Awas! Elak Lakukan 9 Perkara Bazir Masa Ini

Awas! Elak Lakukan 9 Perkara Bazir Masa Ini

Semua manusia ada 24 jam sehari, 1,440 minit sehari dan 86,400 saat sehari. Billionaire dan jutawan di seluruh dunia seperti Jack Ma, Bill Gates, Amancio Ortega dan lain-lain, semuanya pun mempunyai jumlah jam, minit dan saat yang sama dengan orang lain.

Soalannya, bagaimana mereka boleh memanfaatkan masa mereka dan berjaya menjadi billionaire dan jutawan dan bagaimana kita boleh memanfaatkan masa kita dan menjadi lebih berjaya dari sebelumnya?

Masalahnya kat sini ialah, ramai dari kita membuang masa tanpa kita sedari. Betul tak? Anda tengah buat apa tu? Memanfaatkan masa atau membuang masa?

Jadi, jika anda serius nak jadi usahawan dan bakal usahawan yang berjaya, anda perlu baca dan cek balik diri anda, adakah anda buat 9 perkara ini. Jujur ye, boleh komen sikit anda buat perkara yang mana? Kalau kita dah mengaku, InsyaAllah selepas ini kita boleh perbaiki.

9 Perkara Yang Membazirkan Masa

1. Tak Mendengar Dengan Baik

Ramai orang tak sedar, bahawa kebanyakan masa terbuang bila mereka banyak buat silap dalam tindakan. Dan sebab utama kenapa mereka buat silap ialah sebab mereka tak dengar pendapat, pandangan, ajaran dan teguran orang-orang yang nak bantu mereka berjaya.

Ramai peniaga, lebih suka hentam sahaja, atau belajar dengan info dan maklumat yang didapati percuma di online walaupun tanpa ada bukti apa yang mereka belajar tu dah bantu orang lain berjaya.

Bila dah buat dan dah gagal baru anda sedar anda sebenarnya dah membuang masa dengan tak dengar arahan, ajaran, dan teguran dari orang yang betul-betul nak tengok anda berjaya.

2. Buat Kerja Tanpa Ilmu

Ini lagi satu sebab kenapa ramai orang membuang masa. Bila anda berniaga tanpa ilmu, dan buat tindakan dalam bisnes tanpa ilmu dan agak-agak sahaja, anda sebenarnya sangat membuang masa kerana anda tak tahu samada ianya akan berhasil atau tidak?

Pernah tak anda buat sesuatu perkara, contohnya nak berniaga kononnya ikut naluri atau ikut firasat, tapi lepas berniaga 6 bulan tak dapat hasil apa-apa? Pernah kan..Lepas tu mula nak salahkan seluruh dunia.

Sebenarnya, bukan salah seluruh dunia, tapi salah mereka yang buat tindakan tanpa ilmu, mereka sebenarnya tak tahu banyak perkara tapi konon-konon nak cuba-cuba dahulu, dah gagal baru tahu.

3. Tidak Fokus

Ramai orang hanya akan membuang masa jika mereka tak fokus dalam perniagaan. Pernah tak jumpa orang yang berniaga sampai 5 bisnes, tapi satu pun tak jalan dengan baik?

Kesilapan mereka ialah, mereka fikir dengan buat 5 bisnes, mereka boleh dapat keuntungan dengan lebih cepat tetapi jika anda tak dapat fokus, segalanya akan tak jalan.

Kata orang tua ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’ Cuba fokus dengan 1 bisnes dahulu, buat sampai ianya dah berjaya. Bila yang satu ni dah bagus, mudah sahaja untuk anda buka dan bina bisnes yang lain pula.

4. Tiada Perancangan

Dalam apa saja yang kita lakukan, lebih-lebih lagi dalam berbisnes, kita perlukan perancangan. Ramai orang bazir banyak masa dengan tidak merancang apa perkara yang mereka nak lakukan.

Pegang yang ‘ni separuh jalan, pegang yang tu separuh jalan, lama-lama semua pun terbengkalai. Mulakan setiap hari dengan rancang apa yang anda nak lakukan, fokus kepada mana yang lebih penting. Barulah tak membazir masa!

5. Gangguan Teknologi

Teknologi sememangnya bagus, cepat dan mudah. Tapi teknologi juga tak bagus jika kita biarkan ianya ganggu hidup kita.

Terus terang, cuba fikir berapa ramai daripada kita yang luangkan lebih banyak masa scroll FB Feed, scroll Instagram, bersembang di WhatsApp dan macam-macam lagi? Sedangkan anda boleh gunakan masa dan teknologi yang sama untuk berbisnes secara online.

6. Tidak Agihkan Tugas

Kadang-kadang, ramai antara mereka yang rasa sangat sibuk dan tak tahu masa mereka habis kemana kerana mereka tak pandai nak agihkan tugas. Ini masalah besar sebenarnya.

Setiap dari kita diberikan 24 jam dan diberikan kemampuan yang terhad. Kita hanya mampu nak buat beberapa perkara dalam tempoh masa yang kita ada.

Tak salah untuk kita minta bantuan orang lain dan percayakan orang lain untuk bantu kita buat tugasan sebaik yang kita mahu.

7. Bertangguh

Ini memang tak boleh dimaafkan! Bertangguh adalah salah satu halangan kejayaan. Perkara yang dirasakan kecil akan menjadi besar bila ianya ditangguhkan.

Masalah orang yang suka bertangguh ini ialah mereka sentiasa sangka mereka akan ada hari esok, bulan depan, tahun depan untuk buat tindakan.

Sayang betul kepada mereka yang suka bertangguh dalam membuat tindakan, anda sebenarnya hanya menangguhkan kejayaan anda mencapai semua impian.

8. Mesyuarat Yang Tak Produktif

Kesilapan ramai orang ialah mereka fikir mesyuarat yang panjang adalah sesuatu yang bagus.

Malangnya, mesyuarat yang panjang tak tentu lagi dapat membuahkan hasil atau kata putus yang boleh membawa kita membuat tindakan yang memberikan result yang baik.

Jadi, cuba jadikan mesyuarat anda efektif dengan terus merujuku kepada perbincangan yang penting, khusus dan fokus.

9. Tak Berhubung Dengan Sebaiknya

Manusia akan banyak membuang masa bila kita tak berhubung dan berkomunikasi sebaiknya. Bila seseorang bercakap dan seorang lagi tidak memberikan perhatian, akan berlaku salah faham atau salah tafsir.

Arahan akan menjadi tak jelas. Akibatnya tindakan yang dibuat pun akan menjadi salah. Kan dah kena buat sekali lagi? Bila berkomunikasi, pastikan komunikasi yang dibuat dengan jelas dan satu pihak lagi faham dan tahu apa hasil yang nak dicapai.

Bila dah jelas, sekali buat sahaja dah puaskan hati semua pihak. Tak payah nak membazir masa buat benda yang sama berulang kali.

Artikel terbaru

3 Comments

Leave a Reply