Perniagaan Digital, Signifikan Antara Promosi, Jenama Dan Komunikasi. 3 Perkara Perlu Beri Perhatian!

Perniagaan menerusi internet membolehkan pelbagai bentuk pemasaran dilakukan secara digital dan merupakan platform popular dewasa ini terutama pada saat pandemik COVID-19.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) salah satu sektor yang terkesan dengan penularan tersebut dan digalakkan menggunakan kemudahan digital secara optimum bagi mencapai mutu sesebuah perniagaan.

Begitupun, berapa ramai antara peniaga sedar mengenai hubungan signifikan antara promosi, jenama dan komunikasi pemasaran digital?

Promosi Digital

Pemasaran online dapat membantu PKS memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara meluas.

Walau bagaimanapun, penting bagi perniagaan kecil untukmengetahui sama ada pemasaran online akan menyumbang kepada peningkatan jualan produk dalam persekitaran yang kompetitif.

Sehubungan itu, pemasaran melalui media sosial merupakan alat promosi, ia akan berkesan jika peniaga memberikan maklumat yang betul dan pada waktu tepat ketika pelanggan memerlukannya.

Jenama

Jenama yang tetap akan lebih dipercayai oleh pelanggan.

Pengembangan jenama bagi pemasaran dalam talian dapat dilakukan menerusi media sosial dan laman web dengan memuat naik maklumat berkualiti mengenai produk atau perkhidmatan supaya memenuhi kehendak pelanggan.  

Membentuk strategi pembangunan jenama penting bagi PKS untuk meningkatkan prestasi jenama syarikat.

Komunikasi

Komunikasi dalam persekitaran digital mempunyai ciri khas yang berbeza dari interaksi secara autonomi.

Penggunaan media sosial dapat meningkatkan kemampuan pengusaha untuk mencari peluang baru atau memanfaatkan peluang yang baru muncul.

Pemilik perniagaan kecil tidak boleh hanya bergantung pada saluran komunikasi secara tradisional untuk mendapatkan, mengekalkan dan mengembangkan pelanggan, sebaliknya menggunakan platform komunikasi secara online yang lain untuk membantu mencapai sesebuah objektif.

Komunikasi melalui pemasaran digital juga memudahkan proses berinteraksi antara penjual dengan pembeli.

Walau kita ghairah memasarkan produk dan perkhimatan di platform digital jangan lupakan aspek lain yang menyokong promosi tersebut iaitu jenama dan komunikasi.

Sementara itu, jika anda nak dibimbing terutama soal branding & marketing boleh klik di sini

Terima kasih kerana dapat luangkan masa anda untuk membaca artikel ini. Semoga artikel “Perniagaan Digital, Signifikan Antara Promosi, Jenama Dan Komunikasi. 3 Perkara Perlu Beri Perhatian!” ini sedikit sebanyak dapat memberikan manfaat kepada anda.

Sila kongsikan soalan atau ‘learning points’, apa yang anda dapat pelajari dari artikel ini dalam ruangan komen di bawah. ⬇️



Leave a Reply