3 Petua Mengemudi Perubahan

Perubahan berlaku di sekeliling kita sepanjang masa.

Sebut mengenai perubahan ramai yang mengelakkan topik ini.

Tak dinafikan bukan semua orang sukakan perubahan lebih-lebih lagi dengan perkara yang dah rutin kita buat.

Saya beri satu contoh situasi, apabila mesin perakam waktu hadir ke tempat kerja menggunakan cap jari menggantikan punch card ramai yang tidak gembira dengan perubahan itu.

Apabila berlaku pembaharuan, kadang-kadang berlaku penolakan.

Bagaimana pula dengan situasi ini, berdasarkan kajian pembayaran digital 2022 oleh PayNet pembiayaan guna kod QR paling pesat.

Di mana, pembayaran digital terus menjadi pemboleh kritikal untuk perkembangan dan pertumbuhan ekonomi.

Pembayaran tunai semakin merosot, walau ia kekal sebagai mod pembayaran utama.

Jadi, apakah pendekatan terbaik untuk melakukan perubahan?

1. Ubah cara berfikir tentang perubahan

Apakah sikap anda terhadap perubahan?

Adakah perubahan menakutkan anda, atau adakah anda mengalu-alukannya?

Saya ingin melihat perubahan menjadi pengalaman yang lebih menggembirakan untuk diurus oleh pemimpin dan untuk orang ramai beralih daripada ketakutan kepada keyakinan.

 Seperti yang saya katakan, perubahan berlaku di sekeliling kita sepanjang masa, jadi kelebihan anda untuk mengetahui cara mengemudinya mengikut kebolehan anda yang terbaik.

Secara amnya, saya mendapati orang ramai mempunyai sama ada perspektif terbuka atau tertutup apabila ia melibatkan perubahan.

Jika anda serius untuk membuat perubahan, tepati nilai teras perniagaan dan organisasi anda.

Fikir secara berulang dan mendalam tentang perniagaan dan norma industri, cari cara untuk mencabar ortodoks itu untuk melihat perniagaan dengan cara baharu.

2.  Luangkan masa dengan bijak

Masa bukanlah sumber yang boleh diperbaharui. Sebaik sahaja saat itu berlaku, ia hilang dan anda tidak akan mendapatkannya kembali.

Selaraskan tenaga anda supaya masa anda dihabiskan dengan kesedaran.

Anda boleh melakukan ini dengan menetapkan matlamat pengurusan masa.

Ini boleh membantu anda memperuntukkan lebih banyak tenaga kepada keputusan yang lebih cekap dan fokus.

3. Tanya diri, ‘Adakah anda tersekat?’

Anda perlu sedar bahawa perniagaan anda tersekat. Contohnya, hasil jualan tak naik-naik. Dah beberapa tahun, tapi begitu juga. Tiada perubahan.

Perniagaan perlu berkembang bukan tersekat. Apa punca perniagaan anda tersekat?

Adakah perniagaan anda dah tak sesuai dengan keadaan semasa? Misalnya, pesaing dah menjalankan perniagaan secara digital, anda masih lagi dengan cara tradisional.

Bukan setakat perniagaan tersekat, silap hari bulan boleh gulung tikar.

Sehubungan itu, anda perlu bijak membaca dan menilai perubahan semasa. Apa yang berlaku dalam persekitaran anda.

Adakah wajar masih menggunakan strategi lama atau perlu perubahan?

Pemimpin boleh mengemudi perubahan dan membantu pasukan melakukan perkara yang sama dengan mempunyai visi yang jelas untuk matlamat perubahan syarikat.

Artikel terbaru

3 Comments

  • Minda kita perlu open. Jangan tertutup. Ikut perkembangan. Perlu berubah. Jangan takut. Perlu berani. Perlu gembira. Perlu ada mentor. Perlu ada group. Perlu istiqamah. Selesai semua masalah. Anggap masalah sebagai perluang terbaik. Jangan kalah. Terus berjuang. Buat sampai jadi. Terima kasih kongsi ilmu.

  • Ida haryaty

    Buka minda untuk menerima perubahan,mulakan berniaga secara online .Jangan takut terima perubahan.

Leave a Reply