Pengiklanan Produk & Servis. Perlu Ke Nak Marketing Setiap Masa?

Pengiklanan Produk & Servis. Perlu Ke Nak Marketing Setiap Masa?
Pengiklanan Produk & Servis. Perlu Ke Nak Marketing Setiap Masa?

Pengiklanan produk & servis secara online mahupun offline merupakan antara platform yang boleh digunakan bagi marketing bisnes anda.

Iklan dalam televisyen, surat khabar, billboard, portal berita dan blog, Facebook Ads dan lain-lain lagi.

Mungkin pengiklanan ini boleh digunakan bagi mereka yang mempunyai bajet namun ada saja cara tanpa kos iaitu zero kos marketing.

Bagi berbayar, terdapat lingkungan harga disediakan bagi usahawan nak buat iklan dan terbaru Co-opbank Pertama (CBP) dan Media Prima Omnia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) menawarkan pakej pengiklanan menarik buat pelanggan bank pada 2 Disember lalu.

Menerusi kerjasama selama setahun bermula 1 November 2020 itu, setiap pelanggan sektor koperasi dan korporat CBP akan ditawarkan pakej pengiklanan istimewa di seluruh saluran rangkaian Media Prima pada harga serendah RM1,000.

Bagi yang baru bermula bisnes, lebih baik gunakan zero kos marketing dulu. Biasakan dan bila sudah mahir, bisnes makin berkembang dan pendapatan meningkat barulah gunakan yang berbayar.

Perlu ke pengiklanan produk & servis atau marketing setiap masa?

Perlu jika anda nak orang tahu dan nampak produk & servis yang anda tawarkan berbanding pesaing-pesaing lain.

Tak perlu, jika anda rasa bisnes sudah besar dan sudah pun dikenali ramai orang di luar sana tapi bersedialah untuk bisnes anda ‘stuck’ dan susah nak berkembang.

Hal ini kerana marketing ini perlu dilakukan berterusan kepada sasaran anda supaya mereka sentiasa ingat dan mendapatkan produk & servis anda.

Cuba anda lihat syarikat-syarikat besar di luar sana, walaupun sudah dikenali ramai namun mereka tetap melakukan marketing dari semasa ke semasa.

Mereka mahu terus mengingatkan orang dengan jenama mereka hingga masuk dalam minda separuh sedar seseorang itu. Jenama mereka yang pertama orang akan fikir bila nak beli produk atau servis ditawarkan.

Contohnya jika disebut ubat gigi, ubat nyamuk apakah yang anda fikirkan? Kebanyakan kita rasanya akan fikir Colgate dan Shieldtox.

Ok tak, jika suatu masa nanti bila orang cari sesuatu barang akan teringatkan produk anda?

Tidak kira di mana tahap bisnes anda berada, marketing ini sangat penting dalam sesebuah bisnes untuk terus berkembang.

Apatah lagi, marketing boleh dikatakan umpama oksigen kepada bisnes anda. Bagi manusia, jika tiada oksigen boleh menyebabkan mereka mati sama seperti dalam bisnes.

Tiada marketing, bisnes mereka akan stuck malah lebih teruk menyaksikan penurunan hingga boleh ditutup operasinya.

Marketing adalah getting people attention.

Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Ia proses untuk tarik perhatian sasaran anda. Anda perlu kenal pasti siapa sasaran secara jelas.

Bila anda kenal pasti sasaran anda seperti demografi – lingkungan umur, jantina, pendapatan, minat dan sebagai akan mudahkan anda membuat strategi marketing bisnes.

Artikel terbaru

Leave a Reply