Pentingnya Aliran Tunai Yang Betul, Bantu Kelangsungan Bisnes Anda

Pentingnya Aliran Tunai Yang Betul, Bantu Kelangsungan Bisnes Anda

Pentingnya aliran tunai (cash flow) yang boleh dikatakan umpama nyawa kepada mana-mana bisnes. Hal ini kerana anda boleh mengetahui keadaan kesihatan kewangan bisnes anda melalui rekod aliran keluar masuk wang yang ada.

Malahan, majoriti usahawan yang menghadapi masalah tidak pernah nampak dan tahu keuntungan syarikat milik mereka kerana tidak peka terhadap kepentingan dalam mengurus dan kawal aliran keluar masuk tunai syarikat.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah keseluruhan kes Penggulungan Syarikat (secara terpaksa dan sukarela) di Malaysia yang ditadbir sehingga Disember 2017 adalah sebanyak 38,093 kes di mana 23,408 kes secara terpaksa dan 14,685 secara sukarela.

Pentingnya Aliran Tunai Yang Betul, Bantu Kelangsungan Bisnes Anda

Melalui kajian sama yang dijalankan, didapati punca utama penggulungan syarikat-syarikat ini bagi bulan Disember 2017 sahaja adalah kerana masalah tidak mampu bayar hutang perniagaan iaitu sebanyak 1,091 kes.

Kenapa aliran tunai penting?

Sistem aliran tunai ini bukan hanya untuk ‘nampak’ ada berapa banyak angka di dalam akaun secara virtual tapi juga secara realitinya memang bisnes mereka ‘berduit’.

Cashflow ini penentu pada pengurusan kewangan syarikat – tentang unjuran projek tahunan, pengiraan kos, untung, target keuntungan, simpanan, pelaburan dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.

Cashflow setiap bisnes sangat mustahak untuk dikawal selia. Penting untuk tahu kadar aliran keluar masuk dan segala tatacara berkaitan kerana cashflow inilah sebenarnya yang menentukan tahap kesihatan sesebuah bisnes.

Tunai – Satu, memang mustahak untuk pusingan modal. Kedua, untuk gaji staff dan juga anda sebagai pemilik bisnes. Dan yang ketiga untuk rekod dan filing.

Kenapa perlu failkan segala transaksi keluar dan masuk syarikat?

Supaya anda tahu ke mana dan untuk apa wang syarikat dibelanjakan, selain untuk tujuan pembinaan profil syarikat, inilah tiket untuk anda mendapatkan mana-mana funding atau bantuan kerajaan kelak kerana banyak dana yang disediakan oleh pihak tertentu ini tidak dapat diproses pada pemilik bisnes kerana kekurangan maklumat terperinci berkaitan nadi bisnes itu.

Ketahui 7 cara urus cash flow dengan baca di sini.

Cabaran utama usahawan semasa PKP 2.0

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Bahkan, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan akhbar hari ini (17 Januari 2021) berkata, kaji selidik yang dijalankan kementerian mendapati antara cabaran utama yang akan dihadapi oleh usahawan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 adalah kekangan aliran tunai dan jumlah jualan yang lebih rendah.

Ini berikutan penurunan permintaan daripada pelanggan dan waktu operasi perniagaan yang lebih pendek.

Jelas beliau, usahawan mikro dan tidak formal akan paling terjejas oleh kekangan aliran tunai berikutan mereka tidak mempunyai banyak simpanan untuk menampung kos operasi perniagaan, seperti gaji pekerja, sewa dan bil utiliti.

Oleh itu, MEDAC meminta usahawan untuk memanfaatkan sepenuhnya pelbagai bantuan, insentif dan program di bawah kementerian dan agensi berkaitan untuk kekal berdaya saing dalam persekitaran perniagaan yang mencabar hari ini.

Jadi, sudahkah bisnes kita bersedia dan sudah bertindak bagi memastikan bisnes bukan saja masih ‘bernyawa’ malah kekal sihat dalam masa ini?

Artikel terbaru

Leave a Reply