Perlukah Cetak Bahan Pemasaran? 3 Sebab Anda Perlu Cetak

Perlukah Cetak Bahan Pemasaran? 3 Sebab Anda Perlu Cetak

Anda risau bila anda emel newsletter, katalog atau eBook kepada pelanggan anda, mereka tidak baca malah akan delete nya. Anda tahu macam mana nak bagi pelanggan simpan segala informasi dan maklumat yang anda berikan kepada mereka?

Jangan risau. Kami akan kongsikan cara yang terbaik untuk biarkan pelanggan terus baca dan simpan apa yang anda bagi pada mereka. Mungkin hari ini mereka tidak perlukannya, tapi mana la tau esok atau lusa, mereka akan buka semula.

Caranya adalah, anda boleh cetak bahan pemasaran anda. Faham ke faham? Kenapa anda perlu cetak segala jenis bahan pemasaran anda? Tak boleh ke bagi dalam bentuk soft copy je?

  1. Jadikan bahan bacaan

Mereka mungkin tak akan bacanya terus, tetapi mereka mungkin simpan segala risalah, newsletter, katalog dan segala bahan promosi yang anda poskan kepada mereka. Mungkin hari ini, esok atau lusa mereka akan baca. Paling tak pun, bila mereka kemas semula rumah mereka dan ternampak risalah anda, mereka mungkin akan ambil dan bacanya. Dan jadikannya bahan bacaan untuk tambah pengetahuan mereka. Dari situ, mereka akan berkenan dengan produk atau perniagaan yang anda jalankan.

  1. Jadikan bahan rujukan

Ada yang rasa bahan bacaan dalam bentuk soft copy lagi mudah, tapi anda tahu apa kelebihan ia bila anda dah cetak? Ia lagi mudah untuk dipegang, diconteng dan ditanda. Anda juga boleh lipat jika anda nak jadikan bahan rujukan. Ia lagi mudah untuk dirujuk bila dah dicetak. Anda boleh bawa ke mana sahaja anda mahu dan baca bila rasa bosan. Sama juga dengan katalog produk, anda boleh terus buka dan cari apa produk yang anda mahu tanpa perlu gunakan data internet.

  1. Supaya tak mudah hilang

Bila dah cetak bahan pemasaran anda, memang susah untuk anda delete nya lagi. Melainkan anda sengaja nak letak dalam tong sampah. Tapi, seelok-eloknya, jangan buang jika ia adalah risalah yang padat dengan ilmu.

Amacam? Anda dah dapat idea nak bagi pelanggan ‘pegang’ apa yang anda nak bagi kepada mereka. Itu baru sikit, sekiranya anda nak lagi ilmu pemasaran yang padat dengan dengan tips dan teknik untuk tingkatkan bisnes anda, apa kata anda cuba daftar ke Program Marketing Mastery.

Untuk anda yang bersungguh nak dapatkan ilmu pemasaran ini suatu program yang ‘wajib’ untuk tingkatkan sales dan marketing anda, insyaAllah.

Artikel terbaru

Leave a Reply