5 Pemimpin Wanita Dunia Hebat Yang Perlu Anda Tahu Kewujudannya

5 Pemimpin Wanita Dunia Hebat Yang Perlu Anda Tahu

“Orang perempuan ni kalau belajar tinggi-tinggi pun tak guna, masuk ceruk dapur jugak!”

Uiiisshhh..berdesup telinga kalau dengar orang keluarkan statement macam ni. Mana taknya asal wanita jer, masuk dapur…asal wanita jer kena jaga anak, asal wanita jer tak boleh nak bekerja dan macam-macam lagi makcik-makcik bawang duk bergosip tentang kau! Memang menyakitkan hati. Betul ke betul?

Otak tu Allah dah bagi, pakai dan guna dengan betul. Memanglah kaum hawa ni kena tahu masak, jaga anak tapi anda kena tahu ramai pemimpin wanita dilahirkan sejak dulu lagi.

Dah boleh buang istilah wanita kena duduk ceruk dapur je tau. Malah ada di antara mereka ni dah jadi pemimpin dan dikenali seluruh dunia.

Kau tahu ke tahu? Jangan asyik duk tengok wanita cantik dan model terkemuka jer..kau kena tahu jugak pemimpin-pemimpin wanita dunia yang membangggakan negara mereka.

Seorang pemimpin tidak dapat dilahirkan dalam sekelip mata sahaja. Ada perjalanan hidup mereka yang membolehkan mereka ini mempunyai karisma, cekal dalam menghadapi tuntutan kerja dan bermotivasi tinggi untuk menjadi inspirasi kepada wanita lain.

Kami akan tunjukkan anda 5 orang pemimpin wanita yang anda belum tahu pun kewujudan mereka ini yang menjadi pemimpin di negara mereka

  1. Vigdis Finnbogadottir

Pada 1980, wanita ini berjaya memecahkan rekod sebagai ketua wanita pertama Iceland dan juga wanita pertama di dunia sebagai presiden sebuah negara. Beliau berkhidmat selama 16 tahun menjadikan pemerintahan beliau yang paling lama dalam sejarah.

Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Perancis dari University of Iceland. Sebagai presiden, Vigdis menekankan kepentingan mengekalkan dan merayakan identiti dan warisan budaya Iceland melalui adat dan budaya

Selepas tamat berkhidmat sebagai presiden, beliau mengasaskan Majlis Pemimpin Dunia Wanita pada 1996 dan menerima banyak anugerah di atas kerja kemanusiaan dan menggalakkan nilai budaya.

  1. Isabel Peron

Beliau pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden Argentina dari 1973 hingga 1974 sehinggalah kemudiannya menggantikan suaminya iaitu Juan Perón, sebagai presiden selepas kematiannya. Beliau berkhidmat sebagai presiden Argentina dari 1974 hingga 1976.

Isabel adalah wanita pertama yang dilantik sebagai ketua negara di Argentina dan Amerika Selatan. Beliau juga wanita pertama di dunia yang memegang jawatan presiden negara walaupun tidak dipilih secara demokrasi.

  1. Corazon Aquino

Wanita ini adalah presiden wanita pertama Filipina dan juga pertama di Asia. Beliau berkhidmat sebagai presiden Filipina dari 1986 hingga 1992. Apa yang menariknya tentang wanita ini, beliau terkenal sebagai penggerak revolusi dalam mengembalikan pemerintahan demokratik di Filipina. Beliau turut memerintah negara ini daripada rejim autoritarian di bawah pimpinan Ferdinand E. Marcos.

Suaminya, Benigno Simeon Aquino Jr sebagai ahli politik dibunuh pada 1983 dan ini juga penyebab untuk beliau bertanding dalam pilihan raya presiden pada 1986 selaku ketua pembangkang yang menentang Ferdinand Marcos.

Dalam pilihan raya tersebut, Ferdinand menang namun Corazon dan partinya mencabar keputusan itu dan kemudiannya beliau sah menjadi presiden oleh tentera Filipina. Sebaik sahaja memegang jawatan itu, beliau mula menubuhkan perlembagaan baru negara itu dan memulihkan Kongres.

Beliau juga memberi tumpuan kepada usaha menstabilkan ekonomi dan menguatkuasakan kebebasan sivil serta hak asasi manusia.

  1. Pratibha Patil

Wanita India ini pernah berkhidmat sebagai Presiden India dari Tahun 2007 hingga 2012. Ketua wanita pertama India ini juga dipilih sebagai gabenor di India ketika memegang jawatan itu di Rajasthan.

Beliau memulakan karier politiknya pada 1962 ketika dilantik sebagai ahli dewan undangan Maharashtra di usia 27 tahun.

  1. Ellen Johnson Sirleaf

Beliau adalah presiden Liberia dari tahun 2006 hingga 2018 dan menjadikan beliau adalah wanita pertama yang dipilih sebagai ketua negara dan ketua wanita pertama di benua Afrika.

Wanita ini sangat terkenal dengan peranannya yang mana memperkuatkan ekonomi, politik dan sosial Liberia selepas bertahun-tahun bergelut dengan perang saudara. Beliau juga dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada 20111 untuk kerja hak wanita.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Colorado Boulder, Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Madison Business College dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard.

Beliau berkhidmat sebagai Pembantu Menteri Kewangan Liberia di bawah pimpinan presiden William Tolbert sebelum digulingkan pada tahun 1980 dan perang saudara bermula.

Ketika diasingkan ke Kenya dan Amerika Syarikat semasa perang meletus, Ellen mengasah bakatnya sebagai seorang ahli ekonomi dan bekerja untuk institusi seperti Bank Dunia dan Citibank.

Sekembalinya Ellen ke Liberia selepas perang tamat, beliau menggunakan pengalaman dan pengetahuannya sebagai ahli ekonomi dan ahli politik untuk bertanding sebagai presiden.

Ketika dilantik pada tahun 2006, beliau melakukan langkah-langkah membebaskan Liberia dari segala hutang dan mendapat bantuan antarabangsa untuk membina semula negara ini.

Ellen juga menubuhkan Jawatankuasa Kebenaran dan Perdamaian bagi menggalakkan keamanan berikutan kekacauan awam yang berlaku.

Inilah 5 orang pemimpin wanita yang berkaliber dan ternyata mereka ini bijak mengendalikan jawatan presiden di negara masing-masing. Siapa cakap perempuan ni tak boleh jadi pemimpin? Boleh saja, cumanya anda perlu ada ilmu dan semangat waja dalam mengendalikan orang bawahan anda.

Apa kaitannya dengan perniagaan? Kalau anda lihat sekarang, perniagaan bukan dimonopoli oleh lelaki sahaja, malah pihak perempuan pun dah mula menjalankan perniagaan.

Nak nak pulak sekarang ni tak ada modal pun, dah boleh berniaga secara online. Ramai wanita sekarang dah mula ‘grab’ peluang ini.

Bukan itu sahaja, wanita sekarang dah pun mula menjalankan perniagaan sendiri. Jual pakaian, barang kosmetik, skincare, jus menguruskan badan dan pelbagai lagi perniagaan.

Orang perempuan pun dah pandai cari duit sendiri dah sekarang. Betul betul? Jadi, janganlah dibuat alasan yang wanita ni tak boleh berniaga.

Jika anda lihat kelima-lima pemimpin di atas, anda juga boleh jadi seperti mereka cumanya, anda menjadi ‘presiden’ kepada perniagaan anda sendiri. Ha…dapat sesuatu? Pemimpin perniagaan anda sendiri, anda boleh belajar bagaimana untuk menguruskan perniagaan dan juga staf di bawah anda.

Mungkin sesetengah syarikat, stafnya tak tahan lama. Asal sebulan kerja jer berhenti, mungkin mereka tak pandai untuk menguruskan staf. Jadi inilah peranan penting anda sebagai ‘presiden’ untuk mengelola perniagaan anda.

Pepatah mengatakan bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian. Mula dulu perniagaan dari bawah inshaAllah nanti anda kembangkan perniagaan menjadi besar dan selepas itu, kejayaan akan menghampiri anda. Lihat saja #AnakDidikDrAzizanOsman seperti Puan Nur Aini Zolkepeli founder kepada Nurayssa dan ramai lagi usahawan wanita yang berjaya menjadi ‘presiden’ dalam perniagaan mereka.

Apa yang membuatkan mereka ini mahu berniaga? Kerana mereka tahu, tiada siapa yang mampu merubah hidup mereka melainkan diri sendiri. Cebisan kejayaan mereka ini pasti akan menjadi inspirasi buat wanita di luar sana!

Artikel terbaru

Leave a Reply