Hari hujan lebat. Encik Khairul terduduk lesu di belakang pentas. Dia lihat orang ramai berlari bertempiaran mencari perlindungan dari lebatnya hujan.
Atap kanopi yang dipasang untuk majlis beliau juga bergerak-gerak ditiup angin kencang. Encik Khairul bimbang 2 buah kanopinya akan diterbangkan angin yang kuat.
Tapi itu tak seteruk risaunya kepada jumlah sambutan dan jumlah jualan yag bakal dia kira di akhir acara nanti. Pasti tak berapa tinggi. Sudah ‘lah tak berapa ramai yang datang, hari hujan lebat pula.
Ada juga dia dengar rungutan tentang masalah tempat letak kereta yang tak cukup dan kawasan yang tak sesuai untuk dia mengadakan majlis hari terbuka kedainya.
Kasihan En Khairul! Dia ingatkan untuk buat event adalah sesuatu yang mudah dan dapat bantu perniagaannya buat sales yang banyak dalam tempoh satu hari. Tapi lain pula jadinya.
Anda nak tak gunakan teknik buat event atau acara untuk bantu anda buat jualan tinggi?
Sebelum anda buat event dan sebelum anda terima nasib yang sama seperti Encik Khairul, kami nak kongsikan dengan anda beberapa perkara yang anda perlu tahu jika anda nak buat event.
7 perkara penting untuk adakan event atau majlis :
- Perlu Selidik Lokasi.
Tahu tak, Encik Khairul sebenarnya buat acara hari terbuka untuk syarikatnya yang menjual kain pasang. Malangnya, kawasan yang dipilih adalah berdekatan dengan kawasan industri dan bengkel kereta.
Mungkin kadar sewa di situ tidak mahal, tapi agak tak berapa strategik untuk adakan satu hari terbuka yang rata-ratanya bakal dihadiri oleh wanita. Kemudian, hanya ada satu dewan kecil dan tidak berhawa dingin sedangkan faham-faham sajalah kaum wanita ni, kalau dah memilih kain, pasti lama.
Selalunya juga bila kaum wanita bershopping, mereka akan bawa anak-anak sekali, jadi kawasan yang tidak berhawa dingin mungkin agak tidak selesa bagi kaum wanita dan anak-anak.
Jadi sebelum buat sesuatu event, karnival, acara atau majlis, selidiki dulu lokasi yang sesuai dengan target pelanggan yang kita harapkan akan hadir. Selain dari lokasi, perlu juga pastikan ianya mempunyai kemudahan asas dan mudah untuk dapatkan kenderaan awam.
- Adakan Promosi Awal.
Kesilapan kedua Encik Khairul ialah dia hanya buat promosi 1 minggu sebelum hari terbukanya. Mana boleh macam tu Encik Khairul… Sekurang-kurangnya 1 bulan diperlukan untuk beri tahu orang ramai tentang hari terbuka yang nak diadakan.
Lagi lama tempoh promosi, lagi ramai orang dapat tahu dan mudah untuk pelanggan buat perancangan awal untuk datang ke hari terbuka atau karnival anda.
- Promosi, Promosi, Promosi!
Adui! Penting ni Encik Khairul, mana boleh Encik Khairul hanya pasang 10 bunting sahaja. Bila anda nak buat hari terbuka, anda perlu gunakan banyak medium periklanan dan berbagai teknik pemasaran untuk pastikan lebih ramai orang hadir.
Anda tak boleh harapkan dengan pasang 10 bunting sahaja, anda perlu pandai gunakan media online dan disokong dengan media offline untuk beritahu kepada seramai-ramainya manusia supaya mereka ingat tentang majlis anda.
Promosi pula kena lakukan hari-hari! Supaya mereka rasa macam ianya satu acara yang penting dan perlu untuk hadir.
- Meriahkan Suasana.
Encik Khairul perasan tak, promosi yang Encik Khairul adakan adalah sangat hambar. Warna bunting yang Encik Khairul guna tak menarik, copywriting yang Encik Khairul tulis di media sosial pun setakat ala kadar.
ianya tak beri rasa meriah dan rasa perlu untuk pelanggan hadir ke hari terbuka Encik Khairul. Cuba Encik Khairul tengok cara syarikat-syarikat besar mengadakan acara. Cara mereka promosikannya buatkan semua orang rasa mesti hadir dan mesti ambil bahagian.
Kalau tak hadir macam rugi dan ketinggalan. Mereka gunakan warna-warna yang menarik, gambar-gambar yang menarik. Ada yang gunakan iklan dengan lagu yang ‘catchy’. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh semua yang nak adakan hari terbuka, karnival atau acara.
- Pilih Tarikh Sesuai.
Bukan tak boleh nak buat acara di tengah bulan, tapi kalau dengan promosi yang hambar, susah juga orang nak hadir. Banyak perniagaan besar buat acara atau hari terbuka di akhir bulan, bila orang mula dapat gaji.
Dan kebanyakan acara akan dibuat pada hujung minggu atau cuti umum supaya mudah orang datang. Mereka takkan anda alasan untuk tak datang ke hari terbuka anda. Anda juga perlu tahu kenapa anda nak pilih tarikh tersebut.
Jika anda jual barangan sekolah, anda mungkin nak buat karnival atau acara di musim cuti sekolah. Jika anda nak buat hari terbuka jualan barang hiasan dalaman, anda mungkin nak buat sebulan sebelum Ramadhan. jadi kena pandai pilih tarikh dan waktu yang sesuai.
- Tahu Siapa Yang Patut Hadir.
Bila nak buat acara, karnival atau hari terbuka, kita patut tahu siapa yang patut hadir. Tak boleh lah main terjah dan teka-teka saja. Bila kita dah tahu, senang untuk kita targetkan iklan dan promosi kita. Encik Khairul jual kain pasang.
Jadi target ENcik Khairul mungkin wanita, mungkin juga tukang-tukang jahit dan pemilik butik. Jadi Encik Khairul perlu buat promosi dan iklan yang boleh sampai kepada target ini.
Selain dari itu, jika Encik Khairul dah ada database pelanggan, dah boleh jemput mereka hadir dan bawa rakan-rakan mereka hadir bersama. Kan dah mudah tu. Tapi Kalau Encik Khairul memang tak ada database dan tak jelas siapa yang patut hadir, adui..susah juga.
- Persediaan Sebelum, Ketika Dan Selepas.
Bila nak buat acara, Encik Khairul perlu fikir tetang persediaan sebelum acara, ketika acara berlangsung dan selepas acara diadakan.
Persediaan sebelum acara berlangsung, termasuklah cara pemasaran, pemilihan lokasi kemudahan dan sebagainya.
Persediaan ketika acara berlangsung termasuklah, audio system, keselamatan, tempat letak kereta, sambutan pelanggan, barang-barang jualan dan lain-lain.
Dan, persediaan selepas acara termasuklah pengangkutan, post mortem, kutipan jualan, ucapan terima kasih kepada yang hadir dan macam-macam lagi.
Bila nak buat sesuatu acara, karnival atau hari terbuka kita perlu fikirkan proses dalam 3 tahap ini, dan bukan hanya fikirkan pada hari acara berlangsung sahaja. Semoga perkongsian ini membantu anda semua.