No Cash, No Business!! Siapa Silent Killer Dalam Bisnes Anda?

No Cash, No Business!! Siapa Silent Killer Dalam Bisnes Anda?

82% peratus bisnes di Malaysia tutup hanya disebabkan masalah cashflow. Lebih parah, ramai usahawan hanya akan mula sedar apabila mereka diisytihar bankrap setelah tidak ada duit lagi untuk tanggung kelangsungan hidup bisnes mereka.

Sepanjang bulan Januari – November 2018 sahaja, sebanyak 2,014,291 perniagaan telah ditamatkan operasi mereka. – Sumber: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Sebab apa? CASHFLOW.. Ada 4 tanda yang menunjukkan bisnes anda TAKDE DUIT!

⛔ Duit tak cukup nak teruskan kerja yang sedang dilaksanakan

⛔ Banyak barang duduk atas rak atau dalam stor perlahan atau tak bergerak langsung

⛔ Duit keluar lebih banyak dari masuk

⛔ Bayaran sering lambat masuk dan adakalanya jadi hutang lapuk.

Cashflow! Pembunuh senyap bisnes anda dan menakutkan kalau anda tak urus dan kawal cashflow anda dengan baik dan teratur.

Macam mana nak belajar urus dan kawal cashflow? Ada 7 cara untuk anda urus cashflow:

1. Buat akaun perniagaan

– Kalau tak mau buat akaun perniagaan elok jangan berniaga je.. Macam mana nak tengok aliran wang tunai atau buat pengurusan cashflow kalau tak buat akaun perniagaan?

2. Pantau agar perniagaan sentiasa berada atas tahap Breakeven (Titik Pulang Modal) sales

– Anda perlu lihat jumlah sales setiap hari dan pastikan ianya melepasi tahap Breakeven (Titik Pulang Modal). Kalau tidak perniagaan anda akan mati kebuluran wang.

3. Kawal hutang

– Jika anda tak kawal hutang dan pembayaran, lama kelamaan hutang jadi lapuk dan tidak dibayar. Banyak perniagaan lingkup disebabkan masalah ni.

4. Elakkan hutang lapuk

– Jika anda tak kawal hutang dan pembayaran, lama kelamaan hutang jadi lapuk dan tidak dibayar. Banyak perniagaan lingkup disebabkan masalah ini. Sekali anda tutup perniagaan, selama-lamanya hutang itu tidak akan dibayar. Jadi pasti ada polisi hutang yang jelas.

5. Terlalu banyak stok

– Ada perniagaan terpedaya dengan promosi pembekal untuk beli banyak stok bagi mendapatkan harga diskaun. Jika anda mampu menjualnya dengan cepat, oklah. Jika tidak anda akan hadapi masalah tak ada cash. Terlalu banyak pekerja yang tak ada kerja juga sama macam beli stok tapi tak jual. Jadi kawal pekerja dan juga stok yang dibeli ngam-ngam saja.

6. Tak cukup modal pusingan

– Jika anda ambil kerja terlalu banyak sampai tak cukup modal beli barang, anda akan kekeringan duit. Maknanya perlukan modal untuk beli barang bagi menjalankan kerja. Oleh itu berhati-hati dengan jumlah penerimaan kerja jangan sampai tak cukup modal.

7. Taukeh buat belian mengarut atau buat pelaburan lain

– Ada juga kes bila syarikat ada duit lebih taukeh menggunakannya untuk bina perniagaan lain yang tak ada hubung kait. Ada juga taukeh yang beli barang entah apa-apa sekadar suka-suka sebab dia tahu perniagaan itu dia punya.

Nak betulkan Cashflow, nak betulkan akaun dan nak mula nampak ada duit bukan kerja mudah boleh selesai dalam satu hari dan bukan anda kena buat sendiri. Tapi apa yang penting anda kena faham proses dan sentiasa dapatkan ilmu untuk anda faham dan praktikkan.

Artikel terbaru

1 Comment

Leave a Reply