Jangan Biarkan Pelanggan Begitu Saja! 4 Manfaat Follow Up Bagi Usahawan

Jangan Biarkan Pelanggan Begitu Saja! 4 Manfaat Follow Up Bagi Usahawan

Cuba anda fikir, tanpa pelanggan dalam bisnes, apa akan jadi pada bisnes anda? Mampukah bisnes anda berkembang maju tanpa mereka?

Bila anda dah promosi barang kepada mereka, ada anda minta maklum balas, follow up selepas mereka guna produk atau servis anda? Mungkin ada yang minta dan mungkin ada yang tidak. Macam mana nak minta tu? Kan anda ada database pelanggan, jadi gunakan ia dalam bisnes anda.

Anda tahu, bila anda dah jual barangan atau produk, anda MESTI follow up balik dengan mereka. Ia sangat penting sekiranya anda tak nak hilang pelanggan. Memang bagus jika anda ada customer baru, tapi ingat! Customer lama jangan pula anda lupa. Kami akan kongsikan dengan anda dengan manfaat bila anda dapat follow up customer anda.

4 manfaat jika follow up pelanggan:

  1. Tahu tahap kepuasan pelanggan

Jika anda tak follow up dengan customer, anda mungkin tak tahu kesannya bila mereka gunakan produk atau servis dari anda. Adakah mereka berpuas hati, adakah ia beri kesan sampingan, adakah masih perlu diperbaiki dan sebagainya. Anda bukan sahaja boleh tahu feedback tentang produk, tapi anda juga boleh tahu feedback servis yang anda bagi pada mereka seperti response bila mereka PM anda dan sebagainya.

Adakah ia memuaskan hati mereka. Ini kerana, jika mereka berpuas hati, pasti mereka akan ulang order dari anda. Jika pelanggan gembira, anda yang mendapat untung.

  1. Pelanggan rasa dihargai

Follow up juga adalah cara yang terbaik untuk anda tunjukkan kepada pelanggan yang anda sangat hargai mereka dan berharap mereka terus setia gunakan produk anda. Bila anda sentiasa follow up, anda juga boleh jalin hubungan yang lebih erat dengan pelanggan anda.

Jadi, jika anda ada keluarkan apa-apa produk baru, anda boleh inform mereka dahulu. Anda juga boleh hargai mereka dengan adakan membership card supaya mereka boleh memborong dengan harga yang boleh buatkan mereka ‘tersenyum’.

  1. Beri kepercayaan kepada pelanggan

Bila anda sentiasa follow up dengan mereka, nescaya mereka susah nak beralih kepada peniaga lain. Ini kerana, anda sentiasa berhubung dengan mereka bila mereka dapatkan produk dari anda. Bukan tu je, ini memberi gambaran jelas kepada mereka yang anda serius berniaga. Jadi, pelanggan boleh letak kepercayaan mereka pada anda.

  1. Tingkatkan mutu produk

Anda juga boleh tingkatkan kualiti produk anda dengan gunakan feedback pelanggan. Ini kerana, anda hanya sediakan produk, tapi pelanggan yang gunakan produk anda. Bagi anda ia mungkin sudah bagus, tapi anda tak tahu pandangan pelanggan jika anda tak tanya mereka.

Semoga perkongsian ini dapat membantu bisnes anda. Anda boleh share perkongsian ini dengan rakan-rakan bisnes anda. Jika anda nak ilmu pemasaran yang lebih mantap, hubungi Team RichWorks bagi maklumat lanjut.

Artikel terbaru

Leave a Reply