

Beliau merupakan Coach (Jurulatih) Pemasaran, Bisnes dan Kepimpinan, MenThor dan Strategis, Penulis Buku Laris yang dianugerahkan Anugerah The Brand Laureate – Brand Leadership Award pada tahun lalu. Selain itu, beliau juga mendapat Anugerah The Brand Laureate Best Brands e-Branding pada tahun sama.

Azizan merupakan Pengasas dan Pengerusi RichWorks International yang mempunyai kepakaran dalam penganjuran seminar-seminar keusahawanan, perkembangan bisnes dan pembangunan diri.

Malah pada 2012, pihak Malaysia Book of Records telah mengiktiraf beliau bersama pasukan RichWorks International sebagai penganjur majlis dan seminar yang terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

Azizan juga telah mempelopori dengan pembangunan metodologi yang spesifik dan berteraskan results atau hasil bagi membantu orang ramai dapat menempuh pelbagai cabaran dan berjaya mencapai kejayaan baru.

Beliau mempunyai kemampuan unik dalam membimbing audiens dengan penyampaian tersendiri dan pandangan berguna yang membawa seseorang untuk melakukan yang terbaik, pasukan yang dapat berikan ‘results’ dan menjadi organisasi yang sukar ditewaskan.

Pada 2017, Azizan mendapat penganugerahan World Class Credentialed Master Coach recognition dari ICG Australia atas pengalaman dan kerja dalam latihan dan bimbingan.

Kemampuan beliau bagi mendapatkan hasil bagi ribuan pemilik bisnes dan usahawan bagi memperkasakan pembangunan bisnes menerusi strategi dan metadologi kejayaan yang terbukti.

Buku yang ditulis bersama Brian Tracy, Beat The Curve telah menjadi buku laris antarbaangsa. Selain itu posting media sosial beliau berjaya capai ke 1 juta orang dalam setahun saja. Perkara ini membuatkan beliau menjadi perhatian dan fenomena dalam membantu orang dalam membuat kerja lebih baik, perubahan dan sedar potensi manusia yang tertinggi.

Bukan itu saja, Azizan juga merupakan penerima Top 50 Marketing and Advertising Leaders bagi sumbangan dalam industri pemasaran dan pengiklanan. RichWorks International pula menerima Top 100 Marketing and Advertising Companies di MADcon, Dubai 2019.

Dalam majlis itu, Azizan diberikan penghormatan untuk menyampaikan ucaptama mengenai – “Why Community Building And Event Marketing Are The Most Effective Ways To Get Loyal Audiences?”.

Sebagai pelopor dan juara dalam membantu bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Asia, Azizan sering dikatakan sebagai ‘Tony Robbins Asia’. Program berasaskan komuniti dan permentoran meneruskan ‘Inspire, Educate & Add Value dalam menyokong negara ketika tempoh sukar ini.

Artikel terbaru

4 Comments

  • ROHAYANTI BINTI YAAKOP

    Alhamdulillah, saya telah dapat membantu ramai ornag disekeliling saya yang mempunyai masalah kulit wajah. Selain daripada itu saya telah daoat membantu 5 agen dan 5 dropship saya untuk menjana pendapatan untuk keluarga mereka.

  • Alhamdulillah dan Syukur pada Allah swt dapat join DOC setiap malam …Ilmu yang padu dan padat …Semangat membara

Comments are closed.