Pertandingan Buat Usahawan. 3 Kebaikan Boleh Diperolehi

pertandingan yang boleh dilakukan usahawan

Berdasarkan video sebentar tadi, apakah warna kereta Abu?

A) Hitam B) Kuning C) Hijau

Hantarkan jawapan anda ke 013-3456XXX untuk memenangi percutian percuma ke Pulau Pangkor. Setiap penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat. Setiap SMS akan dikenakan bayaran 50 sen.

Pertandingan. Anda mungkin kurang tahu teknik marketing cara ini. Tapi, ini merupakan salah satu dari teknik marketing yang anda boleh pakai dalam bisnes. Kalau anda nak tahu, cara ni jarang peniaga guna.

So, anda boleh la guna untuk tarik pelanggan dan ini satu cara yang unik.

Untuk pertandingan ni, anda boleh iklankan di media sosial atau website anda. Anda juga boleh gunakan offline marketing untuk hebahkan maklumat ni. Anda boleh buka kepada pelanggan yang walk-in ke kedai anda atau yang beli secara online dengan anda.

3 Kebaikan Boleh Diperolehi Daripada Pertandingan :

  1. Dapat kumpul database

Bila pelanggan SMS anda jawapan tersebut, anda dah dapat nombor telefon mereka. Anda boleh dapatkan butiran yang lengkap dan simpan dalam sistem database anda. Sekiranya anda ada buat promotion, anda boleh direct SMS mereka kerana data mereka sudah berada dalam database anda.

  1. Balas mesej secara personal

Untuk hargai pelanggan anda, apa kata anda balas mesej mereka secara peribadi, bukan gunakan auto response. Jadi, pelanggan akan lebih percaya pada anda. Tak perlu panjang pun, ucapan terima kasih sudah memadai. Anda juga boleh masukkan link ke website untuk memudahkan pelanggan follow up dengan anda.

  1. Gunakan standard rate

Biasanya, bila ada pertandingan yang menggunakan telefon ni, pelanggan akan dikenakan charge servis oleh syarikat telekom. Anda boleh pilih untuk guna standard rate kepada pelanggan anda. Contohnya setiap SMS akan dikenakan bayaran 50 sen. Pastikan juga hadiah kemenangan mereka berbaloi dengan effort yang diberikan.

Artikel terbaru

Leave a Reply