Penyambut Tetamu Antara Rakan Kongsi Terbesar Alibaba. Net Worth $1.7 Bilion

Penyambut Tetamu Antara Rakan Kongsi Terbesar Alibaba

Alibaba adalah syarikat e-dagang berkonsep business to busines yang terbesar di dunia berpaksi di China dan mempunyai belasan cawangan operasi seperti di Sepanyol, United Kingdom, Itali, Jepun, Australia dan beberapa negara lain lagi.

Senang cerita Alibaba ini macam wholesaler untuk penduduk dunia yang nak beli pukal secara online. Alibaba merupakan laman web terbesar di dunia yang menguruskan beratus juta pengguna dan mengumpulkan berjuta usahawan kecil dan besar.

Penyambut Tetamu Antara Rakan Kongsi Syarikat E-commerce Terbesar Dunia, Alibaba

Haa…gempak kan? Okay sekarang ni kita nak cerita journey seorang wanita yang dahulunya penyambut tetamu Alibaba kini billionaire dengan net worth sebanyak USD$1.7 bilion bersamaan RM6.88 bilion setakat 2 Januari 2021! Amacam? Tanya orang sebelah bila kau nak jadi billionaire?

Usahanya yang tak putus asa dalam naik turun syarikat tersebut membuatkan beliau dikenali. Beliau join Alibaba ketika umurnya 30 tahun pada tahun 2000. Pada mulanya beliau mohon untuk jawatan pembantu tadbir tapi ditolak ketika interview pertama.

Kerana kesungguhan beliau untuk bekerja di Alibaba, beliau apply sekali lagi dan akhirnya mendapat tempat di Alibaba sebagai penyambut tetamu. Beliau seorang yang berpandangan jauh dan teliti ketika menjadi penyambut tetamu dan wanita ini mula menonjol hari demi hari.

Keprihatinan beliau yang tak berkira dalam pekerjaan di antaranya menghantar memo jadual kereta api kepada rakan sekerja yang akan bertugas di luar dan memberi air kepada rakan sekerja ketika musim panas mencuri hati semua pekerja di situ.

Setahun kemudian, Judy Tong dipindah ke bahagian customer support. Setelah tiga bulan, beliau berpatah semula kepada bahagian urus tadbir sebagai pengarah kerana ketangkasan beliau. Amacam? Nampak tak impak kalau tak berkira kerja majikan akan bagi anda trust tu?

Sepanjang perkhidmatan beliau selama enam tahun, beliau sentiasa mendapat kenaikan pangkat dari menguruskan customer service ke menguruskan pula bahagian sumber manusia dan akhirnya melayakkan beliau menjadi naib pengerusi untuk department yang berbeza di antara tahun 2007 hingga 2013.

Tahun 2013 Alibaba melancarkan Cainiao.com

Pada tahun 2013 ketika Alibaba melancarkan Cainiao.com yang merupakan syarikat logistik, Judy Tong diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi.

Tahun seterusnya, Judy Tong adalah antara 27 rakan kongsi Alibaba di mana waktu itu Alibaba mencipta sejarah nilai Initial Public Offering (IPO) tertinggi iaitu sebanyak USD 170.8 billion mendahului eBay dan Amazon.

Pencapaian Judy Tong dari penyambut tetamu hingga kini salah seorang rakan kongsi Alibaba menunjukkan kepentingan kesetiaan, kesungguhan dan dedikasi seorang pekerja untuk berjaya.

Amacam? Kalau nak train staff anda macam Judy Tong say I ! Seperti yang Datuk Wira Dr Azizan Osman berkata, setiap syarikat memerlukan team yang bagus.

Setiap staff itu perlu dilatih supaya mereka ‘sehaluan’ dengan goals yang anda ingin kecapi. Staff yang anda ada ini, anda sebagai founder perlu jaga mereka agar boleh sama-sama capai kejayaan di masa hadapan.

Artikel terbaru

Leave a Reply